Penyertaan Bersatu Dalam Mn Bentuk Gagasan Melayu Raya Kata Takiyuddin




PAS yakin gandingan parti itu dengan Umno dan Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) akan mewujudkan suatu gagasan besar “Melayu raya”.
Bukan itu sahaja, malah Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan percaya langkah itu dapat memperkasa struktur masyarakat Malaysia.
Justeru katanya, parti itu menyokong penuh keputusan Bersatu menyertai MN.
"PAS yakin penyertaan Bersatu akan memantapkan lagi MN yang digagaskan atas dasar muafakat dalam hal-hal dan isu-isu berkaitan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu, Bumiputera dan kepentingan nasional secara umumnya.
"PAS juga yakin gandingan parti-parti Umno, PAS dan Bersatu bukan sahaja akan mewujudkan suatu gagasan besar 'Melayu raya' dan sekali gus memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya seperti termaktub dalam undang-undang teras Malaysia.
"Kerjasama yang digagaskan atas asas muafakat, persefahaman serta perpaduan ini pasti akan mewujudkan iklim yang harmoni, kondusif dan berwibawa ke arah membangunkan seluruh sektor masyarakat dan wilayah demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bersatu diasaskan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Muhyiddin Yassin menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menumbangkan kerajaan BN pimpinan Najib Razak pada pilihan raya umum ke-14.
Muafakat Nasional dimeterai antara Umno dan PAS susulan kekalahan BN pada pilihan raya itu.
Bagaimanapun kerajaan PH tidak bertahan lama apabila terjadi krisis politik pada Februari lalu yang menyaksikan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri gabungan itu.
Tempatnya digantikan oleh Muhyiddin yang menubuhkan kerajaan melalui Perikatan Nasional (PN) dengan kerjasama Umno dan PAS.
Bagaimanapun PN bukanlah pakatan formal atau entiti politik berdaftar.
Umno sebelum ini mengumumkan bahawa parti itu tidak akan bergabung dengan PN, sebaliknya mengajak Bersatu menyertai MN.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi parti itu telah memberi persetujuan untuk menyertai MN.
Dalam rakaman ucapan yang ditujukan buat ahli Bersatu, Muhyiddin berkata beliau percaya bahawa ia adalah pilihan terbaik untuk Bersatu.
"​Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau the grand coalition.
"InsyaAllah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya.
Sementara itu, Takiyuddin berkata beliau yakin gabungan tiga parti itu menjadi gandingan terbaik untuk menerajui PN.

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/penyertaan-bersatu-dalam-mn-bentuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabungan Pas Umno Bersatu Wujudkan Gagasan Melayu Raya Pas

Gabungan Pas Umno Bersatu Wujudkan Gagasan Melayu Raya Pas

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 369 hits
Astro Awani Ogos 16 2020 18 56PAS yakin gandingan UMNO Pas dan Bersatu akan mewujudkan suatu gagasan besar Melayu Raya KUALA LUMPUR PAS menyatakan sokongan penuh dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menyertai Muafakat Nasio...
Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 457 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjangkakan orang Melayu akan terus berpecah jika Dr Mahathir kekal dengan keputusan untuk menubuhkan parti politik berteraskan Melayu dan pribumi Saya tak pasti apa tujuan Tun untuk menubuhkan satu l...
Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 322 hits
Muafakat Nasional akan meneroka kerjasama dengan pelbagai parti dan badan bukan Melayu Islam menurut Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa Annuar juga berkata Bersatu juga telah termasuk dalam sekretariat MN Sekretariat MN yg kini d...
Pas Kata Jadi Kerajaan Bukan Melalui Pilihan Raya Adalah Anugerah Allah

Pas Kata Jadi Kerajaan Bukan Melalui Pilihan Raya Adalah Anugerah Allah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 390 hits
Pas mendakwa memegang kuasa pemerintahan tanpa melalui proses demokrasi merupakan anugerah daripada Allah Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak Mustafa Shaari berkata ini menunjukkan betapa perjuangan didukung makhluk hanya akan mencapai kemenanga...
Dulu Jemput Masuk Mn Sekarang Kata Lain Umno Kenakan Bersatu

Dulu Jemput Masuk Mn Sekarang Kata Lain Umno Kenakan Bersatu

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 334 hits
Umno berpusing pusing dalam menjemput Bersatu ke dalam Muafakat Nasional Sebelum ini Presiden Umno Zahid Hamidi mahu Bersatu menyertai MN tetapi sekarang Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula berkata akar umbi parti itu tidak selesa dan...
Pilihan Raya Mengejut Perlu Untuk Kestabilan Politik Kata Pas

Pilihan Raya Mengejut Perlu Untuk Kestabilan Politik Kata Pas

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR Orang Melayu mesti memperoleh kedudukan dominan dalam pilihan raya bagi memastikan kestabilan politik di negara ini kata pemimpin parti Islam yang juga tokoh kanan dalam gabungan kerajaan pada Rabu Malaysia menghadapi ketidakte...
Lebih Baik Muafakat Sesama Melayu Dari Jadi Tali Barut Dap Kata Umno Johor

Lebih Baik Muafakat Sesama Melayu Dari Jadi Tali Barut Dap Kata Umno Johor

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 396 hits
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah membidas kenyataan Ketua Pemuda DAP di negeri itu Sheikh Umar Bagharib Ali yang menyifatkan Bersatu Johor ibarat anak tiri dan tongkat dalam Perikatan Nasional Mohd Hairi sebaliknya mem...
Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 318 hits
Majoriti bahagian Bersatu di Selangor menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin kata naib presidennya Abdul Rashid Asari Ini selepas pemimpin Bersatu bahagian Klang Kuala Selangor dan Jeram keluar parti awal bulan ini Tindakan keluar parti ...
Pas Terima Surat Kesediaan Bersatu Sertai Muafakat Nasional Takiyuddin

Pas Terima Surat Kesediaan Bersatu Sertai Muafakat Nasional Takiyuddin

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 407 hits
79 total views 79 views today KOTA BHARU PAS telah menerima surat daripada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesediaan Bersatu menyertai Muafakat Nasional kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Hari ini saya bole...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D N 65 S Chi N L C Ch I X S Hi U Qu Nh T T I Da88

L Tr T L G Kh M Ph C Ch Ch I T I Nh C I Da88

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp