Pentadbir Sekolah Perlu Bantu Kurangkan Beban Tugas Guru Nutp


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berpendapat kefahaman pentadbir di sekolah mengenai inisiatif dan intervensi mengurangkan beban tugas guru yang diumumkan baru-baru ini adalah penting bagi memastikan pelaksanaannya berjaya.

Presidennya Kamarozaman Abdul Razak berkata tafsiran pentadbir di sekolah termasuk pengetua dan guru besar mengenai inisiatif itu mestilah sama seperti apa dinyatakan Kementerian Pendidikan (KPM) kerana jika tidak, terdapat risiko beban tugas guru akan terus wujud.
Beliau menambah pihak pentadbir di sekolah boleh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah jika terdapat masalah yang timbul sepanjang melaksanakan inisiatif terbabit kerana mereka telah diberi kefahaman tentang pelaksanaannya.

"Ia bergantung kepada kepimpinan sekolah selain Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Jika mereka tidak memahaminya, mungkin akan berlaku masalah untuk melaksanakan inisiatif itu.


"Kita berharap inisiatif ini tidak disalah tafsir seterusnya berlaku masalah (pelaksanaan) yang akan mengakibatkan bebanan tugas guru tetap berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata pentadbir sekolah perlu diberi autonomi dalam menyelesaikan masalah yang mungkin timbul ketika melaksanakan inisiatif dan intervensi itu serta turut berpendapat jika ia dilaksanakan dengan betul, beban tugas guru boleh dikurangkan sehingga melebihi 25 peratus.

"Apa yang kita mahu ialah keseronokan murid untuk datang ke sekolah kerana perhatian guru itu lebih kepada mereka, bukan lebih kepada tugas dokumentasi," katanya.

Kamarozaman menjelaskan bahawa NUTP sangat positif dengan usaha yang dilakukan KPM itu dan menyifatkannya sebagai situasi menang-menang antara KPM dan pihak sekolah.

Beliau turut berkata ketika ini KPM dan NUTP sedang mengusahakan fasa kedua pengurangan beban tugas guru secara jangka sederhana dan panjang yang menyasarkan untuk menyelesaikan masalah berkenaan 100 peratus.

Isnin lepas, KPM mengumumkan lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru, yang mula dilaksanakan Januari tahun ini.

Antara yang diumumkan ialah sekolah dibenarkan merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang sesuai dengan keperluan murid susulan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1.

Selain itu, turut diumumkan ialah bagi pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), terdapat penambahbaikan proses perekodan yang mana guru tidak perlu menulis perolehan, pengurangan bilangan fail dan pengisian maklumat secara digital. - BERNAMA


loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/01/pentadbir-sekolah-perlu-bantu-kurangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Tidak Patuh Guru Digesa Buat Aduan Nutp

Sekolah Tidak Patuh Guru Digesa Buat Aduan Nutp

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 22 Jan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menggesa semua anggotanya mematuhi peraturan lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru seperti digariskan oleh Kementerian Pendidikan Ma...
5 Inisiatif Jangka Pendek Kpm Kurangkan Beban Guru Mulai 2019

5 Inisiatif Jangka Pendek Kpm Kurangkan Beban Guru Mulai 2019

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 782 hits
5 Inisiatif Jangka Pendek KPM Kurangkan Beban Guru Mulai 2019 Ini adalah berdasarkan Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 yang disampaikan sendiri oleh YB Dr Maszlee Malik baru baru ini iaitu pada 14 Januari yang lalu Umum sedia maklum sala...
Graduan Malaysia Diajak Pulang Bantu Guru Di Sekolah

Graduan Malaysia Diajak Pulang Bantu Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 333 hits
Graduan Malaysia yang berada di luar negara diajak pulang membantu guru di sekolah bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata graduan yang bukan dalam jurusan Pendidikan akan diberi latiha...
Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR 14 Jan Sebanyak lima inisiatif merangkumi sembilan intervensi diperkenalkan Kementerian Pendidikan untuk meringankan bebanan tugas guru seluruh negara Kesemua inisiatif tersebut yang juga merupakan perancangan jangka pendek di ...
Mansuh Tugas Perkeranian Guru Hanya Mukadimah Maszlee

Mansuh Tugas Perkeranian Guru Hanya Mukadimah Maszlee

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 297 hits
SERDANG Pemansuhan tugas perkeranian dalam kalangan guru menerusi pelaksanaan lima inisiatif berkuat kuasa bulan ini hanya sebagai langkah pertama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah pertama bersifat intervensi jangka pendek...
Guru Sains Direman Bantu Siasatan Kes Amang Seksual Fizikal

Guru Sains Direman Bantu Siasatan Kes Amang Seksual Fizikal

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 325 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA nbsp 20 Januari 2019 2 35 PM ALOR GAJAH Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang di sini direman selama tujuh har
Fokus Urus Sertifikasi Mendikbud Minta Sekolah Setop Rekrut Guru Honorer

Fokus Urus Sertifikasi Mendikbud Minta Sekolah Setop Rekrut Guru Honorer

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 226 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Muhadjir Effendy meminta agar sekolah tak lagi menerima guru honorer Hal ini agar pemerintah dapat fokus menyelesaikan sertifikasi guru honorer
Guru Bukan Pemalas Nutp

Guru Bukan Pemalas Nutp

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 276 hits
Imej via IKIMfmKUALA LUMPUR 4 Jan Tohmahan yang dilemparkan kepada golongan guru setelah berkali kali memohon supaya kerajaan mengurangkan beban tugas mereka bukanlah kerana guru ini pemalas sebaliknya mereka hanya mahu sistem kerja yang le...
Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 731 hits
Hi Anak baru masuk sekolah rendah memang macam macam perangai Ada yang tak nak sekolah ada juga yang tak nak balik sekolah Memang menghiburkan betul video video yang saya tonton tentang anak anak yang baru masuk ke alam persekolah Sekolah d...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan

Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda