Kemungkinan Bakal Berlaku Selepas Mahkamah As Iktiraf Tarif Trump Tidak Sah


Kemungkinan Bakal Berlaku Selepas Mahkamah AS Iktiraf Tarif Trump Tidak Sah
Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memutuskan bahawa sebahagian besar tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump adalah tidak sah kerana melebihi kuasa darurat yang diberikan kepadanya.
Keputusan itu mengekalkan penghakiman Mahkamah Perdagangan Antarabangsa pada Mei lalu, yang turut menolak hujah Trump bahawa tarif global tersebut dibenarkan di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa (IEEPA).
Walaupun mahkamah tidak serta-merta membatalkan tarif tersebut, ia menetapkan bahawa langkah itu hanya akan berkuat kuasa sehingga pertengahan Oktober, sebelum kes ini dibawa ke Mahkamah Agung AS.
Berikut penjelasan mengenai keputusan mahkamah ini dan implikasinya, seperti dilapor BBC.
Apa yang sebenarnya terjadi? Dalam keputusan 7-4, Mahkamah Rayuan menyatakan Trump tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tarif global.
Hakim berpendapat bahawa undang-undang yang digunakan Trump, iaitu IEEPA, tidak memberikan kuasa untuk mengenakan tarif, cukai atau levi. Kuasa itu sebaliknya milik Kongres.
Mahkamah menyifatkan tarif yang dikenakan sebagai tidak sah dan bercanggah dengan undang-undang.
Trump segera mengecam keputusan tersebut melalui platform Truth Social, menyifatkan ia sebagai keputusan partisan dan satu ‘bencana’ untuk negara.
Beliau mendakwa jika keputusan ini dikekalkan, ia akan memusnahkan AS sepenuhnya.
Apa itu IEEPA? Menurut BBC, IEEPA ialah undang-undang tahun 1977 yang memberi kuasa kepada presiden AS untuk bertindak terhadap ancaman luar negara yang mengancam keselamatan, dasar luar atau ekonomi negara.
Undang-undang ini pernah digunakan oleh Barack Obama dan Joe Biden untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia, termasuk selepas pencerobohan ke atas Crimea (2014) dan perang di Ukraine (2022).
Namun, mahkamah menjelaskan bahawa undang-undang ini tidak menyebut langsung mengenai tarif dan tidak mempunyai prosedur kawalan yang membolehkan presiden mengenakan cukai import sesuka hati.
Trump berhujah bahawa imbangan dagangan yang tidak adil merupakan ancaman kepada keselamatan negara, justeru wajar dianggap sebagai darurat.
Tetapi mahkamah menolak alasan itu, menyatakan kuasa berkaitan cukai hanya terletak pada Kongres.
Mengapa ini penting? Keputusan ini memberi implikasi besar, bukan sahaja kepada agenda utama Donald Trump, tetapi juga kepada ekonomi global.
Dari sudut ekonomi, tarif merupakan cukai yang dikenakan ke atas barangan import. Langkah ini menyebabkan kos syarikat meningkat, keuntungan terjejas dan berpotensi mengurangkan aktiviti perdagangan antarabangsa.
Dari segi pasaran pula, syarikat dan negara lain mungkin menangguhkan urusan perdagangan dengan AS sehingga Mahkamah Agung membuat keputusan.
Menurut pakar ekonomi Dr Linda Yueh, keadaan ini boleh melembapkan aktiviti ekonomi.
Dari aspek politik, jika Mahkamah Agung berpihak kepada Trump, kuasanya untuk menggunakan IEEPA mungkin semakin kukuh. Namun, jika sebaliknya, reputasinya sebagai perunding hebat akan tercalar.
Apa berlaku seterusnya? Kes ini dijangka akan dibawa ke Mahkamah Agung AS, yang kini dikuasai majoriti konservatif.
Trump yakin beliau akan menang dan menegaskan bahawa tarif akan membantu menjadikan Amerika kaya, kuat dan berkuasa semula.
Namun begitu, Mahkamah Agung sebelum ini pernah mengehadkan kuasa presiden, termasuk semasa pentadbiran Joe Biden, apabila percubaan menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengurangkan pelepasan karbon dan membatalkan hutang pinjaman pelajar ditolak.
Jika tarif disahkan tidak sah Jelas BBC, sekiranya Mahkamah Agung mengekalkan keputusan ini, AS mungkin perlu memulangkan berbilion dolar hasil kutipan cukai import.
Perjanjian perdagangan yang telah dimeterai dengan negara seperti United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan juga berisiko dipersoalkan.
Rundingan perdagangan baharu berkemungkinan terganggu sekali gus mencetuskan kekacauan dalam pasaran global, tambah BBC.
Dari sudut politik pula, keputusan itu bakal menjadi tamparan hebat kepada Trump, menjejaskan imejnya sebagai tokoh yang lantang memperjuangkan dasar perdagangan ‘adil’.
Adakah tarif masih berkuat kuasa? Ya, buat masa ini tarif ‘resiprokal’ Trump, yang melibatkan hampir semua negara dagangan AS termasuk China, Mexico dan Kanada, masih berkuat kuasa sehingga 14 Oktober.
Selepas tarikh tersebut, tarif berkenaan tidak lagi boleh dikuatkuasakan sekiranya Mahkamah Agung tidak campur tangan.
Namun begitu, tarif ke atas keluli, aluminium dan tembaga yang diperkenalkan di bawah kuasa presiden lain tidak terjejas oleh keputusan ini.
BACA: Kecam Keputusan Mahkamah, Trump Dakwa AS Bakal “Hancur Sepenuhnya”
Sumber: BBC
The post Kemungkinan Bakal Berlaku Selepas Mahkamah AS Iktiraf Tarif Trump Tidak Sah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/01/kemungkinan-bakal-berlaku-selepas-mahkamah-as-iktiraf-tarif-trump-tidak-sah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Plaintif Defenden Pendaftar Dan Hakim Dalam Sistem Mahkamah

Maksud Plaintif Defenden Pendaftar Dan Hakim Dalam Sistem Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 730 hits
Original Content Sistem perundangan adalah tulang belakang kepada sesebuah negara yang mengamalkan prinsip keadilan dan kedaulatan undang undang Di Malaysia perjalanan kes di mahkamah melibatkan beberapa pihak penting yang memainkan peranan...
Struktur Mahkamah Di Malaysia

Struktur Mahkamah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1223 hits
Original Content Sistem kehakiman merupakan salah satu cabang penting dalam pentadbiran negara yang berfungsi untuk menegakkan undang undang melindungi hak rakyat dan memastikan keadilan ditegakkan Di Malaysia sistem mahkamah telah disusun ...
Mahkamah Perintah Kda Fc Bayar Lebih Rm300 Ribu Kepada Sony Norde

Mahkamah Perintah Kda Fc Bayar Lebih Rm300 Ribu Kepada Sony Norde

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1612 hits
Mahkamah Perintah KDA FC Bayar Lebih RM300 Ribu Kepada Sony Norde Mahkamah Sesyen Alor Setar memutuskan bahawa Darulaman Football Club Sdn Bhd perlu melunaskan bayaran berjumlah RM353 426 50 kepada bekas pemain import Kedah Darul Aman FC So...
Turun Latihan Faisal Halim Dipuji Kental Pagi Pergi Mahkamah Malam Training

Turun Latihan Faisal Halim Dipuji Kental Pagi Pergi Mahkamah Malam Training

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2137 hits
Pemain tonggak utama Selangor FC Faisal Halim terus menjadi perhatian ramai setelah isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang Selangor semalam Dipuji kental kawal emosi Menerusi hant...
Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri

Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 772 hits
Mahkamah Perlembagaan Thailand Pecat Paetongtarn Shinawatra Sebagai Perdana Menteri BANGKOK 29 Ogos Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Jumaat memecat Paetongtarn Shinawatra daripada jawatan Perdana Menteri atas pelanggaran etika dan integr...
Satu Keluarga Teruk Jahat Nak Mampos Fara Salleh Amuk Dakwa Shuk Sahar Elak Panggilan Mahkamah

Satu Keluarga Teruk Jahat Nak Mampos Fara Salleh Amuk Dakwa Shuk Sahar Elak Panggilan Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1765 hits
Lama mendiamkan diri isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh kembali menjadi perhatian selepas diriya meluahkan rasa marah dengan sikap Shuk yang tidak memberi kerjasama kepada Mahkamah Rendah Syariah Segamat Johor atas urusan pe...
Mahkamah Arah Kubur Pelatih Palapes Digali Semula

Mahkamah Arah Kubur Pelatih Palapes Digali Semula

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 787 hits
Malaysiakini nbsp Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan supaya kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan UTM Skudai Syamsul Haris Shamsudin digali semula Hakim Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenar...
Rafizi Tak Gentar Farhash Sedia Jumpa Di Mahkamah

Rafizi Tak Gentar Farhash Sedia Jumpa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 273 hits
Malaysiakini nbsp Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengesahkan dia menerima surat tuntutan daripada bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ah...
Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba

Jalan Jalan Raya Pun Boleh Belajar Sejarah Ini 5 Lokasi Best Sepanjang Lpt1

Pindah Luar Negara Janna Nick Balik Kampung Ziarah Datuk Nenek Sebelum Bertolak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Atok Selalu Terpaling Hensem Di Mata Cucu

Pengalaman Pertama Minta Bantuan Bomba

Cabaran Masa Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog

Working Mode On Lepas Cuti Panjang Sebab Demam

Tindakan Serta Merta

Teman Mak Brisk Walk