Walau Apa Pun Keputusan Mahkamah Ia Tidak Berakhir Kata Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, walau apa  pun keputusan esok, ia bukanlah penamat buat dirinya, menjelang  keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd  yang melibatkan beliau.
Najib berkata, sekiranya beliau didapati tidak bersalah dalam kes  berkenaan sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan ke  Mahkamah Rayuan, tetapi jika keputusan tidak memihak kepada dirinya,  beliau juga akan membawa kes itu ke mahkamah yang sama.
“Saya tahu apa di minda semua, apa yang ditulis, apa yang  diperkatakan. Sejak hari pertama saya sudah kata, inilah peluang saya  untuk membersihkan nama saya.
“Walau apa pun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir di sini,” katanya di Facebooknya, hari ini.
     Najib berkata, beliau sendiri sudah bersedia untuk membawa kes  berkenaan ke Mahkamah Rayuan, selain menegaskan, beliau tidak mahu  mana-mana kes membabitkan dirinya digugurkan seperti dilakukan oleh  kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung kes melibatkan Lim Guan Eng.
“Saya tidak putus asa. Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan, saya  sudah bersedia. Demi DAP dan Lim Guan Eng, undang-undang dan sistem  kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh Pakatan Harapan.
“Saya mahu keadilan, saya mahu bersihkan nama saya,” katanya.
Mahkamah Tinggi esok akan membuat keputusan berhubung kes membabitkan  Najib yang didakwa menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn  Bhd.
   Tarikh itu bakal dicatat sebagai detik penting dalam sejarah  kehakiman Malaysia yang menyaksikan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada  Najib, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-67 Khamis lepas, didapati  bersalah atau sebaliknya.
Najib berdepan 3 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), 3 pertuduhan  pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan  dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang  kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.
Najib, perdana menteri ke-6 dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menjadi tumpuan  kerana beliau bakal menentukan nasib Najib apabila memikul tanggungjawab  untuk membuat keputusan dalam kes itu, yang dijangka diumumkan pada  kira-kira 10 pagi.
# FMT
MR :  Perjuangan masih panjang untuk Najib Razak
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/walau-apa-pun-keputusan-mahkamah-ia.html