Selepas itu, di sebalik pelbagai pihak terus bertanya mengenai penyerahan jawatan kepada Anwar, beliau menjawab secara tidak langsung dengan mengatakan mahu menyelesaikan masalah hutang negara terlebih dahulu.Tetapi, katanya, bellau tetap akan berpegang teguh kepada janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagai penggantinya.Dalam perkembangan terbaru, Tun Mahathir pada semalam pula menegaskan beliau tidak akan berada di tempatnya sekarang melebihi tempoh tiga tahun.“Setakat yang saya tahu, saya telah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar akan menggantikan saya.“Tempohnya tidak melebihi tiga tahun,” tegas beliau.Soalnya, apakah sebenarnya tempoh tidak melebihi tiga tahun itu?Tempoh dua tahun adalah dikira tak melebihi tiga tahun. Dua tahun sebulan, dua tahun enam bulan atau dua tahun sebelas bulan juga dikira tidak melebihi tiga tahun.Genap tiga tahun pun masih boleh dianggap tidak melebihi tiga tahun.Yang mana satu sebenarnya tarikh yang betul untuk Tun Mahathir berundur dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar?
Tetapi, dalam kenyataan yang lagi terbaru malam ini, Tun Mahathir menafikan pula pernah menyebut tempoh tidak melebihi tiga tahun itu.“Saya tak kata tiga tahun, tapi tempoh untuk membetulkan kerja,”  katanya lagi.Jadi, bila sebenarnya Tun Mahathir mahu berundur dan mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar?Kenapakah Tun Mahathir sering berubah-ubah cakap?Walaupun cakap Tun Mahathir nampaknya sering berubah-ubah seolah-olah makan tak pernah kenyang, tetapi demi untuk kestabilan PH, adalah diharapkan beliau dapat membuat suatu ketetapan mengenainya selepas ini.Sudah-sudahlah Tun, dalam usia sudah 94 tahun dan telah dua kali menjadi Perdana Menteri, mahu apa lagi?Untuk itu, sudah sampai masanya beliau menetapkan suatu tarikh khusus untuk penyerahan jawatan itu.Selagi tidak ditetapkan tarikhnya, selagi itulah isu peralihan kuasa ini akan terus menjadi bualan, pertikaian dan masalah yang tidak berkesudahan kepada PH. (Shahbudindotcom 24/06/2019)| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |