Penyatuan Ummah Baik Namun Bersatu Tak Akan Kerjasama Dengan Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 27, 2022 5:32 PM
Bersatu menyambut baik usaha penyatuan ummah PAS, namun realitinya parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Umno, kata Muhyiddin Yassin

Oleh itu Presiden Bersatu itu menjelaskan PAS akan menentukan hala tuju politiknya dalam masa terdekat, namun sehingga kini menyatakan pendirian untuk terus kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata perkara itu dizahirkan dalam pertemuan bersama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, semalam.

"Usaha Tuan Guru Hadi wujud perpaduan ummah kita setuju memang bagus, tetapi dari segi realitinya Bersatu tak boleh bekerjasama dengan Umno.
Pertemuan pemimpin Bersatu-PAS di rumah Muhyiddin di Kuala Lumpur"Kerana Umno sendiri telah buat keputusan dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu untuk tidak menerima Bersatu atau mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sampai hari ini (keputusan itu) kekal.

"Jelas, Umno tidak mahu langsung bekerjasama, jadi kita terima itu sebagai satu kenyataan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin menuntut penjelasan PAS berhubung dakwaan pertemuan Hadi dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin mahukan penjelasan PAS supaya mendapat gambaran sebenar pertemuan dua pemimpin parti politik itu.
Hadi dan Zahid di parlimen pada 2020, gambar hiasanPertemuan itu berlangsung selepas Hadi mendedahkan bahawa pihaknya ada berunding soal kerjasama dengan Umno bagi menghadapi PRU ke-15, ketika itu tanpa pengetahuan Zahid.

Muhyiddin berkata, berdasarkan penjelasan PAS tiada sebarang keputusan muktamad dicapai hasil pertemuan Hadi bersama Ahmad Zahid.

Katanya, PAS memberi bayangan akan membuat keputusan mengenai hala tuju parti bersama PN dalam masa terdekat.

"Saya diberi bayangan dalam masa terdekat PAS akan buat keputusan muktamad tentang apakah hala tuju dia ke hadapan tentang PN.

"Dia akan buat keputusan muktamad...supaya kita tidak dilihat tidak kukuh. Dalam gabungan perlu ambil pendirian yang sama, dalam semua gabungan tak perlu ada pertembungan," katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan bahawa parti itu menolak tindakan melabelkan parti Melayu, Islam sebagai musuh utama mereka.

Muhyiddin mempersoalkan apakah PAS masih ingin bersama Umno, namun dia yakin pertemuan dengan Hadi semalam telah menjernihkan segalanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/penyatuan-ummah-baik-namun-bersatu-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agenda Penyatuan Ummah Strategi Pas Wujudkan Sentimen Umno Tamak Kuasa Kata Penganalisis

Agenda Penyatuan Ummah Strategi Pas Wujudkan Sentimen Umno Tamak Kuasa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 273 hits
UMNO PULAK BUKAN PARTI YANG BETUL BETUL BAHLOL MACAM PAS Umno tahu strategi Pas dan mengelak dari bertembung di sesuatu kawasan melayu yang sama akan merugikan Umno Memang tujuan para lebai politik untuk menggambarkan ketamakkan Umno kononn...
Zaid Suruh Umno Tolak Penyatuan Ummah Dan Kembali Kepada Formula Lama

Zaid Suruh Umno Tolak Penyatuan Ummah Dan Kembali Kepada Formula Lama

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 182 hits
Datuk Zaid Ibrahim menolak cadangan supaya beberapa parti politik Melayu diperkukuhkan melalui kerjasama seperti dibangkitkan pelbagai pihak mutakhir ini Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang kini bersama Umno berkata gesaan sed...
Umno Tidak Pernah Padam Agenda Penyatuan Ummah Kata Zahid

Umno Tidak Pernah Padam Agenda Penyatuan Ummah Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 308 hits
UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah termasuk dalam kerjasama politik parti itu dengan PAS yang menjadi asas kestabilan politik tanah air Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sentiasa menekankan soal keikhlasan ...
Penyatuan Ummah Hanya Agenda Palsu Pas Yang Kemaruk Kuasa

Penyatuan Ummah Hanya Agenda Palsu Pas Yang Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 221 hits
Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa By NASUHA RAHMAN October 3 2022 Penyatuan ummah atau Muafakat Nasional merupakan agenda yang pernah digunakan untuk bersatu dengan Umno bagi menjatuhkan Pakatan Harapan sudah tidak k...
Dia Beri Kerjasama Yang Baik Kes Pengkid Pakai Irham Ketika Mengerjakan Umrah Sudah Selesai

Dia Beri Kerjasama Yang Baik Kes Pengkid Pakai Irham Ketika Mengerjakan Umrah Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 225 hits
Kes seorang wanita berperwatakan lelaki yang memakai irham lengkap ketika mengerjakan umrah dilaporkan telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu nbsp Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop
Umno Nasihat Pas Keluar Pn Tinggalkan Bersatu

Umno Nasihat Pas Keluar Pn Tinggalkan Bersatu

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 345 hits
ismaweb netBukan Muhyiddin berlagak big brother Umum suka hati dia BN musuh utama PN PuadBANGI 5 Rabiulawal 1444H Ahad Bahang Pilihan Raya Umum ke 15 semakin terasa apabila parti parti utama Melayu sudah mula melancarkan perang saraf antara...
Tidak Mahu Terus Berbalah Pas Rangka Pelan Perdamaian Umno Dan Bersatu

Tidak Mahu Terus Berbalah Pas Rangka Pelan Perdamaian Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 279 hits
nbsp KOTA BHARU PAS tidak mahu perbalahan antara UMNO dengan BERSATU dibiarkan berterusan kerana ia akan merugikan sokongan orang Islam dan Melayu di negara ini Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bagi menghadapi pi...
Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 302 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has alluded that the party prefers to stick to its stance of facing the 15th general election together with Umno and Bersatu The Marang MP pointed out that an ummah unity limited to PAS with Umno or PAS with B...
Dr Mahathir Hadi Kafirkan Pas Untuk Kerjasama Dengan Umno Parti Bukan Islam

Dr Mahathir Hadi Kafirkan Pas Untuk Kerjasama Dengan Umno Parti Bukan Islam

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 369 hits
Nora MahparSERDANG Dr Mahathir Mohamad melabel PAS sebagai parti kafir kerana sanggup bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi kuasa dan kedudukan Pengerusi Pejuang itu berkata Abdul Hadi Awang yang pernah mengkafirkan Umno kerana...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material