Penyelarasan Kadar Kompaun Saman Jpj Pdrm Bermula 1 Januari 2026


Penyelarasan Kadar Kompaun Saman JPJ, PDRM Bermula 1 Januari 2026
Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kadar kompaun saman bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai 1 Januari 2026, bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih seragam dan adil di seluruh negara.
Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT), langkah ini dibuat selepas kerajaan mendapati wujud perbezaan kadar kompaun serta kaedah pelaksanaan antara dua agensi penguat kuasa utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Susulan itu, Jemaah Menteri pada 17 Oktober 2025 telah memutuskan untuk menyelaraskan kadar dan kaedah pelaksanaan kompaun bagi memastikan keseragaman dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya di seluruh negara.
“The Less You Delay, The Less You Pay” Jelas MOT, Jemaah Menteri memutuskan pemberian diskaun saman berasaskan program atau kempen khas akan digantikan dengan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay” bermula 1 Januari 2026.
Hal ini kerana pemberian diskaun saman berasaskan program adalah tidak adil kepada golongan yang bertanggungjawab dan membayar saman mereka lebih awal.
“Berdasarkan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay”, kadar kompaun adalah lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal.
“Pendekatan ini bertujuan untuk memberi insentif kepada mereka yang bertanggungjawab menjelaskan saman dengan segera,” tambah MOT.
Perincian struktur baharu kadar pengurangan kompaun saman Dalam pada itu, perincian struktur baharu kadar pengurangan kompaun saman adalah seperti berikut:
1–15 hari: 50% pengurangan 16–30 hari: 33% pengurangan 31–60 hari: Kadar maksimum 61 hari ke atas: Tindakan mahkamah / senarai hitam Walau bagaimanapun, kadar pengurangan ini tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun (Non-Compoundable, NC). Ini seperti tiada insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM), dan mempamerkan LKM palsu.
Dalam pada itu, bagi memberi peluang kepada orang ramai menyesuaikan diri dengan sistem baharu ini, kerajaan menetapkan tempoh peralihan antara 1 November hingga 30 Disember 2025, di mana semua saman JPJ dan PDRM yang boleh dikompaun masih boleh dijelaskan dengan diskaun antara 50% hingga 70%.
Selepas tempoh tersebut, prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay” akan dilaksanakan sepenuhnya. Tiada lagi pengurangan akan ditawarkan bagi saman yang tidak dibayar dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dikeluarkan.
Seruan kepada pengguna jalan raya Orang ramai digalakkan menyemak dan membuat bayaran saman melalui saluran rasmi seperti portal MySIKAP, Aplikasi MyJPJ, Aplikasi MyBayar PDRM, serta semua kaunter atau kiosk JPJ dan PDRM di seluruh negara.
MOT turut menyeru semua pengguna jalan raya supaya menyelesaikan saman tertunggak sebelum 30 Disember 2025 dan menyokong usaha kerajaan dalam membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin serta selamat di Malaysia.
BACA: KPM Laksana Langkah Tambahan Tingkatkan Keselamatan Institusi Pendidikan, Tangani Isu Disiplin
Sumber: MOT
The post Penyelarasan Kadar Kompaun Saman JPJ, PDRM Bermula 1 Januari 2026 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/22/penyelarasan-kadar-kompaun-saman-jpj-pdrm-bermula-1-januari-2026/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 214 hits
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak ASEAN Bermula 8 Pagi Esok PDRM KUALA LUMPUR 22 Okt Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula 8 pagi sehingga 7 45 malam esok s...
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 352 hits
Semakan SARA 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih ATAU portal rasmi MySTR di pada tarikh yang dimaklumkan kelak SARA adalah merupakan bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membe...
Str 2026 Berkahwin Cara Mohon Kadar Bayaran

Str 2026 Berkahwin Cara Mohon Kadar Bayaran

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 201 hits
STR 2026 kini boleh dimohon bermula 13 Oktober 2025 Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut Untuk tahun 2026 bayaran STR untuk isi rumah berkahwin dikurangkan sebanyak RM300 berbanding sebelum ini Namun pengurangan...
Perhimpunan Agung Umno 2025 Ditangguhkan Ke 14 Hingga 17 Januari 2026

Perhimpunan Agung Umno 2025 Ditangguhkan Ke 14 Hingga 17 Januari 2026

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 180 hits
Perhimpunan Agung UMNO 2025 Ditangguhkan Ke 14 Hingga 17 Januari 2026 KUALA LUMPUR 17 Okt Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 29 November ini ditangguhkan ke 14 hingga 17 Januari tahun depan kata Setiausaha ...
Kos Haji 2026 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

Kos Haji 2026 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 184 hits
Kos Haji 2026 bagi musim haji 1447H 2026M dikekalkan pada kadar RM33 300 seorang jemaah Muassasah sama seperti tahun lalu Bayaran Haji 2026 turut kekal bagi semua kumpulan B40 M40 dan T20 Bagi membantu jemaah B40 dan M40 Tabung Haji memperu...
Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 273 hits
Setiap kali tiba musim belanjawan ramai tertanya tanya Ada ke bantuan naik Apa yang berubah tahun ni atau Betul ke subsidi makin kurang Belanjawan 2026 yang baru diumumkan ni datang dengan pendekatan berbeza bukan sekadar beri duit tapi bet...
Belanjawan 2026 Manfaat Kepada Peminjam Ptptn Dan Kelestarian Pendidikan Tinggi Negara

Belanjawan 2026 Manfaat Kepada Peminjam Ptptn Dan Kelestarian Pendidikan Tinggi Negara

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 201 hits
Belanjawan 2026 Manfaat Kepada Peminjam PTPTN Dan Kelestarian Pendidikan Tinggi Negara Pembentangan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan MADANI Keempat Belanjawan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri ...
Bajet 2026 Siapa Dapat Lebih Siapa Dapat Sisa Adalah Propaganda Jahat Admin Fb Friend Of Mb Terengganu

Bajet 2026 Siapa Dapat Lebih Siapa Dapat Sisa Adalah Propaganda Jahat Admin Fb Friend Of Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 218 hits
Persepsi jahat ditabur kononnya Terengganu dapat sikit Sabah dan Sarawak dapat banyak 1 ZAMAN MADANI TERENGGANU DAPAT LEBIH RAKYAT RASA HASILMereka kata lagi Terengganu cuma dapat longkang dan stadium hoki sahaja Ini jelas satu pembohongan ...
Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 427 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s Budget 2026 worth RM419 2 billion is smaller than last year s but is packed with handouts and cost of living measures It s a budget that should keep everyone s head above water during tough economic times but ...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Rumah Menanti Cahaya

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Resepi Cucur Bilis Rangup

Sambung Belajar

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65