Penyokong Mahu Anwar Tinggalkan Dap


By SatuBerita
-August 21, 2021


Desak ketepikan DAP atau berundur selepas gagal ke Putrajaya sebagai PM

SELEPAS tewas dalam perebutan meraih sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penyokongnya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketua pembangkang ini memuat naik kenyataan di Facebook menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan itu segera mendapat maklum balas netizen yang ramai antaranya menyalahkan pendirian Anwar bekerjasama dengan DAP sebagai punca utama pembangkang gagal meraih sokongan.

Farid Rahman berkata: “DSAI dilihat menyerlah ketika memimpin ABIM tapi bila berpolitik tak nampak keabimanya…..cuba ubahkan konsep berpolitik tanpa perlu berpaut dgn parti yg bercanggah sama sekali dgn jiwa Abim tuuu rasanya rakyat lebih yakin dan peluang utk naik jadi PM lebih cerah….kaluu tak PM tepi forever laaaa,”

Kenyataan terbuka Anwar itu disokong Hayat Rosli: ‘”Terbaik.. DS x pyh la bersekongkol dgn DAP lagi.. udah² la.. selagi ada DAP.. selama itulah berada di site pembangkang.”

Jack Lambo pula berkata, kekalahan itu disebabkan isu mewujudkan hak sama rata oleh Pakatan Harapan (PH).

“Dan terbukti selama jajahan PH selama 22 (bulan) menjurus kepada pencabulan secara rakus, duit tabung Haji, zakat Dan segala tabung milik melayu.. u maybe Akan jadi PM yg terbaik.. tetapi syg.. semua disebaliknya.. Dan rakyat DH mula sedar, Siapa Anwar Ibrahim.. peluang nak jadi PM semakin tipis.. apatah lagi nak menang PRU15.. dijangka.. PH Dan PkR Akan Terus tengelam,”

Adi Chandra Adi juga mahukan Anwar supaya menjauhkan diri daripada DAP. “selagi YB berkerja sama dgn dap, sampai bila-bila la tak jadi pm.. sebab ramai yg benci Dap.. Masa PH memerintah, jadi kucar kacir Dap buat..Nak hidupkan GDL pun jadi susah dan mahal.,”

Dalam kenyataan itu, Anwar yang mewakili blok pembangkang berkata, mereka mengambil maklum bahawa keputusan itu (melantik Ismail Sabri) dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

“Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi PRU-15. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada PRU yang lalu,” katanya.

Kemelut politik negara berlaku apabila blok pembangkang mendesak, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan akhirnya, kerajaan Perikatan Nasional dibubarkan selepas beliau meletak jawatan bersama barisan kabinet pada 16 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong meminta semua 220 Ahli Dewan Negara supaya menyerahkan surat akuan (SD) untuk memilih calon Perdana Menteri. Semalam, Ismail Sabri diumumkan sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas meraih 114 sokongan dan dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara, pada 2.30 petang ini.

Berdasarkan komen netizen di Facebook, ramai juga yang mendesak supaya Anwar berundur dengan memberi peluang kepada muka baharu.

Arif Billah berkata; “Lawan lawan… Lawan lawan.. hahha apa yang dapat kebencian rakyat membuat-buat … Bersaralah ..bagi org muda pulak cari makan ikut politik… Risauuuuu kadang2.. bila bercakap terlalu banyak tipu daya,”

Pjul Hafizul pula dipetik berkata; “Dah kata tinggalkan DAP tu tak nak dengar,”. Steven Yap pula mengingatkan Anwar supaya tidak mengulangi kesilapan. “Menang atau kalah kena terima. Yang penting perlu belajar daripada kesilapan dan jangan mengulanginya,” 
– SB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/penyokong-mahu-anwar-tinggalkan-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu No Anwar No Dap Selesai Selepas Ph Jumpa Pm Umno

Isu No Anwar No Dap Selesai Selepas Ph Jumpa Pm Umno

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 252 hits
NASUHA RAHMANJika sebelum ini Umno menegaskan pendirian mereka no DAP no Anwar namun selepas pertemuan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri bersama tiga pimpinan Pakatan Harapan hari ini pendirian itu terpaksa diketepikan Presiden PKR...
Dap Bodek Pm Baharu Selepas Ditipu Konon Anwar Ada Majoriti

Dap Bodek Pm Baharu Selepas Ditipu Konon Anwar Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 381 hits
agendadaily com21 8 2021DAP mengucapkan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Selepas ditipu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya memiliki majoriti kini DAP cuba membodek Perdana M...
Dulu Tolak Kerjasama Bipartisan Kini Dap Syor Anwar Dilantik Jadi Tpm

Dulu Tolak Kerjasama Bipartisan Kini Dap Syor Anwar Dilantik Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 340 hits
agendadaily com19 8 2021De facto DAP Lim Kit Siang mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Susulan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan untuk dil...
No Anwar No Dap No More Dah Ke

No Anwar No Dap No More Dah Ke

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 371 hits
Jika sebelum ini Umno menegaskan pendirian mereka no DAP no Anwar namun selepas pertemuan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri bersama tiga pimpinan Pakatan Harapan hari ini pendirian itu terpaksa diketepikan Presiden PKR Datuk Seri A...
No Anwar No Dap Retorik Politik

No Anwar No Dap Retorik Politik

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 153 hits
Ismail dan Azmin berbalas gambar Perjumpaan yg mempunyai makna tersendiri NO ANWAR NO DAP RETORIK POLITIK Jika semalam Azmin dgn bangga menunjukkan foto bersama 12 org geng kartelnya sebagai amaran kpd Ismail hari ini Ismail membalas foto t...
Kerana Semangat Titah Tuanku Ismail Sabri Terpaksa Tolak No Anwar No Dap

Kerana Semangat Titah Tuanku Ismail Sabri Terpaksa Tolak No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 222 hits
August 25 2021 Parti pembangkang tidak akan mempersulit kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Kita beritahu kalau suasana dan program program itu agak ...
Terima Kem Zahid Anwar Usaha Pujuk Dap

Terima Kem Zahid Anwar Usaha Pujuk Dap

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 270 hits
Pada pagi ini sedang tersebar screenshots perbualan melibatkan beberapa individu penting daripada team Anwar Ibrahim Menurut sebaran tersebut team Anwar pada ketika ini sedang giat mendapatkan persetujuan DAP bagi menerima team Zahid untuk ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa