Koleksi Game Indie Percuma Berdasarkan Covid 19 Yang Boleh Dimuat Turun



Semenjak dunia dilanda wabak COVID-19 bermula pengisytiharannya sebagai krisis pandemik pada 11 Mac 2020, kehidupan masyarakat sedunia berubah secara drastik dan hari demi hari manusia terpaksa melalui pengalaman hidup dalam kawalan ketat demi keselamatan kesihatan. Tiada lagi suasana meriah bersama rakan dan keluarga di tempat terbuka. Tiada lagi kanak-kanak yang bangun pagi dan bergegas pergi ke sekolah. Tiada lagi manusia berkumpul di rumah ibadat untuk menunaikan ibadat. Malah tiada lagi manusia berkunjung ke galeri, muzium dan teater untuk menikmati hasil seni dan budaya. Secara tiba-tiba, keluar rumah tanpa tujuan merupakan satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. Hidup manusia kini dikelilingi skrin komputer, televisyen serta telefon pintar yang penuh dengan pemberitahuan maklumat tentang perjalanan usaha kerajaan menangani wabak daripada berterusan merebak, serta maklumat berkaitan bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk menolong masyarakat membangunkan semula kehidupan.

Di kala kita semua duduk di rumah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat individu-individu yang berbakat menghasilkan permainan berdasarkan situasi COVID-19 sekarang dengan tujuan menghiburkan sekaligus menyedarkan masyarakat tentang pentingnya memenangi 'peperangan' membasmi Coronavirus. Berikut ialah dua permainan indie berdasarkan COVID-19 yang boleh dimuat turun di alam maya


NOVEL CONTAINMENT

Coronavirus telah merebak di stesen transit pengangkutan awam di mana anda bekerja sebagai pengawal bahagian kuarantin. Tugas anda ialah memeriksa setiap penumpang dan memastikan mereka yang menunjukkan gejala-gejala demam dikuarantin dengan segera. Antara cabaran game ini ialah anda harus membuat keputusan sama ada hendak melaporkan statistik dengan tepat dan telus tetapi berisiko mengancam ketenteraman awam, atau menyembunyikan statistik sebenar demi ketenangan orang ramai namun bakal membahayakan nyawa masyarakat termasuk nyawa sendiri

Game indie yang menarik ini dicipta oleh Mike Ren, seorang pereka game dari Shanghai, China. Menurut Mike, dia mula menghasilkan Novel Containment pada 26 Januari 2020 ketika dunia berada di ambang ancaman Coronavirus. Pengalamannya semasa berada dalam kuarantin membuatkan Mike memikirkan tentang usaha yang dijalankan oleh kerajaan negara-negara di serata dunia dalam menangani  krisis COVID-19. Juteru itu, Mike menghasilkan game ini dengan harapan pemain dapat memahami situasi krisis semasa yang berlaku serta mengamalkan penjarakan sosial dan membasuh tangan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Novel Containment boleh dimuat turun di sini:
https://mikeyren.itch.io/containment

WASH YOUR HANDS

Wash Your Hands merupakan game yang unik kerana ia merupakan kuburan di alam maya yang mewakili bilangan mangsa korban Coronavirus di dunia sebenar. Di dalam game ini anda berpeluang mengunjungi setiap kubur mangsa dan meletakkan bunga sebagai tanda penghormatan. Setiap kali ada kematian terbaru di dunia sebenar, anda mungkin akan menemui watak penggali kubur muncul di tengah-tengah permainan sedang menggali kubur baru.

Game indie ini dihasilkan oleh Dean Moynihan yang mengasaskan Awkward Silence Games dalam bilik tidurnya di England. 
Wash Your Hands boleh dimuat turun di sini:
https://awkwardsilencegames.itch.io/washyourhands



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/04/koleksi-game-indie-percuma-berdasarkan-covid19-boleh-download.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percuma Beb Just Cause 4 Boleh Dimuat Turun Sekarang Di Epic Games Store

Percuma Beb Just Cause 4 Boleh Dimuat Turun Sekarang Di Epic Games Store

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 398 hits
0 Kongsikan Jikalau anda tidak pernah melayar ke Epic Games Store sebelum ini kebiasaannya platform ini akan menyediakan pelbagai permainan percuma ditawarkan pada setiap minggu dan minggu ini tibanya permainan Just Cause 4 Permainan video ...
Aplikasi Pengesanan Kontak Mytrace Kini Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Pengesanan Kontak Mytrace Kini Boleh Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 598 hits
Sebuah lagi aplikasi pengesanan kontak Covid 19 boleh dimuat turun hari ini Seperti MyTrace digunakan bagi menjejak pergerakan pengguna telefon pintar dan memberikan amaran sekiranya mereka pernah berada berhampiran dengan individu yang tel...
Laporan Skor Myctos Percuma Untuk Rakyat Malaysia Di Musim Pkp Covid 19 Ini

Laporan Skor Myctos Percuma Untuk Rakyat Malaysia Di Musim Pkp Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 645 hits
Hi Korang Beruntung kita rakyat Malaysia kerana di musim PERINTAH Kawalan Pergerakan ini kerajaan banyak membantu kita dari pelbagai segi dan salah satunya bantuan kewangan tidak kira lapisan masyarakat golongan B40 M40 dan T20 iaitu Pakej ...
Hanya Covid 19 Boleh Bunuh Orang Amerika Seramai Ini

Hanya Covid 19 Boleh Bunuh Orang Amerika Seramai Ini

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 370 hits
MALAYSIA DATELINE Negara yang paling teruk terkesan dari wabak Covid 19 adalah negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat yang kini mencatatkan kematian hampir 50 000 dengan 1 453 kematian semalam sahaja akibat virus ini Hanya wabak in...
Pasukan Ini Boleh Didapatkan Secara Percuma Pada Musim Panas Nanti

Pasukan Ini Boleh Didapatkan Secara Percuma Pada Musim Panas Nanti

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 404 hits
Memandangkan kebanyakan pasukan kini sedang mengalami kerugian besar akibat dari impak kewangan disebabkan pandemik COVID 19 yang sedang melanda di seluruh dunia Oleh yang demikian pada musim panas akan datang terdapat pemain yang sudah keh...
Ctos Bantu Rakyat Malaysia Ketika Pkp Covid 19 Dengan Laporan Skor Myctos Percuma

Ctos Bantu Rakyat Malaysia Ketika Pkp Covid 19 Dengan Laporan Skor Myctos Percuma

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 605 hits
CTOS BANTU RAKYAT MALAYSIA KETIKA PKP COVID 19 DENGAN LAPORAN SKOR MyCTOS PERCUMA Ramai yang menghadapi masalah kewangan dan terjejas ekonomi mereka disebabkan penularan wabak Banyak syarikat syarikat mula membuang pekerja kerana ekonomi du...
Dapatkan Laporan Skor Myctos Percuma Sepanjang Pkp Covid 19

Dapatkan Laporan Skor Myctos Percuma Sepanjang Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 571 hits
hai assalammualaikumDapatkan Laporan Skor MyCTOS Percuma Sepanjang PKP Covid 19 Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni memang semua orang terkesan tidak kira mereka dalam kedudukan apa pun Banyak yang terjejas tak boleh buat aktiviti maca...
Aplikasi Gerak Malaysia Dimuat Turun 1 3 Juta Kali 600 000 Permohonan

Aplikasi Gerak Malaysia Dimuat Turun 1 3 Juta Kali 600 000 Permohonan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 480 hits
Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia telah dimuat turun sebanyak 1 3 juta kali dengan lebih 600 000 permohonan perjalanan antara negeri telah diterima Polis Diraja Malaysia sejak Selasa kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk ...
Bosan Duduk Rumah Sila Ambil Kursus Online Percuma Universiti Harvard Ni Boleh Update Dalam Resume Nanti

Bosan Duduk Rumah Sila Ambil Kursus Online Percuma Universiti Harvard Ni Boleh Update Dalam Resume Nanti

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 621 hits
Bosan Duduk Rumah Habis semua benda dan aktiviti dah dibuat sepanjang PKP ini Jom tambahkan pengetahuan dengan ilmu baru pula Anda boleh belajar secara online dengan 63 kursus yang disediakan Ilmu bertambah masa pun tak terbuang begitu saja...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sikap Terbaik Saat Difitnah Antara Sabar Membela Diri Dan Memaafkan

Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025