Penumpang Kereta Bakal Diwajibkan Pakai Tali Pinggang Keledar
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli.
Tanpa mendedahkan tarikh mula penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar itu, beliau berkata, keutamaan JPJ ketika ini ialah melaksanakan advokasi pemakaian tali pinggang keledar antaranya melalui kempen”Klik Sebelum Gerak”.
Beliau berkata, kempen ‘Klik Sebelum Gerak’ dilancarkan pada Khamis sebagai usaha memperkukuh budaya keselamatan jalan raya dan menekankan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna kenderaan iaitu pemandu dan penumpang kenderaan.
“Selaras dengan kempen ini juga, kita akan maklumkan kemudian penguatkuasaan untuk pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang-penumpang kereta persendirian selepas ini.
“Kita akan maklumkan nanti, sekarang ini kita mulakan dengan kempen terlebih dahulu kempen ‘Klik Sebelum Gerak’ dan kemudian kita akan maklumkan bilakah tarikh yang kita akan tentukan untuk penguatkuasaan bagi penumpang-penumpang kereta,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM300 berdasarkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali_Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019).
Beliau berkata, kempen ini menzahirkan komitmen JPJ untuk memastikan setiap perjalanan bermula dengan langkah keselamatan paling asas iaitu pemakaian tali_pinggang_keledar.
Berdasarkan kajian Insititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pemakaian tali_pinggang keledar berupaya dalam mengurangkan risiko kematian penumpang kenderaan hingga 50 peratus sekiranya berlaku kemalangan.
“Dalam hal ini, pemakaian tali_pinggang_keledar akan memastikan pemandu dan penumpang kekal duduk di tempat duduk sekiranya berlaku kemalangan berbanding mereka yang tidak memakai tali pinggang_keledar yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk tercedera.
“JPJ akan terus melaksanakan program advokasi, hebahan melalui pelbagai saluran serta pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap pematuhan yang optimum dapat dicapai.
“JPJ amat komited untuk menjadikan pemakaian tali pinggang keledar sebagai norma dan budaya keselamatan nasional demi melindungi nyawa setiap pengguna jalan raya,” katanya.
Sementara itu, Aedy Fadly berkata, setakat ini, penguatkuasaan pemakaian tali_pinggang keledar telah dilaksana kepada pemandu dan penumpang bas ekspres dan bas persiaran.
“Kita dah mulakan dengan langkah penguatkuasaan (tali_pinggang keledar), kita saman penumpang yang tidak memakai tali_pinggang keledar,” katanya.
Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali_pinggang keledar berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020 manakala bas yang dibina sebelum itu diberi masa untuk membuat pemasangan tali keledar.
Sumber: Bernama
Kepentingan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Untuk Pemandu & Penumpang
Tahukah anda bahawa pemakaian tali pinggang_keledar mampu mengurangkan risiko hentaman dan kecederaan pemandu serta penumpang hadapan sehingga 50% manakala penumpang di belakang sehingga 75% ketika kemalangan.
Dengarkan penjelasan daripada Puan Shamima binti VPK Abdulla, Penolong Pegawai Penguatkuasa, Bahagian Keselamatan Jalan Raya JPJ mengenai kepentingan amalan ini demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
PATUHI UNDANG-UNDANG PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR SEMASA MEMANDU
Tahukah anda antara kesalahan penggunaan tali pinggang_keledar semasa memandu?

PEMANDU tidak memakai tali_pinggang keledar

PENUMPANG HADAPAN tidak memakai tali_pinggang keledar

PENUMPANG BELAKANG tidak memakai tali_pinggang keledar
Tidak memakai tali pinggang keledar adalah satu kesalahan trafik yang boleh dikenakan DENDA sebanyak RM300.00
INGAT!!!
Penggunaan tali pinggang_keledar boleh mengurangkan kecederaan anda jika berlakunya kemalangan.

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan
SELAMATKAN NYAWA ANDA
Pandulah dengan cermat dan ikut peraturan.
Baca juga: MyBayar Saman (mybayar.rmp.gov.my) – Semak & Bayar Saman PDRM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tali-pinggang-kereta-penumpang-kereta-belakang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tali-pinggang-kereta-penumpang-kereta-belakang