Kerana Semangat Titah Tuanku Ismail Sabri Terpaksa Tolak No Anwar No Dap


 

August 25, 2021 Parti pembangkang tidak akan mempersulit kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita beritahu (kepada Perdana Menteri) kalau suasana dan program-program itu agak pro rakyat kita tak akan persulitkan.
“Kita beri jaminan kalau program pro rakyat, program menangani Covid-19 ini lebih berkesan, maka kita tiada masalah untuk menjamin keadaan lebih terkawal,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Anwar berkata demikian mengulas mengenai gesaan supaya usul undi percaya terhadap Ismail Sabri dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Dua lagi pemimpin pembangkang iaitu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyertai pertemuan itu yang dibuat atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.
Ketiga-tiga pemimpin itu tiba di Bangunan Perdana Putra pada 2 petang dengan menaiki kenderaan berasingan dan pulang kira-kira 3.30 petang.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Ismail Sabri dilakukan segera di Parlimen. Gesaan itu disokong oleh Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dengan menyatakan bahawa usul undi percaya perlu dilakukan meskipun Ahli Parlimen Bera itu, telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata dalam pertemuan lebih sejam itu, beliau telah mengemukakan isu menangani permasalahan Covid-19 yang lebih berkesan, program-program pro rakyat yang lebih menyentuh permasalahan golongan miskin dan kehilangan pekerjaan.
“Itu kita tekankan sebagai yang asas. Jadi untuk mententeramkan dan mengurangkan suhu politik itu memang dipersetujui,” katanya sambil menambah beliau berharap isu-isu itu akan menjadi keutamaan Perdana Menteri baharu.
Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana meluangkan masa berbincang dengan parti-parti pembangkang.
“Saya ucap terima kasih… Ismail Sabri ini mewakili Umno dan dia bincang dengan Anwar dan DAP.
“Saya bergurau dengan dia, No Anwar No DAP, ini nampak dah berubahlah. Dia kata ini kerana semangat titah tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk kerjasama (dengan semua pihak),” katanya.
Beliau berkata dalam pertemuan itu, Lim turut mengemukakan isu ekonomi termasuk moratorium bank manakala Mohamad pula membangkitkan soal kesan parah Covid-19 di beberapa kawasan yang menuntut pendekatan baru dan tidak terikat dengan kaedah lama yang terbukti belum cukup berkesan.
Ditanya sama ada isu Majlis Pemulihan Negara dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata perkara itu tidak dibincangkan.
Mengenai jawatan ketua pembangkang ditawarkan saraan dan kemudahan yang setara dengan menteri kanan seperti yang pernah diusulkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar berkata perkara itu tidak berbangkit.
“Saya pun tidak (berminat), saya tidak mahu itu dijadikan isu. Daripada awal kita kata kita tak datang untuk meminta jawatan untuk kita, isu kita khusus soal ekonomi rakyat dan Covid-19,” katanya.
Anwar berkata selepas pertemuan tadi, parti-parti pembangkang akan mengadakan mesyuarat susulan di peringkat jawatankuasa.
“(Mesyuarat) ini untuk mencerakinkan apa yang boleh dipersetujui dan langkah-langkah harus diambil supaya keadaan kedudukan perdana menteri dan kedudukan negara lebih terkawal dan nyaman politiknya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/kerana-semangat-titah-tuanku-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gps Supporting Ismail Sabri As Pm Akin To Circumvention Of 2018 Election Results Dap Man

Gps Supporting Ismail Sabri As Pm Akin To Circumvention Of 2018 Election Results Dap Man

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 272 hits
Michael Kong Feng Nian KUCHING The decision by Gabungan Parti Sarawak to support Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as prime minister is akin to a circumvention of the election results on May 9 2018 opined special assistant to Sarawak DAP ch
Mungkinkah Anwar Merancang Strategi Lain Untuk Jatuhkan Ismail Sabri Pula

Mungkinkah Anwar Merancang Strategi Lain Untuk Jatuhkan Ismail Sabri Pula

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 250 hits
AGENDA DAILY Pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri Foto kredit PMO Saya ucap terima kasih Ismail Sabri ini mewakili UMNO dan dia bincang deng...
Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 498 hits
Oleh LIM KIT SIANG August 16 2021Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid 19 dan juga menyalakan semangat untuk Impia...
Support Of 114 Mps For Ismail Sabri Is Questionable Says Dap

Support Of 114 Mps For Ismail Sabri Is Questionable Says Dap

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 342 hits
Pakatan Harapan is pushing for Anwar Ibrahim to be the next prime minister with the support of 105 MPs The Conference of Rulers meeting scheduled for 2 30pm today will need to examine support for Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said Democrat...
Perjumpaan Anwar Dan Ismail Sabri Demi Rakyat Bukan Minta Jawatan

Perjumpaan Anwar Dan Ismail Sabri Demi Rakyat Bukan Minta Jawatan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 276 hits
Kita beritahu kalau suasana begini dan program program adalah pro rakyat kita tidak mahu sulitkan katanya kepada pemberita selepas bertemu Ismail di Pejabat Perdana Menteri Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pa...
Spekulasi Ismail Sabri Bakal Perdana Menteri Baharu Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar

Spekulasi Ismail Sabri Bakal Perdana Menteri Baharu Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 380 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai andaian pintu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sudah tertutup berikutan spekulasi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri memperoleh s...
Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 362 hits
rwan Muhammad ZainOgos 16 2021 KUALA LUMPUR Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri siapa yang akan mengisi jawatan tersebut dan membentuk kerajaan terus menjadi tanda tanya Antara nama yang disebut sebut Presiden P...
Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Bihun Goreng Kampung

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan

Upiak Isil Sado Maha Chord

Budget 2026 To Be Tabled In Parliament On Oct 10 Mof

Public Healthcare Under Pressure Budget 2026 Must Boost Workforce Upgrade Facilities

Fisheries Dept Urges Halt On Shellfish Harvest In Pd Following Elevated Biotoxin Levels