Ibu Hamil Elak Ambil 4 Makanan Ini Ia Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kandungan


Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Ingin tahu apakah makanan tersebut?

Wanita hamil perlukan makanan berkhasiat
Seorang wanita hamil perlu memastikan setiap makanan yang diambil membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk janin membesar dan berkembang dengan baik. Selain itu badan juga perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik untuk bersedia dengan perubahan.

Untuk proses kehamilan yang sihat, diet pemakanan ibu mengandung perlulah seimbang dan berkhasiat. Ia perlu mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan lemak serta mengambil pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Sesetengah diet pemakanan wanita hamil mungkin dipengaruhi kepercayaan bangsa, keperluan asas agama atau berdasarkan tahap kesihatan. Jadi pastikan anda mendapatkan rundingan dan nasihat doktor sebelum merancang sebarang diet kehamilan.
Tetapi bukan semua makanan boleh diambil dan dimakan oleh wanita hamil. Ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita yang sedang mengandung. Ia adalah kerana kesan yang mungkin berlaku kepada diri atau bayi dalam kandungan.
Jom semak senarai 4 makanan perlu dihindari wanita hamil:
Makanan laut tinggi merkuri
Merkuri adalah 1 elemen bertoksik tinggi dan biasanya ditemui di kawasan laut yang tercemar. Jadi wanita yang sedang hamil sangat perlu mengelakkan daripada memakannya.
Pengambilan makanan bermerkuri boleh mendatangkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Ia menyebabkan perkembangan bayi menjadi lambat dan berisiko meningkatkan masalah kerosakan saraf bayi.
Kandungan merkuri yang tinggi dalam makanan berisiko menjejaskan sistem imun badan, fungsi buah pinggang serta sistem saraf.
Jika ibu hamil ingin memakan makanan laut, pastikan anda mengehadkan pengambilannya sekitar 1 atau 2 kali sebulan dalam jumlah yang sedikit.
Antara makanan yang mengandungi merkuri adalah:
Ikan makarel Ikan tuna Ikan yu Ikan mentah Jika anda penggemar makanan sushi terutamanya yang mengandungi ikan mentah, sila berikan perhatian. Ini kerana ia tersenarai antara 9 jenis makanan harus dielakkan wanita hamil.
Ikan mentah berisiko menyebabkan pelbagai jangkitan seperti norovirus, Vibro, Salmonella dan Listeria. Sesetengah jangkitan mungkin hanya mendatangkan kesan kepada ibu mengandung, menjadikan mereka lemah dan terhidrasi.
Namun, terdapat juga jangkitan yang menjejaskan bayi dalam kandungan. Ia boleh memberikan kesan serius sehingga menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.
Daging separuh masak, mentah dan diproses
Pengambilan daging separuh masak atau mentah boleh meningkatkan risiko jangkitan beberapa bakteria atau parasit termasuklah Toxoplasma, E.coli, Listeria dan Salmonella.
Bakteria tersebut boleh mengancam kesihatan bayi yang belum lahir, menyebabkan kematian atau penyakit neurologi kronik termasuk ketidakupayaan intelektual, buta dan epilepsi.
Daging yang diproses seperti sosej atau daging burger juga adalah makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana jenis daging ini mungkin dijangkiti pelbagai bakteria dalam proses penghasilan atau penyimpanannya.
Telur mentah
Jika anda peminat telur separuh masak atau mentah, ketahuilah bahawa ia juga termasuk dalam makanan harus dielakkan oleh ibu mengandung.
Ini kerana telur mentah mungkin mengandungi Salmonella. Antara simptom jangkitan yang mungkin dialami ibu hamil adalah demam, loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah kes yang biasa berlaku dan ini mungkin terjadi disebabkan kulit telur yang tidak dibasuh bersih.
Dalam sesetengah kes, ia mungkin menyebabkan kekejangan pada uterus. Keadaan ini cenderung menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kematian bayi dalam kandungan.
Jadi ibu hamil semua, pastikan telur yang akan anda ambil masak sepenuhnya, okay?
Pentingkan kebersihan
Makanan yang bersih adalah 1 perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita hamil. Elakkan memakan buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh kerana ia mungkin mengandungi bakteria dan parasit.
Jadi pastikan makanan yang akan diambil terjamin kebersihannya. Hindari jenis-jenis makanan harus dielakkan jika anda tidak mahu berdepan sebarang komplikasi sepanjang tempoh kehamilan anda.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Ibu Hamil, ELAK Ambil 4 Makanan Ini, Ia Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kandungan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-elak-ambil-4-makanan-ini-ia-boleh-memberi-kesan-buruk-pada-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Nak Ambil Vaksin Covid Usia Kandungan Mesti Antara 14 Hingga 33 Minggu

Ibu Hamil Nak Ambil Vaksin Covid Usia Kandungan Mesti Antara 14 Hingga 33 Minggu

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 396 hits
Ibu mengandung adalah golongan berisiko tinggi dan penting untuk mereka mendapatkan vaksin COVID 19 Fahami dengan lebih lanjut tentang kesesuaian vaksin vaksin COVID 19 kepada golongan ini seperti yang dikongsikan oleh Garis Panduan Vaksin ...
Ibu Hamil Perlu Diutamakan Terima Vaksin

Ibu Hamil Perlu Diutamakan Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR Ibu hamil diberi keutamaan dalam pemberian berdasarkan arahan terbaharu Kementerian Kesihatan PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan kepada setiap Pengarah Kesihatan Negeri supaya mengutamakan pemberia...
Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat Baik Untuk Ibu Hamil

Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat Baik Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 268 hits
Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang sihat atau baik yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh Omega 3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan KEHAMILANAsid lemak Omega 3 adalah sangat penting semasa k...
Banyak Ibu Hamil Positif Covid 19 Tak Tertangani Rs Imbas Lonjakan Kasus

Banyak Ibu Hamil Positif Covid 19 Tak Tertangani Rs Imbas Lonjakan Kasus

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 316 hits
Situasi tersebut kata Emy merupakan salah satu faktor penularan SARS CoV 2 penyebab Covid 19 yang kini banyak dialami bidan Faktor lainnya adalah masalah pasokan alat perlindungan diri yang masih terbatas di beberapa daerah tertentu
Surah Amalan Ketika Ibu Hamil

Surah Amalan Ketika Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 271 hits
Surah surah yang digalakkan untuk diamal ketika hamil Assalamualaikum Semua kat sini sedia maklum bahawa wanita hamil mempunyai emosi yang sangat sangat tak stabil dan hati yang tak tenang doa dan surah amalan ketika mengandungSemuanya berl...
Video Anies Kesal Perusahaan Tetap Suruh Ibu Hamil Kerja Di Tengah Ppkm Darurat

Video Anies Kesal Perusahaan Tetap Suruh Ibu Hamil Kerja Di Tengah Ppkm Darurat

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 234 hits
Gubernur DKI Anies Baswedan melakukan inspeksi mendadak ke sejumlah perkantoran Salah satunya PT Equity Life Indonesia yang berada di Gedung Pencakar Langit Jakarta Anies kesal ditengah PPKM Darurat perusahaan tetap mempekerjakan pegawainya...
Pa Ma Gala Moms Bakal Memberi Inspirasi Buat Semua Ibu Millennial Nantikan

Pa Ma Gala Moms Bakal Memberi Inspirasi Buat Semua Ibu Millennial Nantikan

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 612 hits
Buat pertama kalinya PA MA yang merupakan jenama pilihan ibu bapa nombor 1 di Malaysia menganjurkan PA MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL sebuah program anugerah digital yang akan memberi penghargaan kepada 20 mama millennial...
Penutupan Kilang Beri Kesan Buruk Ekonomi Kata Ahli Mten

Penutupan Kilang Beri Kesan Buruk Ekonomi Kata Ahli Mten

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 247 hits
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Noor Azlan Ghazali berkata dalam konteks kluster kilang hanya menyumbang sekitar 15 ke 20 daripada keseluruhan kes KUALA LUMPUR Penutupan penuh sektor perkilangan yang menyumbang jumlah eksport leb...
Viral Diduga Anggota Satpol Pp Gowa Tampar Ibu Hamil Saat Penertiban Ppkm

Viral Diduga Anggota Satpol Pp Gowa Tampar Ibu Hamil Saat Penertiban Ppkm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 279 hits
Dalam akunnya pemilik akun mengunggah sebuah video aksi pemukulan saat razia Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat di warkop miliknya di Panciro Kabupate Gowa Ia juga menuliskan istrinya bernama Riyana ditampar seorang anggota Satpol ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall