Penularan Covid 19 Boleh Meletup Jika Pkp Ditamatkan


Raja Noraina Raja Rahim   
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 sudah pun di fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

Tempoh PKP yang berlanjutan hampir dua bulan itu dianggap masih belum cukup untuk mengawal penularan wabak dalam komuniti.

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, penelitian semasa terhadap kadar penularan wabak di Malaysia ketika ini menyaksikan dua daripada 1,000 individu yang disaring disahkan positif Covid-19 iaitu 0.2 peratus.

Berikutan itu, beliau menjangkakan, penularan Covid-19 akan 'meletup' dan mencetuskan kluster baharu sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan PKP serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Apa berlaku sekarang ini selepas kelonggaran diberikan, kita ada kluster baharu seperti pekerja kilang di Pedas, pekerja tapak pembinaan dan pengawal keselamatan di pasar raya.

"Kluster ini akan timbul ibarat 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku penularan berskala besar seperti kluster perhimpunan Masjid Seri Petaling.

"Kes jangkitan baharu akan sentiasa ada. Rakyat Malaysia perlu bersedia kerana sesiapa sahaja boleh jadi pembawa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, sebarang syor terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada kerajaan berhubung penamatan atau sambungan PKPB adalah berdasarkan perkembangan semasa Covid-19 di negara ini.

Sama ada PKP dilanjutkan atau sebaliknya, Sazaly berkata, kerajaan perlu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan melebihi 300 orang dalam satu masa dan perlu dipatuhi semua pihak.

"Kalau lepas ini dibenarkan solat di masjid, mungkin jemaah tidak boleh ramai.

"Ia mengambil kira kadar penularan wabak antara 0.1 sehingga 0.2 peratus iaitu jika ada 500 orang bermakna akan ada seorang positif. Oleh itu, kita tidak boleh ada lebih daripada jumlah itu untuk elak jangkitan.

"Masyarakat juga perlu sentiasa amalkan kebersihan diri termasuk menggunakan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman. Sebolehnya elak berada di tempat ramai seperti pasar raya dan sebagainya," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/penularan-covid-19-boleh-meletup-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 555 hits
Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi beberapa pengumuman penting telah dinyatakan Antaranya adalah berkaitan kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakkan...
Pkp Tak Boleh Hapuskan Covid 19 Sepenuhnya Perlu Bersedia Hadapi Virus Ini Dalam Tempoh Lebih Panjang Kp Kesihatan

Pkp Tak Boleh Hapuskan Covid 19 Sepenuhnya Perlu Bersedia Hadapi Virus Ini Dalam Tempoh Lebih Panjang Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 446 hits
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa masyarakat perlu lebih bersedia melawan virus Covid 19 dalam jangka masa yang lebih panjang Perintah Kawalan Pergerakan tidak boleh menghapuskan Covid 19 se...
Covid 19 Catat 16 Kes Paling Rendah Sejak Pkp Dilaksanakan

Covid 19 Catat 16 Kes Paling Rendah Sejak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 338 hits
COVID 19 catat 16 kes paling rendah sejak PKP dilaksanakanCOVID 19 catat 16 kes angka terendah paling rendah sejak PKP dilaksanakanCOVID 19 16 KES BAHARU HARI INIHanya 16 kes baharu COVID 19 dilaporkan hari ini jumlah terendah dicatat dalam...
Pkp Longgar Bukan Tiket Orang Ramai Boleh Bergerak Bebas Ketua Polis Negara

Pkp Longgar Bukan Tiket Orang Ramai Boleh Bergerak Bebas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR 1 Mei Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan dilaksanakan kerajaan bermula Isnin ini dengan memberikan beberapa kelonggaran bukan tiket untuk orang ramai boleh begerak bebas kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid ...
Pemerintah Tidak Boleh Tolak Jenazah Covid 19 Karena Sop Dijalankan Dengan Baik

Pemerintah Tidak Boleh Tolak Jenazah Covid 19 Karena Sop Dijalankan Dengan Baik

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 314 hits
Yuri meminta masyarakat tak mengucilkan mereka yang terpapar virus corona dan melakukan isolasi mandiri di kediaman masing masing Bahkan Yuri meminta agar masyarakat turut membantu menyuplai sembako
Pkp Bersyarat Boleh Sebabkan Gelombang Jangkitan Ke 3 Kata Pakar Kesihatan

Pkp Bersyarat Boleh Sebabkan Gelombang Jangkitan Ke 3 Kata Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 463 hits
May 2 2020 2 40 PMPakar kesihatan berkata lebih banyak ujian diperlukan sebelum sekatan PKP diringankan PETALING JAYA Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan terhadap langkah meringankan perintah kawalan pergerakan dengan membenarkan pernia...
Koleksi Game Indie Percuma Berdasarkan Covid 19 Yang Boleh Dimuat Turun

Koleksi Game Indie Percuma Berdasarkan Covid 19 Yang Boleh Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 428 hits
Semenjak dunia dilanda wabak COVID 19 bermula pengisytiharannya sebagai krisis pandemik pada 11 Mac 2020 kehidupan masyarakat sedunia berubah secara drastik dan hari demi hari manusia terpaksa melalui pengalaman hidup dalam kawalan ketat de...
Jangan Ambil Mudah Pkpb Boleh Jadi Pkp Semula Metrotv

Jangan Ambil Mudah Pkpb Boleh Jadi Pkp Semula Metrotv

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 385 hits
KERAJAAN mendapati masyarakat seolah olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seolah olah tiada undang undang Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ada orang ramai men
Tak Dapat Bawa Keluarga Bercuti Sebab Covid 19 Ezzaty Abdullah Luang Lebih Banyak Masa Dengan Anak Masa Pkp

Tak Dapat Bawa Keluarga Bercuti Sebab Covid 19 Ezzaty Abdullah Luang Lebih Banyak Masa Dengan Anak Masa Pkp

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 569 hits
Memang banyak perancangan untuk bercuti terpaksa dibatalkan akibat penularan Covid 19 Walaupun kes kes baharu di Malaysia sudah makin berkurangan penangguhan untuk bercuti dan berkumpul di tempat orang ramai amatlah digalakkan Pelakon Ezzat...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

The Twenty Rules Of Chandeliers

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Klien Lama Datang Semula Menyiapkan Templat Baru Untuk Blog Hiburan

Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Pemulihan Dalam Kolam Menyegarkan Kembali Selepas Perlawanan

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut