Pentadbiran Muhyiddin Tumpu Tangani Pandemik Bantu Rakyat


BH ONLINE Muhyiddin mengaminkan doa sebelum meninggalkan pejabatnya pada hari terakhir beliau bertugas sebagai Perdana Menteri, semalam. Muhyiddin meletak jawatan selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan. FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR: Malaysia semakin hampir menuju ke arah imuniti kelompok dalam menangani pandemik COVID-19 menjelang akhir tahun ini dan ia adalah satu daripada usaha keras Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac tahun lalu.
Kini, terserah kepada kepemimpinan baharu negara untuk mencorakkan hala tuju Malaysia terutama dalam usaha memerangi COVID-19, selepas figura politik berusia 74 tahun yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu memutuskan melepaskan jawatan selaku pemimpin utama negara bersama barisan Kabinetnya.
Dalam tempoh 17 bulan pentadbiran Muhyiddin, terdapat sembilan program bantuan dan pakej rangsangan untuk membantu rakyat serta sektor ekonomi, terkesan dengan wabak mengancam negara sejak awal tahun lalu.
Inisiatif dilaksanakan adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) membabitkan peruntukan RM250 bilion (Mac 2020), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion (April 2020).
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebanyak RM35 bilion (Jun 2020), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion (September 2020), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion (Januari 2021), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan RM20 bilion (Mac 2021).
PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion (31 Mei 2021), Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion (28 Jun 2021) dan terakhir inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) bagi menyusun semula peranan dan memperbaharui keupayaan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) Malaysia.
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang memerlukan pendekatan luar biasa, Ahli Parlimen Pagoh itu mengambil tindakan drastik dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, yang ketika itu merekodkan kes baharu sekitar tiga angka.
Tindakan PKP yang dilaksanakan secara berperingkat meliputi PKP Diperketatkan (PKPD), PKP Bersyarat (PKPB), PKP Pemulihan (PKPP) disambut baik rakyat. Seruan Muhyiddin untuk terus kekal di rumah dan ayat 'please stay at home'. 'Jangan ke sana, ke sini' turut melekat di minda rakyat bahkan turut diparodikan.
Moratorium penuh, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) iaitu bantuan pemberian tunai secara sekali bayar (one-off) meliputi kumpulan M40, menepati keperluan rakyat yang kemudiannya memberikan gelaran 'Abah' kepada Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, atas keprihatinannya.
Desakan rakyat terhadap pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut dipertimbangkan secara berhati-hati, dengan pertimbangan terhadap simpanan ketika bersara menjadi keutamaan kerajaan, sebelum meluluskannya.
Hasilnya, tiga inisiatif membabitkan KWSP diumumkan Muhyiddin seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, sebagai memenuhi kehendak rakyat, selain bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung mereka, susulan pelaksanaan PKP yang meliputi beberapa fasa, menyebabkan terdapat beberapa sektor terpaksa dihentikan operasi seketika.
Bagi menjayakan dan meyakinkan rakyat mengenai keperluan pengambilan vaksin untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, bapa kepada empat cahaya mata itu, turut menjadi antara individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin pada 23 Februari lalu.
Mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik itu, Muhyiddin mensasarkan 80 peratus populasi di negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin secara percuma dan setakat ini RM5 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu.
Setakat ini, program berkenaan menunjukkan perkembangan awal positif dengan penurunan bilangan kes kategori tiga hingga lima di enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melebihi 40 peratus.
Usaha kerajaan PN menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) membolehkan kadar pemberian vaksin lengkap di Lembah Klang kini mencapai 64.7 peratus, sekali gus menyumbang kepada penurunan kemasukan pesakit ke wad.
Setakat ini, sebanyak 32.9 peratus atau 10,734,415 populasi negara melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Bagi mengatur strategi peralihan keluar negara daripada krisis kesihatan, pada akhir Julai, Muhyiddin memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengandungi empat fasa pelaksanaannya.
Kini, tujuh negeri berada di Fasa Satu iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Johor dan Melaka. Fasa Dua PPN membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah manakala Perlis, Labuan dan Sarawak di Fasa Tiga.
Muhyiddin, yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, komited meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang diperkenalkan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Walaupun bergelut dengan pelbagai cabaran dari segi politik serta ancaman pandemik, Muhyiddin menyifatkan pelantikannya bukan pada masa terbaik dan perlu menghadapi cabaran ekonomi yang terkesan akibat pandemik.
Mengakui kerajaan pimpinannya tidak sempurna, Muhyiddin tidak mengalah dan menegaskan kerajaan PN tidak akan berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita serta sentiasa bergerak serta bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/pentadbiran-muhyiddin-tumpu-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tolak 7 Tawaran Muhyiddin Yakin Boleh Beri Lebih Baik Kepada Rakyat

Ph Tolak 7 Tawaran Muhyiddin Yakin Boleh Beri Lebih Baik Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 327 hits
Astro AwaniKUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Haraoan yakin mereka mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik untuk menangani pandemik COVID 19 menghidupkan semula ekonomi dan menyelamatkan rakyat Justeru Majlis Presiden PH meno...
Sultan Selangor Mahu Adun Bantu Rakyat Elak Terlalu Berpolitik

Sultan Selangor Mahu Adun Bantu Rakyat Elak Terlalu Berpolitik

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 230 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor supaya tidak terlalu banyak berpolitik dan berebut kuasa serta kedudukan sehingga melupakan tanggungjawab utama untuk mem...
Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 243 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berbual dengan penduduk ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Projek Perumahan Rakyat Sri Johor Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Gamba...
Muhyiddin Mohon Ampun Kepada Rakyat Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan

Muhyiddin Mohon Ampun Kepada Rakyat Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 243 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon ampun kepada seluruh rakyat Malaysia atas peletakan jawatannya selepas kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya diserang kumpulan kleptokrat yang bersekon...
Kah Kah Kah Tak Payah Muhyiddin Aku Pun Boleh Kalau Aku Pegang Duit Semua Rakyat Malaysia Tahu Siapa Dalam Umno

Kah Kah Kah Tak Payah Muhyiddin Aku Pun Boleh Kalau Aku Pegang Duit Semua Rakyat Malaysia Tahu Siapa Dalam Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 344 hits
Pemimpin Bersatu dakwa Muhyiddin ada cara nak jinakkan UmnoAugust 7 2021 Berpengalaman politik lebih 40 tahun menjadi senjata bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjinakkan Umno kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf A Suffian Katan...
Usaha Kerajaan Pn Bawa Rakyat Keluar Dari Pandemik Semakin Berhasil Pm

Usaha Kerajaan Pn Bawa Rakyat Keluar Dari Pandemik Semakin Berhasil Pm

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 454 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang dilancarkan kerajaan bermula Februari lalu kini menunjukkan perkembangan positif di beberapa buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan Sa...
Muhyiddin Gentleman Utamakan Rakyat Ketika Kemelut Politik Memuncak

Muhyiddin Gentleman Utamakan Rakyat Ketika Kemelut Politik Memuncak

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 313 hits
Seorang penganalisis berkata ia menjawab tuduhan pemimpin Bersatu itu gila kuasa Seorang wanita menyaksikan perutusan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berucap semalam Gambar Bernama Tindakan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mele...
Kerajaan Prihatin Sentiasa Ada Dalam Jiwa Muhyiddin Yassin Akui Tetap Ambil Berat Soal Rakyat

Kerajaan Prihatin Sentiasa Ada Dalam Jiwa Muhyiddin Yassin Akui Tetap Ambil Berat Soal Rakyat

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 302 hits
Walaupun tampuk pimpinan beliau telahpun dibubarkan pada Isnin namun Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui slogan Kerajaan Prihatin akan terus berada dalam jiwa beliau serta rakan sehaluan yang memerintah sebelum ini Menurutnya beliau akan sent...
Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 317 hits
Parti Warisan telah mengagihkan bakul bakul makanan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19 KENINGAU Misi bantuan bakul makanan Parti Warisan Sabah diteruskan di beberapa kampung sekitar Liawan dan Sook...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu