Zaid Suruh Umno Tolak Penyatuan Ummah Dan Kembali Kepada Formula Lama



(Malaysia Post) – Datuk Zaid Ibrahim menolak cadangan supaya beberapa parti politik Melayu diperkukuhkan melalui kerjasama seperti dibangkitkan pelbagai pihak mutakhir ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang kini bersama Umno berkata gesaan sedemikian kemungkinan lahir kerana ada pihak menganggap Umno tidak cukup kuat.
Sebaliknya, beliau menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kembali kepada formula lama termasuk mendapatkan semula sokongan masyarakat bukan Melayu seperti dahulu.
“Kita selalu diberitahu perlu perkukuhkan barisan kepimpinan Melayu, (penyatuan) ummah, Malay Unity dan sebagainya.
“Ini kerana mungkin kita rasa Umno tidak cukup kuat, tidak cukup mempertahankan kedudukan sebagai parti yang utama dalam pilihan raya.
“Pendekatan ini tidak menguntungkan dan tidak perlu, sebab Melayu bersatu tidak bererti ada keamanan atau kestabilan politik.
“Melayu juga pada satu masa dulu mengkafirkan Melayu lain. Suatu masa dulu yang nak matikan Umno pada tahun 1987 adalah Melayu, dan usaha mematikan Umno baru-baru ini pun Melayu juga,” katanya menerusi video dimuatnaik di Facebooknya.
Justeru Zaid menegaskan, Umno tidak perlu mencari formula baharu untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita balik kepada formula lama… kita (Umno) yang memerdekakan Malaya dengan sokongan orang cina dan India. Kita yang menubuhkan Malaysia dengan sokongan Kadazan dan Dayak.
“Itu formula yang telah terbukti dapat membangun dan memerdekakan negara ini. Jadi jika Umno dan BN telah hilang sokongan orang Cina, India mahupun Kadazan ini, maka kita harus usaha dapat balik sokongan mereka.
“Kita tidak perlu cari formula lain yang telah diketahui akan jadi gunting dalam lipatan. Kita tahu kumpulan Melayu lain ini mahu kuasa daripada kita,” katanya.
Katanya lagi, dalam berdepan PRU tidak lama lagi, Umno dan BN perlu melakukan sesuatu termasuk mengubah dasar dan sikap demi mengembalikan sokongan orang bukan Melayu.
Beliau juga mencadangkan Umno turun ke bawah dan meyakinkan orang bukan Melayu yang mereka ada tempat sewajarnya di negara ini dengan memberi kemudahan dan pengiktirafan sewajarnya.
“Kalau mereka perlukan pengiktirafan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) untuk masuk ke universiti awam, maka berikanlah.
“Apakah kita rugi? Bukankan kita juga bertanggung jawab membuat dasar membenarkan sekolah vernakular.
“Jika kita bertanggungjawab kepada dasar itu, kenapa pula ketika peringkat tertinggi kita menidakkan mereka untuk masuk ke universiti awam… itu tidak adil,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/09/29/zaid-suruh-umno-tolak-penyatuan-ummah-dan-kembali-kepada-formula-lama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tidak Pernah Padam Agenda Penyatuan Ummah Kata Zahid

Umno Tidak Pernah Padam Agenda Penyatuan Ummah Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 265 hits
UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah termasuk dalam kerjasama politik parti itu dengan PAS yang menjadi asas kestabilan politik tanah air Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sentiasa menekankan soal keikhlasan ...
Agenda Penyatuan Ummah Strategi Pas Wujudkan Sentimen Umno Tamak Kuasa Kata Penganalisis

Agenda Penyatuan Ummah Strategi Pas Wujudkan Sentimen Umno Tamak Kuasa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 218 hits
UMNO PULAK BUKAN PARTI YANG BETUL BETUL BAHLOL MACAM PAS Umno tahu strategi Pas dan mengelak dari bertembung di sesuatu kawasan melayu yang sama akan merugikan Umno Memang tujuan para lebai politik untuk menggambarkan ketamakkan Umno kononn...
Penyatuan Ummah Baik Namun Bersatu Tak Akan Kerjasama Dengan Umno

Penyatuan Ummah Baik Namun Bersatu Tak Akan Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 186 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 27 2022 5 32 PMBersatu menyambut baik usaha penyatuan ummah PAS namun realitinya parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Umno kata Muhyiddin Yassin Oleh itu Presiden Bersatu itu menjelaskan PAS akan menentuk...
Radio Lama Radio Burok Ni Tak Leh Pakai Dah Umno Patut Buang Ja Mana Dia Tau Angka Angka Dan Kajian Mana Dia Dapat

Radio Lama Radio Burok Ni Tak Leh Pakai Dah Umno Patut Buang Ja Mana Dia Tau Angka Angka Dan Kajian Mana Dia Dapat

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 257 hits
Rahim Thamby Chik dakwa Umno tak akan menang lebih 50 kerusi October 2 2022 Abdul Rahim Thamby Chik berkata Umno ibarat sebuah rumah besar namun sudah buruk berlubang dipenuhi anai anai dan sukar untuk dibaiki PETALING JAYA Veteran politik ...
Cinta Pas Umno Kembali Bertaut Bersatu

Cinta Pas Umno Kembali Bertaut Bersatu

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 259 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi bayangan bahawa PAS akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan Muafakat Nasional tidak lama lagi Sumber yang dihubungi Malaysiakini memaklumkan itu adalah antara isi taklimat yang disamp...
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan Pru15 Tahun Ini

Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan Pru15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 253 hits
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan PRU15 Tahun Ini Kabinet gagal mencapai kata sepakat untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini menurut laporan Utusan Malaysia Memetik seorang menteri kabinet yang tidak mahu mendedahkan ide...
Penyatuan Pas Umno Bukan Atas Prinsip Islam Tetapi Atas Perebutan Kuasa

Penyatuan Pas Umno Bukan Atas Prinsip Islam Tetapi Atas Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 238 hits
FAIZ FADZILKenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyatakan parti Melayu Islam bukan musuh dilihat sebagai bibit bibit perpecahan Perikatan Nasional dan tindakan terdesak Pas untuk bergabung semula dengan ...
Aneh Pas Terhegeh Hegeh Nak Kembali Ke Umno Pemuda Amanah

Aneh Pas Terhegeh Hegeh Nak Kembali Ke Umno Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 186 hits
malaysiakini comKetua Pemuda Amanah Hasbie Muda berkata dia berasa hairan dengan sikap PAS yang terhegeh hegeh hendak kembali ke pangkuan Umno Kita berasa aneh dan jijik dengan sikap PAS yang merengek rengek untuk kembali ke pangkuan janda ...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia