5 Inisiatif Jangka Pendek Kpm Kurangkan Beban Guru Mulai 2019


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
 

5 Inisiatif Jangka Pendek KPM Kurangkan Beban Guru Mulai 2019. Ini adalah berdasarkan Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 yang disampaikan sendiri oleh YB Dr. Maszlee Malik baru-baru ini iaitu pada 14 Januari yang lalu.

Umum sedia maklum, salah satu fokus utama Menteri Pendidikan adalah untuk memastikan guru-guru mengajar dan bekerja dengan gembira dan menyeronokkan. Mendidik anak-anak harus dijalankan dengan penuh kasih sayang supaya dapat menanamkan perasaan cinta pada ilmu pengetahuan. Pekerjaan yang mulia dan bermakna ini seharusnya tidak menjadi sebuah pekerjaan yang menyakitkan dan membebankan.
Oleh hal yang demikian, kementerian sedang berusaha keras untuk mengembalikan tugas hakiki para guru iaitu mendidik dan mengajar. Atas dasar itulah pihak KPM telah berjaya mengenal pasti punca tugas-tugas perkeranian yang mengganggu tugas utama guru, yang tidak lagi relevan malah perlu dimansuhkan. Hal ini dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan dari akar umbi; iaitu para guru yang mengajar di sekolah.
Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, KPM mempunyai perancangan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Untuk perancangan jangka masa pendek, mulai Januari 2019, sembilan (9) intervensi telah digariskan untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian, JPN, PPD dan sekolah untuk mengurangkan beban tugas guru. Sembilan (9) intervensi tersebut telah dipecahkan kepada lima (5) inisiatif iaitu:
Inisiatif pertama: memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi
Sebanyak tiga (3) intervensi akan dilaksanakan iaitu memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Inisiatif kedua: pengurusan data dan sistem online
Sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan iaitu segala pengumpulan data hendaklah diambil dari sumber data sedia ada di dalam sistem KPM. Di samping itu, Sistem Kehadiran Murid dalam talian digunakan sepenuhnya bagi merekod kehadiran murid berkuat kuasa mulai 14 Januari 2019.  Dalam hal ini, guru tidak lagi perlu mengisi buku Jadual Kedatangan Murid.
Inisiatif ketiga:Sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah
Sesuai dengan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1, sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah.
Inisiatif keempat: penyeragaman borang dan proses pemantauan
Sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan untuk memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan & penarafan kantin.
Inisiatif kelima: penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah
Intervensi yang akan dilaksanakan akan memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.
Lima inisiatif ini merupakan langkah pertama untuk meningkatkan kualiti pengajaran, manakala langkah kedua pula melibatkan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru-guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran yang terbaik.
Penutup Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu 5 Inisiatif Jangka Pendek KPM Kurangkan Beban Guru Mulai 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua  dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
 
5 Inisiatif Jangka Pendek KPM Kurangkan Beban Guru Mulai 2019
Cikgu Suhaimin Isnen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2019/01/5-inisiatif-jangka-pendek-kpm-kurangkan-beban-guru-mulai-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pentadbir Sekolah Perlu Bantu Kurangkan Beban Tugas Guru Nutp

Pentadbir Sekolah Perlu Bantu Kurangkan Beban Tugas Guru Nutp

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 560 hits
KUALA LUMPUR 17 Jan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendapat kefahaman pentadbir di sekolah mengenai inisiatif dan intervensi mengurangkan beban tugas guru yang diumumkan baru baru ini adalah penting bagi memastikan p...
Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR 14 Jan Sebanyak lima inisiatif merangkumi sembilan intervensi diperkenalkan Kementerian Pendidikan untuk meringankan bebanan tugas guru seluruh negara Kesemua inisiatif tersebut yang juga merupakan perancangan jangka pendek di ...
Pelan Transformasi Ict Kpm 2019 2023 Ringkasan Eksekutif

Pelan Transformasi Ict Kpm 2019 2023 Ringkasan Eksekutif

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 433 hits
Pelan Transformasi ICT KPM 2019 2023 Ringkasan Eksekutif Ringkasan Eksekutif Pelan Transformasi ICT KPM 2019 2023 boleh dimuat turun menerusi pautan berikut https www moe gov my index php my pemberitahuan 2019 4777 pelan tarnsformasi ict kp...
Muat Turun Spi Bil 1 2019 Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah Kpm

Muat Turun Spi Bil 1 2019 Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 367 hits
Surat Pekeliling Ikthisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah yang perlu dilaksanakan di semua sekolah Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Muat Turun...
Sehari 800 Ton Sampah Plastik Ritel Di Bekasi Bebas Kantong Plastik Mulai Maret 2019

Sehari 800 Ton Sampah Plastik Ritel Di Bekasi Bebas Kantong Plastik Mulai Maret 2019

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 241 hits
Pemerintah Kota Bekasi mulai menerapkan kebijakan larangan kantong plastik di toko modern atau toko ritel Kebijakan ini paling lambat diterapkan Maret 2019 Kebijakan ini untuk menekan produksi sampah plastik yang mencapai 800 ton sehari di ...
Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh Kpm

Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh Kpm

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 534 hits
Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh KPM Persekolahan tahun baru akan bermula pada 1 Januari 2019 bagi kategori sekolah Kumpulan A Manakala bagi kumpulan B sesi persekolahan bermula pada 2 Januari 2019 Di harap dengan kalendar cuti perayaan yan...
Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Di Sabah Dan Sarawak Mulai 14 Januari 2019

Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Di Sabah Dan Sarawak Mulai 14 Januari 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 806 hits
Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Di Sabah dan Sarawak Mulai 14 Januari 2019 Sebelum ini telahpun berlangsung Ujian Psikometrik bagi Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Dan calon yang lulus ujian psikometrik pun telah diumumkan...
Survei Ssc Jika Pilpres 2019 Dilakukan Saat Ini Jokowi Menang Di Jatim

Survei Ssc Jika Pilpres 2019 Dilakukan Saat Ini Jokowi Menang Di Jatim

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 272 hits
Lembaga Surabaya Survey Center merilis hasil risetnya untuk Pemilu 2019 Rabu Hasilnya pasangan urut 01 Joko Widodo KH Ma ruf Amin masih unggul atas rivalnya Prabowo Subianto Sandiaga S Uno yaitu 55 9 32 1 persen
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal