Peraduan Dana Rm1 Juta Harapan
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Peraduan Dana RM1 Juta Harapan ini merupakan anjuran Dutch Lady Milk Industries Berhad. Dapatkan dana RM1 Juta ini untuk anak-anak yang memerlukan. Peraduan ini bermula pada 5 April 2021 dan akan tamat pada 30 Mei 2021, jam 11:59 malam. Penyertaan yang diterima di luar waktu peraduan akan dibatalkan secara automatik.
Anda semua diseru untuk mencalonkan anak sendiri ataupun kanak-kanak lain untuk manfaat masa hadapan anak tersebut. Anda hanya perlu menceritakan aspirasi anda untuk anak yang dicalonkan dan pihak Dutch Lady akan menghadiahkan dana tabung pendidikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai sebanyak RM25,000 sekiranya calon anda layak dan terpilih.
Jadual Mingguan Peraduan
Untuk penyertaan Mingguan, penyertaan mesti diterima oleh penganjur sebelum atau pada jam 11:59 malam hari terakhir setiap minggu peraduan seperti Jadual Mingguan Peraduan di bawah:
Minggu 1: 05 April 2021 – 11 April 2021
Minggu 2: 12 April 2021 – 18 April 2021
Minggu 3: 19 April 2021 – 25 April 2021
Minggu 4: 26 April 2021 – 02 Mei 2021
Minggu 5: 03 Mei 2021 – 09 Mei 2021
Minggu 6: 10 Mei 2021 – 16 Mei 2021
Minggu 7: 17 Mei 2021 – 23 Mei 2021
Minggu 8: 24 Mei 2021 – 30 Mei 2021
Senarai Hadiah Peraduan Dana RM1 Juta
Berikut merupakan senarai hadiah yang bakal diterima oleh setiap pemenang dalam peraduan ini, antaranya ialah:
Hadiah Utama
40 x Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional “Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i” (SSPN-i) Dana Pendidikan bernilai RM25,000
(5 pemenang mingguan X 8 minggu: 40 Pemenang)
Hadiah Saguhati
160 x Peranti Pintar Samsung Galaxy Tab A
(20 pemenang mingguan X 8 minggu: 160 Pemenang)
NOTA: Sebanyak 200 penyertaan akan dipilih untuk sepanjang Tempoh Peraduan.
Hadiah Khas berdasarkan Penyertaan Kedai/Cawangan
Terdapat Hadiah Khas yang akan diperuntukkan untuk setiap Kedai atau Cawangan
seperti di bawah:
Setiap peserta dari penyertaan kategori Hadiah Khas layak memenangi maksimum
dua (2) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan,
Satu (01) Hadiah Khas dan Satu (01) Hadiah Utama Mingguan, ATAU
Satu (01) Hadiah Khas dan Satu (01) Hadiah Saguhati Mingguan
Pengumuman Pemenang
Pemenang akan dimaklumkan melalui WhatsApp sebagai sebahagian daripada proses penebusan hadiah. Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman sosial Penganjur https://www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments/ dan laman sesawang https://www.smartmoments.com.my/
Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian yang asal (salinan asal) untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan mengemukakan salinan asal Bukti Pembelian atas permintaan Penganjur akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan pelucutan Hadiah.
Syarat Kelayakan Peraduan
Peraduan ini terbuka kepada semua individu yang bermastautin secara sah di Malaysia, dan Warganegara Malaysia yang berusia lapan belas [18] tahun dan ke atas pada 5 April 2021.
Golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
Pekerja-pekerja pihak Penganjur dan kumpulan syarikatnya dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik beradik, dan pasangan mereka).
Pekerja-pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Peraduan dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).
Langkah-Langkah Penyertaan Peraduan
Anda perlu mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan seperti di bawah ini:
Anda bolek klik link https://www.smartmoments.com.my/ms/penyerahan-dana-sejuta-harapan/ untuk melengkapkan Langkah 2 di atas.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan peraduan ini, boleh didapati menerusi:
Laman Web Rasmi: https://www.smartmoments.com.my/ms/
Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri Tahun 2021 dan Pautan Bayaran, Diskaun Saman JPJ 70%, 695 Kekosongan Jawatan SPANS dan banyak lagi di laman web rasmi Sistem Guru Online.
Semoga perkongsian Peraduan Dana RM1 Juta Harapan ini dapat memberikan panduan kepada para ibu bapa atau sesiapa sahaja yang layak untuk merebut peluang menyertai peraduan ini. Para ibu bapa adalah digalakkan untuk turut serta dalam peraduan ini demi masa hadapan anak-anak sekiranya berpeluang untuk memenangi dana tabung pendidikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai sebanyak RM25,000.
Peraduan Dana RM1 Juta Harapan
Noorazlin Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/04/peraduan-dana-rm1-juta-harapan.html