Denda Rm1 Juta Bakal Menjerat Pemburu Haram


MALAYSIAKINI
 
Penjenayah pemerdagangan hidupan liar di negara ini khasnya pemburu haram, bakal berdepan denda mencecah RM1 juta sebaik sahaja pindaan kepada akta sedia ada selesai dilaksanakan kerajaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata kerajaan dalam peringkat akhir meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri dan seterusnya di parlimen dalam membendung jenayah pemerdagangan hidupan liar di negara ini.
Beliau berkata pindaan itu bakal menambah baik akta tersebut termasuk peningkatan denda daripada RM500,000 ketika ini bagi kesalahan pemerdagangan hidupan liar kepada denda RM1 juta kelak.
“Ini membuktikan kita sangat serius untuk memelihara khazanah negara dengan meningkatkan undang-undang sedia ada bagi mengawal pencerobohan, pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar.
“Kita kenal pasti jenayah mencuri pemerdagangan hidupan liar sering berlaku melalui jualan secara dalam talian dan eksport yang merugikan negara,” katanya dalam sidang media selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 201 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Lenggong hari ini.
Untuk rekod, Akta 716 kini selalu digunakan kepada mana-mana pesalah termasuk pemburu haram yang boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Dilapor, Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim pernah memberi cadangan yang sama dalam meminta akta sedia ada pada Ogos tahun lepas sebagai tanda usaha tegas kerajaan membanteras kegiatan pemburuan haram.
Terdahulu dalam ucapannya, Shamsul Anuar berkata seramai 135 orang pesalah membabitkan 96 warga tempatan dan 39 warga asing telah ditangkap tahun ini atas pelbagai kesalahan dalam Akta 716 itu dengan nilai sitaan sebanyak RM1.7 juta selain 630 jerat dan 141 khemah pendatang pula telah dimusnahkan.
Selain itu katanya, kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkuasa pada tahun lepas pula telah berjaya menangkap 64 orang pesalah membabitkan 32 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM636,600 dan memusnahkan 433 jerat.
Mengenai program hari ini, Ahli Parlimen Lenggong itu berkata sehingga kini seramai 538 veteran ATM dan Orang Asli telah dilantik melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) bagi membolehkan kerajaan terus melindungi hasil negara yang bernilai tinggi.
Beliau berkata pasukan tersebut akan menjadi mata dan telinga kerajaan di kawasan panas seperti Taman Negara yang dikenal pasti sering menjadi lokasi aktiviti pemburuan haram bagi hidupan liar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, BP3 diperkukuh membabitkan peruntukan RM32 juta dengan penglibatan 600 veteran ATM, veteran Polis dan Orang Asli yang melibatkan kawalan penguatkuasaan seluas 20,000 kilometer persegi di seluruh Taman Negara termasuk kawasan habitat Harimau Malaya yang telah dikenal pasti.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/denda-rm1-juta-bakal-menjerat-pemburu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Rugi Rm1 2 Juta Angkara Pelaburan Dalam Sektor Pelancongan Hartanah

Lelaki Rugi Rm1 2 Juta Angkara Pelaburan Dalam Sektor Pelancongan Hartanah

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 258 hits
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mangsa dijanjikan pulangan dividen dan milikan saham sebuah syarikat sebanyak 23 3 berserta modal perniagaan JOHOR BAHRU Seorang lelaki mengalami kerugian RM1 2 juta gara gara ditipu rakan k...
Menang Lagi Warga Emas Menang Rm1 Juta Cabutan Ssp Sebelum Ini Menang Bmw

Menang Lagi Warga Emas Menang Rm1 Juta Cabutan Ssp Sebelum Ini Menang Bmw

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 322 hits
Oleh WARGA emas yang pernah memenangi kereta BMW sebelum ini menang pula wang tunai RM1 juta dalam cabutan SSPN BSN Gambar hiasan TUAH ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu Begitulah agaknya tuah yang diperoleh oleh seorang warga...
Belanja Rm1 24 Juta Hasil Sentuhan Pakar Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo Berwajah Baharu

Belanja Rm1 24 Juta Hasil Sentuhan Pakar Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 237 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Hampir setiap kali sesebuah syarikat mengumumkan logo baharu orang ramai pastinya mengharapkan rekaan yang tampak lebih moden serta berbeza dengan logo sebel...
Lebih 3000 Penggiat Seni Bakal Terima Manfaat Inisiatif Rm10 Juta Cendana

Lebih 3000 Penggiat Seni Bakal Terima Manfaat Inisiatif Rm10 Juta Cendana

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 242 hits
Golongon selebriti penggiat seni dan karyawan merupakan antara salah satu daripada golongan yang terkesan berikutan pandemik COVID 19 Berikutan itu kerajaan bakal memberikan bantuan dalam bentuk inisiatif pemulihan Agenda Pembangunan Ekonom...
Dua2 Sudah Bernikah Kembar 7g Teka Siapa Yang Bakal Timang Baby Twins Juga

Dua2 Sudah Bernikah Kembar 7g Teka Siapa Yang Bakal Timang Baby Twins Juga

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 412 hits
Selebriti media sosial Ieka Tajudin dan kembarnya iaitu Iera Tajudin pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka menyalahkan guru gara gara meraih keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia Walau bagaimanapun kedua dua remaja ini tetap t...
Robert Pattison Bakal Ganti Ben Affleck Untuk Pasukan Justice League Baru

Robert Pattison Bakal Ganti Ben Affleck Untuk Pasukan Justice League Baru

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 285 hits
Filem Batman arahan Matt Reeves The Batman bakal menemui pawagam pada tahun 2022 selepas beberapa kali ditangguhkan Filem ni sepatutnya dibintangi Ben Affleck dan diarahkan oleh pelakon tersebut juga tetapi menarik diri kerana tidak lagi be...
Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Mengenali Pembedahan Thyroidectomy Apa Yang Perlu Korang Tahu

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98