Penyebaran Koronavirus Melalui Udara Masih Dalam Kajian




DALAM sebarang kejadian jangkitan wabak virus, adalah penting untuk mengenal pasti laluan pendedahan atau pergerakan virus berkenaan kepada manusia.

Dalam kes wabak Covid-19 yang sedang melanda negara dan meragut puluhan ribuan nyawa manusia di seluruh dunia, koronavirus diketahui disebarkan melalui penyedutan (inhalation) dan penyerapan (absorption).

Virus ini boleh dijangkiti dari manusia ke manusia dalam jarak 1.8 meter melalui titisan cecair badan yang terhasil daripada batuk atau bersin.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir yang juga pakar dalam kajian kualiti udara berkata kajian sebelum ini membuktikan bahawa transmisi melalui udara memainkan peranan penting dalam epidemiologi dua coronavirus iaitu wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 2003 di China dan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Semenanjung Arab pada 2012.

 (Transmisi melalui udara berlaku apabila virus dibawa oleh zarahan terampai di udara, iaitu berbeza dengan transmisi melalui titisan dengan manusia boleh dijangkiti sekiranya terkena titisan yang dihasilkan daripada batuk dan bersin.)

Sebagai contoh, semasa wabak selesema burung di Iowa, Amerika Syarikat pada 2014-2015 yang disebabkan oleh virus HPA1 H5 (iaitu sejenis influenza), zarahan didapati membawa virus berkenaan, katanya.

Menurut beliau, penyelidik mendapati zarahan (zarahan pepejal dan cecair yang terampai di udara) membawa virus tersebut dari reban ayam sekali gus menjangkiti serta membunuh ribuan ayam lain sehingga mengakibatkan industri ternakan ayam di negeri itu terjejas teruk.

Transmisi melalui udara 

Shahrul berkata kajian (oleh saintis antarabangsa) mengenai sama ada penglibatan zarahan terampai di udara berkemungkinan boleh membawa virus Covid-19, masih pada tahap awal.

“Zarahan terampai di udara berkemungkinan boleh membawa virus ini sekiranya platform zarahan ini boleh menjadi perumah.

“Kajian ke atas pengaruh zarahan ini sangat penting untuk dijalankan kerana sekiranya di dalam ruang tertutup seperti rumah, hospital dan bangunan lain, ia boleh membawa virus tersebut lebih dua meter ke udara,” katanya.

Beliau juga memetik kajian yang dilakukan pada Mac 2020, oleh para saintis dari Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Kebangsaan di Amerika Syarikat yang mendapati bahawa SARS-CoV-2 - virus yang menyebabkan Covid-19 – dapat kekal aktif dan boleh dikesan selama tiga jam dalam aerosol (ampaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara), empat jam pada permukaan tembaga, berlanjutan sehingga 24 jam pada kadbod dan kekal sehingga dua atau tiga hari pada permukaan plastik dan keluli tahan karat.

“Ini bermakna virus Covid-19, boleh ‘dipindahkan’ daripada sebarang permukaan kepada perumah yang lain,” katanya.

Kajian awal UKM

Sementara itu, sekumpulan penyelidik dari UKM memulakan kajian awal untuk menilai risiko virus Covid-19 melalui zarahan terampai dalam persekitaran bangunan.

Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Shahrul ini terdiri daripada pakar udara, pakar virus dan pakar perubatan. Pasukan ini turut mendapat kerjasama daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Institut Genom Malaysia dan Universiti Malaya.

Menurut Shahrul, kajian dijalankan selama tujuh hari dengan mengambil sampel udara di bilik gerakan Covid-19 di HCTM, di Cheras.

Beliau berkata, hasil kajian awal ini dijangka dapat membantu untuk mengenal pasti sama ada zarahan terampai yang kecil seperti zarahan yang berdiameter 2.5 mikrometer atau PM2.5 menjadi antara agen pembawa virus Covid-19.

“Ini kerana saiz kecil ini berupaya untuk memasuki saluran pernafasan dan seterusnya ke paru-paru,” katanya sambil menambah, hasil kajian ini diharap dapat membantu terutamanya pihak hospital dalam mengambil langkah proaktif untuk mencegah transmisi virus Covid-19.

 Pengudaraan baik

Shahrul berkata sekiranya terbukti bahawa zarahan terampai boleh menjadi agen pembawa virus Covid-19, langkah segera harus diambil untuk mengoptimumkan teknologi penapisan atau pengunaan alat pelembap dalam ruangan yang tertutup.

“Apabila seseorang yang positif dijangkiti virus berada di dalam bangunan, habuk daripada tapak kaki atau pergerakan individu itu akan terapung di udara dan boleh menjadi agen pembawa sebagai zarahan terampai yang akan beredaran di dalam bilik dan bergerak ke bahagian lain bangunan.

“Maka, ini sebabnya mengapa pengudaraan yang baik dalam sesebuah bangunan adalah penting supaya udara (di dalam bangunan) tidak menjadi agen sebagai pembawa virus,” katanya. – Bernama, 7 April, 2020.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/penyebaran-koronavirus-melalui-udara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Tiada I Akaun Kwsp Cara Daftar I Akaun Kwsp Melalui Email

Masih Tiada I Akaun Kwsp Cara Daftar I Akaun Kwsp Melalui Email

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 2238 hits
Cara Daftar i Akaun KWSP Melalui Email Hai Ramai juga yang dah dapat daftar dan mohon pengeluaran i Lestari Akaun 2 KWSP kan Cara nak mohon i Lestari pun mudah sangat Ada dah update dalam blogpost sebelum ini Berapa banyak korang keluarkan ...
Apa Nasib Rakyat Malaysia Kalau Ph Masih Berkuasa Ketika Covid 19

Apa Nasib Rakyat Malaysia Kalau Ph Masih Berkuasa Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 554 hits
Ada yang bertanya agak agaknyalah kalau Pakatan Harapan masih jadi kerajaan apa akan jadi pada nasib rakyat Malaysia sekarang ini Admin jawab syukur Alhamdulillah Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Penyayang dicabut kuasa pemerintahan Pakata...
Deretan Artis Ini Bantu Masyarakat Yang Masih Bekerja Di Luar Ikut Turun Jalan

Deretan Artis Ini Bantu Masyarakat Yang Masih Bekerja Di Luar Ikut Turun Jalan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 189 hits
Ditengah pandemi virus corona yang belum juga berakhir banyak masyarakat yang masih bekerja di luar rumah demi mencari sesuap nasi Oleh karena itu beberapa artis ikut turun ke jalan membantu masyarakat yang masih bekerja di luar Siapa saja ...
Sudah Beroperasi Rs Darurat Covid 19 Di Pulau Galang Masih Nihil Pasien

Sudah Beroperasi Rs Darurat Covid 19 Di Pulau Galang Masih Nihil Pasien

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 181 hits
Kan saat ini masih banyak pekerja migran yang akan kembali ke tanah air ucapnya
Luluhnya Hati Ibu Masih Dalam Pantang Bayi Berusia Sebulan Positif Ujian Covid

Luluhnya Hati Ibu Masih Dalam Pantang Bayi Berusia Sebulan Positif Ujian Covid

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 404 hits
Ibu mana yang tak sedih dan risau apabila bayi berusia sebulan dan masih dalam pantang disahkan ujian saringannya positif Covid 19 sehingga terpaksa berada di wad berasingan untuk betul betul bebas dari virus ini Menerusi perkongsian di Fac...
Bi Masih Punya Peluang Turunkan Suku Bunga Tekan Pelemahan Ekonomi

Bi Masih Punya Peluang Turunkan Suku Bunga Tekan Pelemahan Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 184 hits
Perry menambahkan yang menjadi prioritas saat ini adalah stabilisasi nilai tukar Rupiah meskipun BI memiliki ruang untuk penurunan suku bunga
Masih Bekerja

Masih Bekerja

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Sudah lebih dua minggu kita sedang menjalani Perintah Pergerakan Kawalan yang diarahkan oleh kerajaan KK juga masih bekerja hahaha macam inilah kita bekerja dalam bidang pemakanan harus berkorban demi n...
Masih Berdegil Keluar Rumah Pegawai Polis Ini Sekolahkan Remaja Seperti Seorang Bapa

Masih Berdegil Keluar Rumah Pegawai Polis Ini Sekolahkan Remaja Seperti Seorang Bapa

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 385 hits
Sepanjang tempoh PKP ini masih ada segelintir masyarakat yang berdegil dan masih keluar sesuka hati Walaupun sudah diberi amaran tetap keluar rumah tanpa sebarang keperluan Seperti mana yang dikongsikan oleh ada sebuah video yang menunjukka...
Tuuuu Diaaaaa Indon Masih Degil Tak Hirau Covid 19 Ribuan Penduduk Bersesak Sambut Kepulangan Peserta Liga Dangdut

Tuuuu Diaaaaa Indon Masih Degil Tak Hirau Covid 19 Ribuan Penduduk Bersesak Sambut Kepulangan Peserta Liga Dangdut

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 235 hits
April 8 2020 10 46 AMEva Yolanda disambut peminat di Lombok Indonesia dan tidak menghiraukan penularan Covid 19 yang mampu membahayakan nyawa sendiri Kepulangan Eva Yolanda salah seorang peserta Liga Dangdut Indonesia 2020 disambut warga De...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Not All Flag Mistakes Are Equal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Segera Tangani Isu Air Selangor

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

Big Difference Between Nationalism And Patriotism

Another Cop Nabbed In Macc S Probe Into Maintenance Contract

Team Hakim Acara Kalam Arabi Zon Jeram Dan Tg Karang Daerah Kusel 2025