Mansuh Tugas Perkeranian Guru Hanya Mukadimah Maszlee


SERDANG: Pemansuhan tugas perkeranian dalam kalangan guru menerusi pelaksanaan lima inisiatif, berkuat kuasa bulan ini hanya sebagai langkah pertama.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah pertama bersifat intervensi jangka pendek itu dirangka dengan mengambil kira pandangan dalam kalangan pendidik yang juga kelompok penting di peringkat akar umbi.

Katanya, ia merangkumi usaha memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, membabitkan tiga intervensi demi merungkai kemelut pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
“Inisiatif kedua ialah pengurusan data dan sistem dalam talian, merangkumi pelaksanaan dua intervensi yang menyaksikan semua pengumpulan data diambil daripada sumber maklumat sedia ada dalam sistem Kementerian Pendidikan.

“Sistem kehadiran murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya sebagai sumber rekod, justeru guru tidak lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid.

“Teknologi menyaksikan penggunaan sistem ‘pengecaman wajah’ yang lazimnya wujud dalam telefon pintar, justeru kita sedang meneliti kemungkinan menggunakan pendekatan ini, namun bukan dalam jangka pendek.

“Seiring pemansuhan peperiksaan Tahap 1 (murid tahun satu, dua dan tiga), sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan literasi dan numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pendidikan, bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’, di Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Dr Siti Hamisah Tapsir.

Maszlee berkata, inisiatif keempat pula merangkumi penyeragaman borang dan proses pemantauan menerusi dua intervensi bagi memastikan guru tidak lagi dibebani tugas perkeranian.

“Inisiatif terakhir ialah penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, menerusi dua intervensi untuk memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.

“Lima inisiatif ini hanya langkah pertama, manakala percaturan fasa kedua membabitkan penyediaan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran terbaik.

“Kementerian dalam penelitian khas untuk melihat semula sistem latihan warga pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya ia diperkasakan, bukan hanya sekadar menukar nama maktab saja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, baki 92 daripada 394 projek sekolah daif di seluruh negara, membabitkan peruntukan dana RM1.701 bilion masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap selewat-lewatnya Mac ini.

Sehingga 31 Disember 2018, katanya, sebanyak 237 atau 60 peratus projek siap dan dikeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), manakala 65 (17 peratus) siap pembikinannya dan dalam proses pengeluaran CPC sebelum diserahkan untuk kegunaan sesi persekolahan 2019.

“Pembangunan sekolah daif pada 2019 akan ditambah baik dari aspek penggunaan skala impak, kaedah pelaksanaan dan skop pembinaan, dengan keutamaan diberikan kepada sekolah yang mendapat pengesahan tidak selamat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan teknikal Kementerian Pendidikan,” katanya.

Sumber: Berita Harianloading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/01/mansuh-tugas-perkeranian-guru-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pentadbir Sekolah Perlu Bantu Kurangkan Beban Tugas Guru Nutp

Pentadbir Sekolah Perlu Bantu Kurangkan Beban Tugas Guru Nutp

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 546 hits
KUALA LUMPUR 17 Jan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendapat kefahaman pentadbir di sekolah mengenai inisiatif dan intervensi mengurangkan beban tugas guru yang diumumkan baru baru ini adalah penting bagi memastikan p...
Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa Apa Guru Hadapi Tekanan Dikhuatiri Hilang

Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa Apa Guru Hadapi Tekanan Dikhuatiri Hilang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 401 hits
Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa Apa Guru hadapi tekanan dikhuatiri hilang Seorang guru dikhuatiri hilang apabila tidak hadir ke sekolah tempatnya mengajar di sini sejak dua hari lalu Nur Farhana Ibrah...
Hanya Dengan 2 Bahan Ini Sudah Boleh Buat Biskut Susu Yang Simple Rangup

Hanya Dengan 2 Bahan Ini Sudah Boleh Buat Biskut Susu Yang Simple Rangup

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1243 hits
Percaya tak anda boleh membuat biskut susu yang sedap dengan hanya menggunakan2 bahan Mungkin ada yang tak perasan biskut ini kerap juga menjadi viralterutamanya ketika menjelang hari perayaan Biskut susu 2 bahan yang dimaksudkan ini memang...
Hanya Kerana Craving Australia Cherry

Hanya Kerana Craving Australia Cherry

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 318 hits
Hi korang Baru baru ni SA craving sangat dengan Australia Cherry ni musim dia agaknya pergi mana mana nampak cherry tapi harga dia yarabbi sekilo cherry ni bleh dpt 3 kampit beras dan harga cherry sekotak boleh dapat handbag Guess yg tgh pr...
Not Our Level Tak Usah Berlagak Hanya Kerana Dah Berjaya

Not Our Level Tak Usah Berlagak Hanya Kerana Dah Berjaya

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 319 hits
Oleh Saya tahu sangat lambat untuk saya tulis tentang isu ini Semasa ia hebat diperkatakan oleh netizen saya sekeluarga sedang bercuti di negara timur tengah Seperti biasa ia asyik berlegar legar dikepala saya Kepada pelawak negara yang men...
Ini Caranya Jana Income Dengan Hanya Mengisi Minyak Di Petronas

Ini Caranya Jana Income Dengan Hanya Mengisi Minyak Di Petronas

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 934 hits
Baca sampai habis memang berbaloi giler beb Tukarkan PERBELANJAAN HANGUS kepada PENDAPATAN terpaksa Mungkin anda memiliki kenderaan seperti kereta motosikal dan sebagainya Pastinya ISI MINYAK adalah satu kemestian Berita baik untuk pemilik ...
Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar

Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 372 hits
Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar
Tak Bahas Politik Agnes Monica Hanya Ngobrol Nge Vlog Bareng Jokowi

Tak Bahas Politik Agnes Monica Hanya Ngobrol Nge Vlog Bareng Jokowi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 201 hits
Agnes mengaku tak membicarakan masalah politik terkait pemilihan presiden 2019 Kendati begitu Agnes memastikan akan ikut mengampanyekan politik yang bersih dari kabar bohong alias hoaks
Hanya Disebabkan Tidak Berpuas Hati Pasal Futsal Sembilan Lelaki Bertindak Memukul Empat Beradik

Hanya Disebabkan Tidak Berpuas Hati Pasal Futsal Sembilan Lelaki Bertindak Memukul Empat Beradik

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 377 hits
Hanya Disebabkan Tidak Berpuas Hati Pasal Futsal Sembilan Lelaki Bertindak Memukul Empat Beradik Tindakan sembilan lelaki membelasah empat beradik lelaki di tapak pasar malam di Taman Lobak Lunas dekat Kulim mengundang padah apabila mereka ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda