Anak Tak Suka Nasi Ubah Cara Memasak Olah Sumber Karbohidrat Lain


Anak semakin membesar bertambah sukar menjinakkan selera makan. Kalau dahulu makanan berasaskan nasi seperti bubur menjadi kegemaran. Namun kini nasi tidak lagi tidak lagi mahu disentuh sekali gus menjadikan ibu buntu.
Seringkali ibu mengeluh si kecil tidak lagi meminati sajian berasaskan nasi walhal ia adalah makanan ruji utama rakyat Malaysia. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menimbulkan masalah. Tapi mama perlulah bijak mengolah sumber karbohidrat yang lain menjadi sajian utama atau snek yang membekalkan tenaga dan khasiat buat si kecil.
Jangan give up mama, Pa&Ma menyediakan 16 resipi yang boleh anda sediakan untuk si kecil.
Roti Canai Sambal Udang Bahan-bahan:
1 keping roti canai sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang
10 ekor udang | dibersihkan
1 ½ biji bawang besar | dihiris
1 batang serai | diketuk
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu makan  minyak masak
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
2 inci halia
12 tangkai cili kering | dibuang biji dan direbus
1 biji bawang besar
Cara penyediaan:
Panaskan minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau dan pecah minyak. Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta serai. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5 – 7 minit atau sehingga mendidih. Angkat. Potong roti canai kepada 4 bahagian. Sudukan sambal udang ke atas setiap kepingan roti canai tersebut. Hidangkan.
Capati Ala Piza Bahan-bahan:
1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang
1 keping isi dada ayam | dihiris nipis
20gm bawang putih | dicincang
1/2 cawan bawang besar
3 sudu makan puri tomato
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh oregano
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh lada hitam
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Hiasan piza:
1/2 biji bawang besar | dihiris
1/4 cawan keju mozarela
1/4 cawan lada benggala hijau dan kuning | dihiris memanjang
Cara penyediaan:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis isi ayam yang telah diperap bersama garam dan lada hitam sehingga separuh masak. Masukkan puri tomato sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan garam, oregano, serbuk cili dan lada sulah. Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan lada benggala untuk hiasan piza sehingga sedikit layu. Angkat. Sudukan isi ayam dan kuah tomato yang dimasak tadi ke atas capati. Hiaskan dengan bawang besar, lada benggala dan taburkan keju mozarela secukupnya. Bakar pada suhu 180°C selama 5 minit atau sehingga keju cair. Siap untuk dihidangkan.
Roti bakar telur mata kerbau Bahan-bahan:
2 keping roti
2 biji telur
1 tangkai daun bawang | dihiris
Keju parut secukupnya
Serbuk lada putih dan cili flake secukupnya
Loyang 4 segi
Cara-cara:
Letakkan roti di atas kuali tanpa lekat. Bakar sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Pecahkan telur di atas kuali tanpa lekat, tabur chili flake, lada sulah dan dan daun bawang. Buatkan telur mata kerbau. Angkat.  Letakkan di atas roti bakar tadi dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati.
Spageti Bolognese Bahan-bahan:
450gm spageti | direbus dengan sedikit minyak dan garam
200gm sos tomato puri
500gm daging cincang
500gm sos pasta
180gm cendawan butang
2 biji bawang besar | dipotong dadu
4 ulas bawang putih | ditumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara memasak
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga perang dan berbau wangi. Masukkan sos tomato puri. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula sos pasta dengan campuran herba. Kacau rata sehingga sebati. Jika kering tambah sedikit air. Kemudian masukkan daging dan gaul sehingga mendidih. Masukkan cendawan dan kacau lagi.  Akhir sekali sesuaikan rasa kuah dengan garam dan gula secukup rasa. Untuk hidangan, tuang kuah atas spageti dan tabur keju di atasnya.
Roti Canai Coklat & Mentega Kacang Bahan-bahan:
1 keping roti canai sejuk beku
50gm coklat | dicairkan
30gm mentega kacang
20gm kacang tanah | dikisar
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masak roti canai segera sehingga menjadi warna perang. Sementara masih panas, sapukan coklat dan mentega kacang dengan secukupnya. Kemudian taburkan sedikit kacang yang sudah dikisar. Siap untuk dihidangkan.
Capati Sos Pisang Bahan-bahan:
1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang
4 sudu makan mentega
1 cawan gula perang
1/2 cawan krim putar
1 sudu makan esen vanila
2 biji pisang | dipotong bulat                     
Cara penyediaan:
Satukan krim putar, gula dan mentega ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api dan reneh selama 6 minit. Kacau sekali-sekala. Dengan berhati-hati masukkan esen vanila. Adunan akan menggelegak. Kacau dan masak selama 1 minit lagi. Tutup api. Tuangkan ke atas capati kemudian hiaskan dengan hirisan pisang yang telah siap dipotong.
Roti Canai Sayuran Berkeju Bahan-bahan:
1 keping roti canai segera | dimasak hingga berwarna perang
1 cawan keju mozarela
1/2 cawan lobak merah | dihiris
1/2 cawan kubis bulat | dihiris
1 ½ cawan susu segar
3 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan keju parmesan
3 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau bersama sehingga menjadi roux. Kemudian masukkan susu segar. Kacau rata dan biarkan mendidih. Apabila kelihatan pekat, masukkan keju parmesan, lada hitam dan garam secukup rasa. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati. Sudukan sayuran tadi ke atas roti canai dan taburkan sedikit keju mozarela secukupnya. Gulung roti canai dengan kemas. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 5 minit. Keluarkan dan potong kecil. Siap untuk dihidangkan.
Capati Bolognese Bahan-bahan:
2 keping capati sejuk beku
100gm daging cincang
30gm puri tomato
20gm bawang besar
10gm sos tomato
10gm bawang putih
20gm tomato
5gm oregano
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Panaskan kuali dan masak capati sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging bertukar perang. Masukkan tomato dan lobak merah. Biarkan sehingga sayur lembut. Kemudian masukkan tomato puri, sos tomato dan air. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan oregano dan garam secukup rasa. Biar kuah mendidih dengan api perlahan dan menjadi pekat. Padamkan api. Gulung capati tadi dan potong nipis. Hidangkan bersama sos bolognese.
Spageti oglio olio  Bahan-bahan:
1 bungkus spageti
100gm udang
100gm tiram
50gm sotong
1 biji bawang besar | dipotong dadu
4 ulas bawang putih | diracik halus
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Basil kering, parsli secukupnya
Parsli segar secukupnya untuk hiasan
Minyak zaitun secukupnya untuk menumis
Cara memasak:
Rebus spageti di dalam air yang telah diletak sedikit garam dan minyak zaitun. Masak hingga spageti lembut Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. Selepas itu, masukkan tiram, udang dan sotong. Kacau rata sehingga hampir masak Masukkan kiub ayam, garam secukup rasa dan chili flakes. Kemudian masukkan spageti yang telah direbus dan ditos air. Kacau hingga sebati & masak keseluruhan Hidangkan dengan hiasan taburan parsli segar dan sedia untuk dinikmati.
Lasagne daging Bahan-Bahan:
6 keping lasagne segera
Bahan inti:
400gm daging kisar
200gm keju mozarela
2 biji tomato | dipotong dadu
1/2 batang lobak merah | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang
1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
125ml pes tomato ( guna sos spageti tradisional Prego)
125ml sos cili
Air secukupnya
Serbuk oregano secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan sos keju:
20gm mentega
2 sudu besar tepung gandum
240ml susu segar kotak
50gm keju mozarela @ cheddar
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
Cara –cara:
Inti:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali,  tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga layu. Selepas itu masukkan daging kisar,pes tomato dan sos cili. Kacau rata sehingga daging empuk. Kemudian masukkan sedikit air, tomato, serbuk oregano, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit sehingga airnya kering. Angkat dan sejukkan. Ketepikan. Untuk sos keju:
Panaskan mentega sehingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau rata. Perlahan api dan tuangkan susu ke dalamnya. Kacau rata dan masukan keju. Gaul lagi hingga sebati. Akhir sekali masukan garam dan lada sulah. Kacau sebati. Ketepikan. Cara menyusun lasagne:
Sediakan bekas tahan panas sapukan minyak di sekeliling bekas. Susun lasagne. Letakkan inti dan tuangkan sos keju di atasnya. Taburkan keju mozarela. Susun lagi lasagne dan ulangi proses yang sama sehingga tiga lapisan. Di atas sekali tabur keju mozarela. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Bakar lasagne dengan api atas dan bawah selama sejam. Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.
Bread pizza fingers Bahan-bahan:
1 buku roti baguette | dipotong serong
4 sudu makan pes tomato
10 biji tomato ceri |dibelah dua
10 keping pepperoni
60gm daun basil segar |dicincang kasar
1 sudu teh herba kering Italy
Keju mozarela secukupnya
Garam dan lada hitam secukupnya
Cara memasak:
Sapu pes tomato ke atas hirisan roti baguette secukupnya. Susun pepperoni, tomato ceri dan daun basil segar secukupnya. Tabur herba kering Italy, garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian tabur keju mozarela di atas roti. 5. Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C – 190°C selama 20 minit atau hingga masak.
Wedges berempah Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang putih
½ sudu teh paprika
½ sudu teh campuran herba kering Italy
Garam, lada sulah dan sedikit gula perang
Serbuk roti secukupnya
Mayones secukupnya
Cara memasak:
Ubi kentang dibersihkan dan dipotong baji. Tos airnya. Gaul ubi kentang bersama paprika, campuran herba kering, garam, lada sulah dan gula perang hingga sebati. Perapkan beberapa jam di dalam peti sejuk. Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng ubi kentang yang telah disalut dengan serbuk roti hingga keperang-perangan. Paipkan mayones secukupnya ke atas kentang goreng. Sedia dihidangkan dan dinikmati.
Chicken crunchy bites Bahan-bahan:
2 keping dada ayam | dipotong kecil
1 sudu makan sos tiram
½ sudu teh lada sulah
½ sudu teh garam
Tepung jagung secukupnya
Cara memasak:
Perap dada ayam bersama sos tiram, lada sulah dan garam. Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman. Selepas itu salut ayam dengan tepung jagung secukupnya. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keperang-perangan. Hidangkan panas bersama sos pilihan.
Chicken fingers Bahan-bahan:
2 keping dada ayam | potong memanjang nipis
1 biji telur | pukul dengan garpu
1 sudu makan sos tiram
½ sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Serbuk roti secukupnya
Cara memasak:
Gaul hirisan dada ayam dengan sos tiram, lada sulah dan garam secara rata. Perap sejam atau semalaman di dalam peti sejuk. Celup dada ayam ke dalam bancuhan telur. Kemudian salut dengan serbuk roti secukupnya. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng hingga keperang-perangan dan garing. Angkat dan hidangkan panas bersama sos pilihan atau mayones.
Tofu cheesy ball Bahan-bahan:
3 ketul tauhu
1 biji telur
½ batang lobak merah | diparut halus
2 sudu makan parutan keju mozarela
1 sudu teh sos tiram
Garam dan lada sulah secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Cara memasak:
Hancurkan tauhu hingga lumat di dalam mangkuk. Masukkan lobak merah parut, sos tiram, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Selepas itu tambah sesudu makan serbuk roti dan gaul rata. Bentukkan menjadi bebola kecil dan salut dengan serbuk roti. Akhir sekali, panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bebola tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sedia dihidangkan.
 
The post Anak Tak Suka Nasi, Ubah Cara Memasak. Olah Sumber Karbohidrat Lain appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tak-suka-nasi-ubah-cara-memasak-olah-sumber-karbohidrat-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Alami Hilangkan Anak Rambut Di Dahi Yang Suka Berdiri Biar Tampilan Jadi Lebih Rapi

5 Cara Alami Hilangkan Anak Rambut Di Dahi Yang Suka Berdiri Biar Tampilan Jadi Lebih Rapi

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 696 hits
Nggak bakal ada lagi anak rambut yang berantakan saat disisir atau menyembul keluar dari kerudungmu
Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 364 hits
Dalam sesebuah institusi keluarga anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja kerja rumah seperti memasak melipat kain atau mengemas Manakala anak lelaki pula jarang diasuh membuat kerja kerja rumah kerana suda...
Cara Memasak Nasi Minyak

Cara Memasak Nasi Minyak

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 834 hits
Original Content Nasi minyak biasanya dimakan ketika acara istimewa seperti majlis perkahwinan majlis pertunangan ataupun majlis formal seperti majlis perpisahan di tempat kerja Nasi minyak juga dihidangkan untuk para tetamu bagi meraikan s...
Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah Supaya Mereka Boleh Berdikari

Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah Supaya Mereka Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 797 hits
Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah Supaya Mereka Boleh Berdikari Dalam sesebuah institusi keluarga anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja kerja rumah seperti memasak melipat kain atau mengemas Manakala anak ...
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Berkasih Sayang Cara Terbaik Mendidik

6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Berkasih Sayang Cara Terbaik Mendidik

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 548 hits
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang maka mereka mudahlah untuk dibentuk Menurut juruterapi pediatrik berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak kanak Apa ya...
Buat Kegiatan Bermain Anak Di Luar Ruangan Menjadi Menyenangkan Dengan Cara Berikut

Buat Kegiatan Bermain Anak Di Luar Ruangan Menjadi Menyenangkan Dengan Cara Berikut

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 282 hits
Dokter spesialis anak konsultan tumbuh kembang Catharine M Sambo menjelaskan pentingnya seorang anak bermain di dalam dan di luar rumah Menurut dia kebutuhan yang satu ini harus dilakukan seimbang
Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul Ni Cara Tepat Simpan Tali Pusat Anak

Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul Ni Cara Tepat Simpan Tali Pusat Anak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 446 hits
Orang orang tua selalu berpesan tali pusat anak yang baru dilahirkan harus disimpan dengan baik Jadi tak hairanlah ada di antara kita yang menyimpan elok dalam botol atau uncang plastik di rumah dengan alasan untuk kegunaan apabila anak sak...
Kenapa Anak Sulung Sering Dapat Layanan Lebih Dari Yang Lain

Kenapa Anak Sulung Sering Dapat Layanan Lebih Dari Yang Lain

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 388 hits
Iya lah mereka yang menjadi penghuni pertama dari rahim si ibu Sayangnya si ibu dan si bapa lebih dari segalanya Tapi ada beberapa kriteria si sulung yang mungkin tiada pada adik adik yang lain Kriteria mereka mungkin ada yang sama dengan a...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya