Pkp Longgar Bukan Tiket Orang Ramai Boleh Bergerak Bebas Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR, 1 Mei — Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan kerajaan bermula Isnin ini dengan memberikan beberapa kelonggaran, bukan ‘tiket’ untuk orang ramai boleh begerak bebas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata orang ramai diminta untuk bersabar dan sentiasa membuat pertimbangan yang sebaiknya semasa ingin keluar dari rumah kerana penularan wabak COVID-19 masih berlaku dan berterusan.
Beliau turut menasihatkan supaya hanya mereka yang benar-benar perlu keluar sama ada untuk bekerja di sektor yang telah dibenarkan, membeli barang keperluan, mendapatkan rawatan kesihatan selain mempunyai kaitan dengan kebenaran kerajaan boleh bergerak untuk menjalankan aktiviti harian mereka.
“Keputusan yang dibuat kerajaan ini bukanlah satu jaminan bahawa penyakit ini sudah berjaya diatasi, namun kerajaan memberikan kelonggaran adalah disebabkan atas kepentingan ekonomi jadi orang ramai perlu bersabar dan tidak tergopoh-gapah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Abdul Hamid berkata orang ramai disaran tidak mengambil kesempatan menggunakan peluang ini untuk keluar beramai-ramai tanpa tujuan, semata-mata untuk berada di luar rumah.
Beliau berkata kerajaan sebenarnya akan melonggarkan lagi syarat yang ada dalam PKP pada masa akan datang supaya orang ramai boleh keluar untuk melakukan aktiviti riadah.
“Itu memang sudah ada dalam perancangan kerajaan tetapi masih belum diputuskan bila masa yang sesuai, namun harus dipastikan keadaan benar-benar selamat dan jarakan sosial sentiasa diamalkan.
“Justeru saya sekali lagi menegaskan, jangan pula pada hari Isnin ini, keadaan menjadi kelam-kabut, kesesakan panjang berlaku dan orang ramai keluar sehingga keadaan menjadi tidak tentu arah,” katanya.
Abdul Hamid berkata orang ramai perlu mengikuti saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan negara berjaya mengatasi penularan COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini, berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Antaranya, restoran dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial.
— BERNAMA
The post PKP Longgar Bukan ‘Tiket’ Orang Ramai Boleh Bergerak Bebas – Ketua Polis Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/02/pkp-longgar-bukan-tiket-orang-ramai-boleh-bergerak-bebas-ketua-polis-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Longgar Bukan Lesen Untuk Bebas Bergerak Sesuka Hati

Pkp Longgar Bukan Lesen Untuk Bebas Bergerak Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Jangan hilang pedoman dan hilang akal apabila dibolehkan bergerak mulai Isnin ini demikian saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada orang ramai apabila kerajaan melonggarkan beberapa syarat Perintah Kawalan P...
Ingkar Pkp Rentas Negeri Guna Kabel Ketua Polis Negara

Ingkar Pkp Rentas Negeri Guna Kabel Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 799 hits
Foto TweeterDia nak beritahu satu dunia yang dia ada kabel besar boleh rentas negeri masa PKP ni Dia tak tahu yang tindakan dia ni sebenarnya akan memalukan diri dia sendiri ayahnya dan KPN sendiri Memang dah jadi trend ker sekarang ni bnag...
Polis Akan Rombak Atur Semula Sebahagian Sekatan Jalan Raya Seluruh Negara Ketua Polis Negara

Polis Akan Rombak Atur Semula Sebahagian Sekatan Jalan Raya Seluruh Negara Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 321 hits
Sebahagian lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih strategik kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Beliau berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang diumumkan Perdana Men...
Ebit Lew Dapat Kebenaran Polis Bergerak Ketika Pkp

Ebit Lew Dapat Kebenaran Polis Bergerak Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 525 hits
POLIS memanggil pendakwah terkenal Ebit Lew berikutan menerima reaksi daripada orang ramai berkenaan tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan dilakukan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ...
Negara Belum Bebas Covid 19 Buka Pkp Masih Berisiko

Negara Belum Bebas Covid 19 Buka Pkp Masih Berisiko

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 342 hits
Kredit MSO PELBAGAI pihak memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap langkah kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang patut bermula esok 4 Mei Masing masing memberi alasan bahawa tindakan itu sebagai tidak s...
Dakwa Langgar Pkp Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Anak Zahid

Dakwa Langgar Pkp Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Anak Zahid

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 917 hits
Polis berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap anak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Nurulhidayah berhubung dakwaan melanggar perintah kawalan pergerakan Siasatan mendapati Nurulhidayah memuat naik gambar di Instagram dengan ...
Pinjaman Buku Digital U Pustaka Perpustakaan Negara Meningkat Hampir 170 Sejak Pkp

Pinjaman Buku Digital U Pustaka Perpustakaan Negara Meningkat Hampir 170 Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 337 hits
Ketika tempoh perintah kawalan pergerakan ini kami banyak menghabiskan masa dengan membaca buku Ia aktiviti yang santai sehingga dapat membantu mengurangkan tekanan kerana terperangkap di rumah sepanjang hari Antara platform yang telah kami...
Polis Bangsa India Belanja Juadah Berbuka Pkp Beri Pengalaman Baru

Polis Bangsa India Belanja Juadah Berbuka Pkp Beri Pengalaman Baru

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 376 hits
Suasana sekatan jalan raya di Bukit Mertajam sempena PKP sekitar jam 8 malam ke 10 malam Foto oleh Muhammad Yusuf IbrahimBUKIT MERTAJAM 25 April Keletihan serta cabaran bertugas pada hari pertama bulan Ramadan sewaktu Perintah Kawalan Perge...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Aku Ayah Dan Muzik

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi

Jangan Mengharap Pulangan Tinggi Bila Jual Nostalgia