Penyerang Berbisa Sabah U19 Dapat Panggilan Skuad B18 Kebangsaan
NASIP (kanan) bersama Billy.Penyerang berbisa Sabah U19 dapat panggilan skuad B18 kebangsaanPenyerang utama skuad bawah 19 tahun Tambadau Sabah, Mohd Nasip Mohammad Zain mendapat panggilan ke Kem Latihan dan Pemilihan Skuad Bawah 18 Tahun Kebangsaan.
Pemain dari Semporna itu adalah antara 34 yang telah tersenarai dalam panggilan ke kem latihan dan pemilihan pada 20 Julai hingga 3 Ogos.
Daripada jumlah itu, 23 pemain akan dipilih untuk membawa cabaran negara kendalian Brad Maloney ke Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 4 Ogos.
Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun Sabah, Billyton Vun Kit Ming berkata, penyenaraian pemain itu menepati objektif peribadinya dan penawar kepada kekecewaan pencapaian pasukan yang kini di tangga tercorot.
Baca:
Selamat kembali ke Liga Super 2020 Sang Badak!
Sabah FA dapat geran Rm 1 juta dari MFL
Sabri Sahar bintang makin menyinar
Penamat terbaik di Stadium Likas
Kejayaan bola sepak Sabah untuk seluruh rakyat Sabah
Kelab bola sepak perlu berdikari, jangan harap dana kerajaan
"Walaupun kecewa dengan pencapaian pasukan tetapi sekurang-kurang ada sasaran peribadi saya yang tercapai iaitu untuk melahirkan produk pemain yang boleh ke skuad senior atau kebangsaan.
"Saya sebenarnya sasarkan dua pemain dapat panggilan tetapi hanya seorang yang tersenarai pun `ok lah'," kata Billy ketika dihubungi, Rabu.
Menurutnya, pemain bawah 19 atau 21 tahun adalah peringkat bagi melengkapkan pakej mereka menjadi pemain profesional.
"Tidak ada guna kita jadi juara bawah 19 atau 21 kalau tidak ada pemain yang dipanggil skuad kebangsaan kerana pada peringkat usia ini kita seharusnya bukan sasarkan kejuaraan semata-mata sebaliknya perlu lebih kepada melahirkan produk pemain berkualiti," katanya.
Mengenai pemilihan Nasip, Billy berkata, pemain itu memang memiliki kriteria yang mewajarkannya menadapat panggilan ke skuad kebangsaan.
"Dia pemain yang komited dan berdisplin dalam padang sama ada semasa latihan atau permainan.
"Nasip antara pemain yang hampir memahami sepenuhnya tanggungjawab sebagai pemain bola sepak," katanya.
Menurutnya, Nasip bukan sahaja fokus dalam latihan tetapi melakukan latihan tambahan sendiri sebelum dan selepas latihan termasuk pergi ke gimnasium.
"Pemain seperti inilah yang kita mahu. Dia antara yang cepat matang dalam permainan secara individu atau berpasukan. Bagaimanapun masih banyak yang perlu dia perbaiki terutama dari segi teknikal dan kematangan perlawanan.
"Saya harap dia akan mendapat tempat dalam skuad kebangsaan untuk menjadi antara aset penting pasukan negeri dan negara," kata Billy.
Sebagai rekod pasukan B18 kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Kemboja dan Australia.
Malaysia dijadualkan menentang Vietnam pada 7 Ogos seterusnya Singapura (9 ogos), kemboja (11 Ogos) dan Australia (13 Ogos)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabahanviral.blogspot.com/2019/07/penyerang-berbisa-sabah-u19-dapat.html