Bantuan Murid Miskin Seluar Besar 38 Inci Kasut Bayi Mp


Alyaa Alhadjri      Sehelai seluar panjang dengan saiz pinggang 38 inci dan kasut bayi antara barangan yang diterima murid di dua sekolah rendah jenis Cina di Kuala Lumpur

Ia sebahagian bantuan program balik ke sekolah yang dikendalikan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata program tersebut merupakan acara tahunan untuk yayasan yang merupakan sayap kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan itu.

Bagaimanapun, Lim mendakwa pada tahun ini program itu mengalami "kegagalan besar" kerana penangguhan penyerahan, jumlah barangan yang tidak cukup dan tidak tepat.

"Sejak dua bulan lalu, saya meminta kemas kini perkembangan daripada yayasan itu tetapi mereka kata barang-barang itu masih dibuat di China.

"Kemudian tiga minggu lalu, mereka kata masih belum siap lagi, sehinggalah hari Rabu lalu mereka kata akan sampai pada hari Khamis," katanya kepada Malaysiakini.

Bazir wang pembayar cukai
Lim menggesa Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad sebagai pengerusi yayasan untuk menjalankan siasatan terhadap apa yang disifatkannya sebagai pembaziran wang pembayar cukai.

Mengulas lanjut, Lim berkata terdapat 401 pelajar dari 11 buah sekolah rendah di Kepong layak menerima bantuan itu tetapi menurutnya hanya tujuh sekolah sahaja yang mendapatnya setakat ini.

Katanya lagi beliau sendiri menyerahkan set pakaian seragam sekolah kepada lebih 80 pelajar di SJKC Kepong 1 dan SJKC Kepong 2 semalam.

Menurutnya, pada majlis penyerahan berkenaan mereka menemukan sejumlah kesilapan daripada segi saiz pakaian.

"Seorang murid darjah enam menerima kasut bayi berwarna hitam. Seorang murid pendek tetapi seluarnya terlalu panjang, manakala seorang lagi mendapat seluar besar dengan saiz pinggang 38 inci.
"Jadi, tentulah ibu bapa merungut," kata Lim yang menegaskan kesilapan itu tidak dapat diterima.

Murid perempuan dapat seluar lelaki
Ketika dihubungi Guru Besar SJKC Kepong 2 Wee Hiau Kee mengesahkan dakwaan Lim, menjelaskan penghantaran bantuan itu tertunda kerana penggal baru persekolahan telah bermula selama tiga minggu

"Ada (saiz) terlalu kecil, ada yang terlalu besar dan ada yang salah barangan juga, termasuk seorang murid perempuan yang mendapat seluar panjang lelaki (dan sepatutnya menerima baju pinafor).

"Apabila ibu bapa mencuba barangan tersebut kepada anak-anaknya, mereka mendapati ia tidak dapat digunakan jadi mereka mahu menukarnya," kata Wee.

Beliau menjelaskan sekolah itu tiada pilihan memainkan memungut kembali barangan yang tidak sesuai itu dan memulangkannya ke pejabat Lim bersama maklum balas mereka terhadap yayasan itu.

Malaysiakini telah menghubungi yayasan itu bagi mendapatkan ulasan mengenai hal ini.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad pada 17 Disember lalu dilaporkan berkata, program Kembali ke Sekolah itu memberi bantuan kepada 20,000 murid sekolah rendah daripada keluarga golongan kurang berkemampuan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Program ini menelan belanja sebanyak RM3 juta yang mana murid akan menerima kelengkapan berupa set pakaian, kasut dan beg sekolah," katanya, petik Utusan Online.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/bantuan-murid-miskin-seluar-besar-38.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyakit Hirschsprung Menyebabkan Bayi Tak Boleh Buang Air Besar Ini Kaedah Rawatanya

Penyakit Hirschsprung Menyebabkan Bayi Tak Boleh Buang Air Besar Ini Kaedah Rawatanya

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 291 hits
Penyakit Hirschsprung adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan najis menjadi terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar Ia kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak kanak Biasanya proses pembuangan air besar sepanjang...
Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu Naik

Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu Naik

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 400 hits
Ramai yang anggap makan vitamin boleh buat ibu hamil gemuk dan bayi dalam kandungan besar Itu salah Sepatutnya jangan culas untuk mengambilnya kerana ini untuk elakkan masalah perkembangan janin Vitamin prenatal ni penting sebab ibu mengand...
Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 496 hits
Bagi ibu bapa yang beru mendapatkan cahaya mata pelbagai rawatan penjagaan perlu dititikberatkan Terutamanya apabila bayi kerap menyusu tetapi kurang buang air besar Perihal ini boleh menyebabkan bayi kembung perut menyebabkannya tidak sele...
Fitnahsudahmenang Syarikat Besar Tak Perlu Bayar Sst Tetapi Rakyat Miskin Diperas Oleh Sst Najib

Fitnahsudahmenang Syarikat Besar Tak Perlu Bayar Sst Tetapi Rakyat Miskin Diperas Oleh Sst Najib

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 292 hits
Projek keretapi Gemas Johor Baharu diberi pengecualian membayar cukai SST oleh kerajaan PH untuk kurangkan kos sebanyak 20 Menteri Kewangan boleh confirm Kalau mengikut skrip PH dulu Syarikat syarikat besar tak perlu bayar SST tetapi Rakyat...
Pelancong Orang Putih Ini Belikan Kanak Kanak Miskin Kasut Baru Membuatkan Netizen Tersentuh Hati

Pelancong Orang Putih Ini Belikan Kanak Kanak Miskin Kasut Baru Membuatkan Netizen Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 550 hits
Seorang pelancong menjadi perhatian ramai selepas gambarnya bersama seorang kanak kanak viral di internet Aryan Yero memuat naik beberapa gambar di akaun Facebook ternyata ianya menyentuh hati netizen Menurut Aryan lelaki itu yang bernama C...
Prihatin Ibu 17 Tahun Ini Tega Pukuli Bayi Hingga Tewas Tak Sadar Anak Meninggal Malah Sempat Dibawa Karaokean

Prihatin Ibu 17 Tahun Ini Tega Pukuli Bayi Hingga Tewas Tak Sadar Anak Meninggal Malah Sempat Dibawa Karaokean

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 226 hits
Sedihnya si ibu masih sempat berdalih bayi kesurupan setan sehingga harus dipukuli agar bisa patuh Keji
Tips Mengatasi Bayi Yang Menangis Secara Terus Menerus

Tips Mengatasi Bayi Yang Menangis Secara Terus Menerus

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 293 hits
Menangis merupakan salah satu hal yang biasa dilakukan oleh para bayi Karena ketika baru keluar dari kandungan seorang bayi umumnya akan menangis dan hal tersebut pun menjadi hal yang lumrah untuk para bayi Namun meskipun menangis merupakan...
6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 481 hits
6 langkah penjagaan bayi baru lahir mesti dibiasakan baru boleh elak pelbagai masalah Anda juga boleh tersenyum melalui minggu minggu pertama bergelar mama dan papa da menikmati indah bersama si kecil Langkah penjagaan in wajib diketahui Ca...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health