Penuntut Cemerlang Henry Gurney Hadiahkan Keputusan Cemerlang Buat Ibu Saudara


Penuntut cemerlang Henry Gurney ‘hadiahkan’ keputusan cemerlang buat ibu saudara. Seorang pelajar dari Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, dikenali sebagai Adam, 19, meluahkan hasratnya untuk menebus segala pengorbanan ibu saudaranya yang telah menjaganya sejak kecil selepas kehilangan kedua ibu bapanya.
Penuntut Cemerlang Henry Gurney ‘Hadiahkan’ Keputusan Cemerlang Buat Ibu Saudara Adam yang muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kategori SHG dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, menyatakan bahawa kejayaan yang diraih menjadi titik tolak untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang peguam syarie.
“Saya dibesarkan oleh mak cik selepas ibu dan ayah meninggal dunia semasa saya masih kecil. Keputusan cemerlang ini adalah hadiah untuk membalas jasa beliau,” ujar Adam ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney (SISHG) 2024.
Adam yang berjaya memperoleh 6A turut berkongsi cabaran yang pernah dihadapinya, termasuklah kesukaran dalam mendapatkan buku teks serta beban yuran persekolahan yang ditanggung ibu saudaranya. Tambahnya, masalah dokumentasi diri turut menjadi penghalang besar dalam proses pembelajarannya.
ADAM (tengah) menunjukkan Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2024 yang diterimanya pada Majlis Apresiasi SISHG 2024 di SHG Telok Mas, Telok Mas, Melaka. – Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI “Dulu saya tak ada kad pengenalan kerana lambat didaftarkan kelahiran. Itu menyebabkan saya tak layak menduduki SPM kerana status bukan warganegara,” jelasnya.
Namun begitu, peluang pendidikan yang ditawarkan oleh SHG membuka jalan buat Adam untuk terus melangkah ke hadapan. Dengan sokongan beberapa pihak, beliau kini dalam proses mendapatkan sijil kelahiran bagi membolehkan permohonan kad pengenalannya dibuat.
Adam, anak kedua daripada tiga beradik, mula ditempatkan di SHG pada tahun 2022 selepas terlibat dalam kesalahan mencabul. Kini, dengan semangat dan tekad yang baru, beliau mahu mengubah kehidupannya demi masa depan yang lebih baik.
Sumber: Kosmo online
Baca artikel lain juga: Impian Tidak Kesampaian Penuntut Cemerlang Pergi Sebelum Sempat Menggapai Cita-Cita
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Penuntut Cemerlang Henry Gurney ‘Hadiahkan’ Keputusan Cemerlang Buat Ibu Saudara appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penuntut-cemerlang-henry-gurney-hadiahkan-keputusan-cemerlang-buat-ibu-saudara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Terlupa Rutin Harian Susah Buat Keputusan Petanda Awal Ibu Stress Burnout

Ibu Terlupa Rutin Harian Susah Buat Keputusan Petanda Awal Ibu Stress Burnout

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 141 hits
Ibu tak sihat anak pun terkesan Itulah hakikatnya yang ibu perlu tahu Bila ibu burnout stress dan gagal mengawal ketenangan diri anak anak dan pasanganlah yang bakal menerima kesannya Inilah yang dikongsikan oleh Pakar Psikologi Perkembanga...
Surprise Tak Menjadi Sambut Hari Ibu

Surprise Tak Menjadi Sambut Hari Ibu

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 172 hits
Assalamualaikum Hi korang Sabtu lepas Nia ajak jalan jalan dia dh bosan duduk rumah katanya jalan jalan sebelum dia dapat kerja SA x fikir apa la ikutkan memang dh penat and malas nak keluar adik no 4 pun ada kat rumah last2 SA cakap ha jom...
8 Gaya Baju Yang Cocok Untuk Ibu Yang Menghadiri Wisuda Anaknya Cantik Banget

8 Gaya Baju Yang Cocok Untuk Ibu Yang Menghadiri Wisuda Anaknya Cantik Banget

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 167 hits
Lagi nyari baju yang cocok untuk ibu yang menghadiri wisuda anaknya Kamu bisa ikuti beberapa inspirasi berpakaian pilihan Hipwee Modis simple dan cantiknya paripurna
Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 220 hits
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu Ungkapan ini sering diulang tapi sejauh mana kita benar benar memahami makna di sebaliknya Setiap tahun ramai dalam kalangan kita menyambut Hari Ibu dengan hadiah ucapan sayang pelukan dan coretan penuh ...
Tumpah Darah Lepas Bersalin Boleh Ragut Nyawa Ibu Ni Sebabnya

Tumpah Darah Lepas Bersalin Boleh Ragut Nyawa Ibu Ni Sebabnya

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 133 hits
Tumpah darah selepas bersalin atau postpartum hemorrhage merujuk kepada kehilangan darah yang berlebihan selepas melahirkan anak Secara umumnya ia ditakrifkan sebagai kehilangan lebih daripada 500ml darah selepas kelahiran normal atau lebih...
Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 174 hits
Selang sehari mesti dia akan buat video call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah mak cik akan rindu sangat suara dan kenangan bersamanya Selang Se...
Impian Ke Awan Bila Anak Mahu Jadi Juruterbang Ibu Bapa Jadi Sayapnya

Impian Ke Awan Bila Anak Mahu Jadi Juruterbang Ibu Bapa Jadi Sayapnya

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 125 hits
Setiap anak datang ke dunia dengan potensi yang luar biasa Mereka penuh imaginasi penuh rasa ingin tahu dan sentiasa bermimpi besar menjadi doktor jurutera guru angkasawan pelukis atau juruterbang Impian mereka adalah benih kepada masa depa...
Apa Berlaku Dalam Bilik Bersalin Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Pertama Kali Bersalin

Apa Berlaku Dalam Bilik Bersalin Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Pertama Kali Bersalin

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 166 hits
Proses kelahiran merupakan satu pengalaman besar dalam kehidupan seorang wanita dan sering kali disertai dengan pelbagai emosi cemas teruja dan penuh debaran Walaupun setiap pengalaman bersalin adalah berbeza memahami apa yang akan berlaku ...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Badan Kehakiman Perlu Bebas

Nak Cerahkan Wajah Jom Makan Buah Buah Ini

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

Puisi Dari Kawanmu