Penularan Influenza Di Sekolah Terkawal Kp Kesihatan


Kuala Lumpur : Penularan virus Influenza A atau H1N1 yang dilaporkan berlaku di institusi pendidikan berada dalam keadaan terkawal dan langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya setakat ini hanya dua sekolah ditutup akibat penularan virus tersebut iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di Perak (mulai 11 hingga 19 Jan) dan Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Tanjung Aru di Sabah (mulai 22 hingga 28 Jan).
Menurutnya penutupan kelas pula dilaksanakan di tiga sekolah di Pulau Pinang yang setiap satunya melibatkan tempoh masa berlainan hasil perbincangan antara pihak pejabat kesihatan dan pihak sekolah terlibat.
“Majoriti pelaporan kejadian jangkitan saluran pernafasan yang diterima oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tiga minggu pertama tahun 2020 adalah melibatkan institusi pendidikan.
“Antara faktor penyumbang kepada situasi ini adalah penularan virus influenza yang mudah berlaku di tempat padat seperti di sekolah, di mana murid-murid bergaul rapat sesama mereka sepanjang sesi persekolahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kerjasama baik kepada KKM dalam memastikan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan influenza di sekolah dilaksanakan, termasuk sesi townhall yang dijalankan khususnya bagi sekolah yang terlibat dengan kejadian wabak itu.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tidak semua demam selesema adalah disebabkan jangkitan virus influenza dan lazimnya pesakit dengan jangkitan virus itu sembuh tanpa sebarang rawatan spesifik.
Justeru, KKM mengingatkan orang ramai mengamalkan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau ‘hand sanitiser’, rehat secukupnya, memastikan diri sentiasa terhidrat dan mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.
Pada masa yang sama, orang awam juga dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada sebarang produk yang meragukan terutama yang dikatakan dapat merawat jangkitan influenza.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sejumlah 99,470 dos vaksin influenza dijangka dibawa masuk ke Malaysia pada bulan ini dan daripada jumlah itu 16,839 dos telah lulus penilaian kualiti oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada hari ini dan pihak pembekal akan mengagihkan stok berkenaan ke semua fasiliti yang memohon.
Katanya 15,000 dos lagi telah tiba dalam negara dan akan melalui penilaian kualiti dalam masa terdekat manakala baki 67,631 dos lagi akan tiba sekitar penghujung Januari.
Pada masa sama, sejumlah 35,100 dos vaksin influenza daripada pembekal alternatif juga telah dibawa masuk ke Malaysia pada minggu ini bagi menampung keperluan semasa.
Sumber : Bernama
The post Penularan Influenza Di Sekolah Terkawal – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/22/penularan-influenza-di-sekolah-terkawal-kp-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Influenza A Kementerian Terima Laporan Penutupan Sekolah Di Beberapa Negeri

Influenza A Kementerian Terima Laporan Penutupan Sekolah Di Beberapa Negeri

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 335 hits
Beberapa sekolah ditutup apabila terdapat pelajar yang disahkan positif influenza A KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang dan Selangor apabila terdapat p...
Kes Influenza Pertingkatkan Tahap Kesihatan

Kes Influenza Pertingkatkan Tahap Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 639 hits
USTAZ HANAFI ZULKAPLI DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor menyarankan pihak kerajaan dan rakyat umumnya untuk mengambil langkah pantas untuk atasi masalah perbekalan ubat yang berkurangan di kala kes Influenza semakin meningkat berdasarkan lap...
Selangor Pantau Virus Influenza Sekolah Akan Ditutup Jika Jangkitan Serius

Selangor Pantau Virus Influenza Sekolah Akan Ditutup Jika Jangkitan Serius

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 430 hits
SHAH ALAM 10 Jan Kerajaan Negeri sedang memantau perkembangan penularan virus Influenza A di negeri ini dan akan menutup mana mana sekolah jika dikesan mempunyai tahap jangkitan yang serius Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bu...
Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 665 hits
Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain Biasanya golongan kanak kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat se...
89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 640 hits
JOHOR BAHRU Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1 30 tengah hari tadi 89 pelajar di Johor dijangkiti influenza tiada sekolah ditutup
Kementerian Kesihatan Jangan Beli Vaksin Influenza Atas Talian

Kementerian Kesihatan Jangan Beli Vaksin Influenza Atas Talian

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 323 hits
Ia mungkin palsu dan tamat tempoh serta tidak dikendalikan mengikut SOP ketika penghantaran yang menyebabkannya tidak berkesan kata Dr Lee Boon Chye
Seramai 37 Pelajar Sekolah Di Jangkiti Influenza Di Pahang

Seramai 37 Pelajar Sekolah Di Jangkiti Influenza Di Pahang

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 420 hits
KUANTAN Seramai 37 pelajar sekolah di Pahang dilaporkan dijangkiti influenza sejak 7 Januari lalu Pengarah Pendidikan Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata jangkitan itu membabitkan 24 sekolah di sembilan daerah di negeri ini dengan Kuantan ...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri