Apa Nasib Rakyat Malaysia Kalau Ph Masih Berkuasa Ketika Covid 19



Ada yang bertanya, agak-agaknyalah, kalau Pakatan Harapan masih jadi kerajaan, apa akan jadi pada nasib rakyat Malaysia sekarang ini?

Admin jawab, syukur Alhamdulillah, Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Penyayang, dicabut kuasa pemerintahan Pakatan Harapan betul-betul sebelum wabak Covid-19 menular.

Kawan admin tanya kenapa cakap macam itu?

Baca apa yang admin tuliskan.

RM20 Bilion VS RM250 Bilion Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi


27 Februari 2020, ketika menjadi Perdana Menteri Interim, Dr. Mahathir umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang memperuntukkan dana RM20 bilion bagi menghadapi Covid-19.

Fokus utama Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 didakwa memberikan fokus kepada 3 perkara utama :

》Memperkukuhkan Keyakinan
》Merangsang Pertumbuhan
》Melindungi Perkerjaan

Sangat jelas, dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 yang Dr. Mahathir umumkan itu, fokus beliau bukan terhadap kesusahan yang akan dihadapi rakyat di waktu wabak Covid-19 menular.

Fokus Dr. Mahathir hanyalah untuk menyelamatkan perniagaan dan syarikat toknokrat (BACA DI SINI).

Apa yang rakyat, terutamanya golongan B40 akan dapat?

Hanya RM100 dan RM50 yang akan dikreditkan dalam E-Tunai, itu saja.

Bayaran BSH yang diawalkan pembayarannya tidak termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 kerana dana BSH memang sudah diluluskan, cuma pembayarannya akan dipercepatkan.

Manakala lebihan tunai dari penurunan kadar caruman KWSP dari 11% kepada 7%, adalah duit hasil titik peluh rakyat sendiri dan bukannya bantuan dari kerajaan.


Dr. Mahathir tidak kesah kalau ada penjaja yang menjual nasi lemak di tepi jalan akan kehilangan pendapatan mereka.

Dr. Mahathir juga tidak kesah kalau ada peniaga-peniaga kraftangan, pakaian, pengusaha bengkel kereta, bengkel motor, pekerja kilang yang akan kehilangan pendapatan mereka bila kerajaan terpaksa melaksanakan arahan PKP seperti sekarang ini.

Bagi Dr. Mahathir, RM100 dan dicampurkan dengan E-Tunai RM50, sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan rakyat B40 sepanjang tempuh wabak Covid-19 menular!!!

Mungkin ada yang kata, masa itu arahan PKP belum dikeluarkan, betul, tapi kita jangan lupa, ketika itu Covid-19 sudah menular ke sebahagian besar Asia Tenggara.

Ketika itu China sudah mengarahkan 'total lockdown' di hampir keseluruhan negara China dan kebanyakan negara Asia Tenggara sudah menutup pintu masuk mereka.

Malah ketika itu, WHO sendiri sudah memberikan amaran kepada Malaysia supaya bersedia.

Sebagai seorang yang berkelulusan perubatan serta pemimpin yang berpengalaman, Dr. Mahathir tidak mungkin tidak boleh nampak kesan yang bakal menimpa rakyat Malaysia?

Tetapi fokus Dr. Mahathir tetap kepada teknokrat dan bukannya untuk membantu rakyat!!!


Terbukti, selepas kehilangan jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir masih lagi mahu rakyat mengikat perut supaya kerajaan dapat membantu dan menyelamatkan perniagaan teknokrat (BACA DI SINI).


Berbeza dengan kerajaan baharu sekarang, walau pun dana yang diperuntukkan melebihi 10 kali ganda lebih besar, iaitu RM250 bilion  namun fokus utama ialah kepada golongan rakyat B40 dan M40.

Dengan membantu setiap isirumah secara puratanya antara RM2,500 hingga RM3,000, ianya pasti akan dapat mengurangkan bebanan rakyat ketika Covid-19.

Dengan kekukahan aset negara, tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak boleh membantu rakyat (BACA DI SINI).

Ini tidak pula bermakna kerajaan mengabaikan golongan-golongan usahawan PKS.

Baru-baru ini Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan RM10 bilion untuk usahawan PKS (BACA DI SINI).

Kesimpulannya, sekiranya Dr. Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri sekarang ini, maka akan ramai anak-anak di rumah yang kelaparan, akan ramai orang-orang tua yang berkerja sendiri di kampung terpaksa mengikat perut mereka dengan batu untuk menahan kelaparan...😢😢😢

Mengapa Dr. Mahathir terlalu zalim dengan golongan B40 ini?

Kerana dalam kehidupan, beliau tidak pernah merasa susah.

Jadi tidak usahlah terpedaya dengan cerita-cerita sendu Dr. Mahathir kononnya ketika kecil kehidupan beliau sangat daif, sampaikan nak makan mee goreng mamak pun tidak dapat kerana tidak cukup duit.

Gunakanlah rasional akal kita yang waras.

Bapa beliau merupakan seorang gurubesar di Penang Free School dan ketika itu, jawatan guru sudah boleh dikategorikan sebagai golongan yang agak senang, apa lagi kalau berjawatan gurubesar.

Kalau benar keluarga Dr. Mahathir dahulu susah, apakah mereka mampu untuk menampung pembiayaan bidang perubatan Dr. Mahathir di Universiti Malaya di Singapura.

Jadi bersyukurlah kita kerana Allah SWT telah mencabut kekuasaan Dr. Mahathir sebelum beliau terus menyiksa kehidupan rakyat ketika wabak Covid-19


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/04/apa-nasib-rakyat-malaysia-kalau-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Angka Kes Mungkin Bertambah Dengan Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Luar Negara

Covid 19 Angka Kes Mungkin Bertambah Dengan Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 300 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata penuntut dan pekerja Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara mempunyai potensi menyumbang kepada angka kes dari luar COVID 19 Beliau berkata pada mulanya Kementerian Kes...
Covid 19 Deep Bersyukurlah Rakyat Malaysia Ucapan Pm Thailand Dipenuhi Emoji Marah Berbanding Pm Malaysia

Covid 19 Deep Bersyukurlah Rakyat Malaysia Ucapan Pm Thailand Dipenuhi Emoji Marah Berbanding Pm Malaysia

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 402 hits
Sejak awal penularan wabak Covid 19 di Malaysia kerajaan telah mengambil langkah langkah awal bagi mengekang penularan virus tersebut sehingga mendapat perhatian dunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia sendiri kagum dengan kesiapsiagaan dan keup...
Kalau Rakyat Masih Berdegil Who Jangka Kes Covid 19 Malaysia Meningkat Pertengahan April

Kalau Rakyat Masih Berdegil Who Jangka Kes Covid 19 Malaysia Meningkat Pertengahan April

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 297 hits
Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tanda tanda awal Malaysia berjaya mengekang penularan wabak COVID 19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research Perkara in...
Covid 19 Bertuahnya Rakyat Malaysia

Covid 19 Bertuahnya Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 308 hits
Di seluruh dunia 1 25 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19 120 buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran 1 2 bilion murid dan pelajar terganggu Di Afrika Sela...
Covid 19 Masih Ramai Rakyat As Tak Peduli

Covid 19 Masih Ramai Rakyat As Tak Peduli

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 393 hits
Amerika Syarikat menjadi negara teratas paling ramai dijangkiti pandemik Covid 19 dengan lebih 100 000 kes diikuti rapat oleh Sepanyol dan Itali Presiden Donald Trump telah mengisytiharkan darurat dan gabenor beberapa negeri di Amerika juga...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 478 hits
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIABismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Apa khabar semua Seper...
Perniagaan Keranda Melonjak Ketika Covid 19 Terus Mengganas

Perniagaan Keranda Melonjak Ketika Covid 19 Terus Mengganas

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 321 hits
Perniagaan keranda melonjak ketika Covid 19 terus mengganas Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Apr 2020 3 00P
Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 293 hits
Seorang tukang gunting rambut di Mississippi meninggal dunia akibat Covid 19 selepas dia tidak menutup premis perniagaannya dan berterusan menerima pelanggan ketika wabak itu sedang mengganas nbsp Eugene Thompson 46 dari Brookhaven meningga...
Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Pm Malaysia Yang Menyentuh Hati Rakyat Malaysia

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Pm Malaysia Yang Menyentuh Hati Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 337 hits
We are a nation at war with invisible forces The situation we are now facing is unprecedented in history And this government may not be the government that you voted for But I want all of you to know that this government cares for you I res...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip