Pensyarah Maut Kereta Masuk Parit


Amirul Aiman Hamsuddin   
PERJALANAN tiga pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Air Tawar menuju ke tempat kerja berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di simpang tiga di Jalan Sekolah, Kampung Banting, Sabak Bernam, hari ini.

Kejadian pada 7.50 pagi itu mengakibatkan Norzeera Ahmad, 39, maut selepas Perodua Bezza dipandu rakannya, Zubaidah Mohd Esa, 37, gagal mengelak motosikal melintas dari bahu kiri jalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Seorang lagi pensyarah, Lidyawati Haris, 35, cedera di bahagian badan manakala Zubaidah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) berikutan hamil dua bulan.

Sementara itu, penunggang motosikal Mohammad Faris Azam Shah Shahrom, 20, parah di kepala dan patah tangan kiri serta kaki kanannya.

Difahamkan, Norzeera sepatutnya mengajar subjek Operasi Restoran di PSIS pada 8 pagi.

Rakan sekerja Norzeera, Ahmad Fahmi Mohd Zaini, 40, berkata, dia menerima berita mengenai kemalangan itu dari rakan lain pada 8.30 pagi.

“Arwah (Norzeera) sudah empat tahun berulang-alik dari rumahnya di Kuala Selangor ke PSIS.
Kebiasaannya, dua rakan arwah (Zubaidah dan Lidyawati) bergilir bersama arwah berkongsi kereta pada setiap minggu untuk ke tempat kerja.

“Malah, arwah tidak pernah menunjukkan raut penat atau bermasam muka meskipun berulang hampir 79 kilometer setiap hari,” katanya kepada Harian Metro.

Ahmad Fahmi berkata, kali terakhir dia berjumpa Norzeera pada 13 Julai lalu sempena Majlis Konvokesyen Ke-14 PSIS.

Beliau berkata, arwah tidak menunjukkan apa-apa perubahan, dia kelihatan ceria dan bersemangat menguruskan majlis itu bersama rakan pensyarah lain.

“Sepanjang hayat, saya akui arwah dikenali warga PSIS, mesra dengan pelajar dan rakan, tidak pernah marah dan cukup peramah.

“Kehilangan Norzeera cukup dirasai seluruh warga Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti memandangkan beliau seorang pensyarah berdedikasi dan komited dalam tugas,” katanya.

Jenazah Norzeera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Persiaran Hamzah Alang, Meru Klang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, siasatan awal mendapati Perodua Bezza dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuala
Selangor menuju ke Sungai Lang manakala motosikal Suzuki dari Kampung Banting menuju ke Jalan Sekolah, Kampung Banting.

“Tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai cuba mengelak motosikal dari arah bahu jalan kiri yang melintas ke simpang tiga Jalan Sekolah.

“Namun, pemandu gagal mengelak lalu merempuh motosikal itu sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit menghala ke arah Sabak Bernam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pensyarah-maut-kereta-masuk-parit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Trafik Nyaris Maut Dirempuh Kereta Semasa Roadblock

Polis Trafik Nyaris Maut Dirempuh Kereta Semasa Roadblock

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 621 hits
Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas sebuah kereta merempuh sekatan jalan raya yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi Sumber berkata ketika kejadian anggota polis trafik tersebut bersama beberapa...
11 Maut 78 Cedera Kereta Api Bertembung Di Pakistan

11 Maut 78 Cedera Kereta Api Bertembung Di Pakistan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 239 hits
11 maut 78 cedera kereta api bertembung di Pakistan nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2019 10 30PM
Dua Lelaki Maut Kereta Naza Kia Terperosok Bawah Lori Tangki

Dua Lelaki Maut Kereta Naza Kia Terperosok Bawah Lori Tangki

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 427 hits
KUANTAN Dua lelaki maut dipercayai akibat tersepit selepas kereta dinaiki mereka terperosok ke bawah lori tangki di Kilometer 127 Jalan Kuantan Segamat di Muadzam Shah Rompin dekat sini pagi tadi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan P...
Lelaki Maut Kereta Honda Accord Terbabas Di Jalan Syed Putra

Lelaki Maut Kereta Honda Accord Terbabas Di Jalan Syed Putra

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 277 hits
Kuala Lumpur Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Syed Putra di sini awal pagi tadi Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa G Arulkumar 23 yang ...
Guru Maut Kereta Bertembung Lori Di Jalan Lipis Sungai Koyan

Guru Maut Kereta Bertembung Lori Di Jalan Lipis Sungai Koyan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 358 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone

Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 593 hits
Perkahwinan adalah janji suami isteri untuk sama sama susah dan senang Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak anak Perlu ingat tugas ini bukan hanya terletak pada isteri sepenuhnya tetapi suami kena juga ambil tahu dan melaksanakan...
Xiaomi Umumkan Masuk Daftar Fortune Global 500

Xiaomi Umumkan Masuk Daftar Fortune Global 500

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 187 hits
Xiaomi Corporation mengumumkan bahwa Xiaomi masuk dalam daftar Fortune Global 500 untuk pertama kalinya sejak didirikan sembilan tahun yang lalu
Masuk 500 Fortune Global Pertamina Kalahkan Facebook Dan Alibaba

Masuk 500 Fortune Global Pertamina Kalahkan Facebook Dan Alibaba

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 201 hits
Dalam Fortune Global 500 Pertamina berhasil menduduki peringkat 175 Bahkan Pertamina mengalahkan Alibaba Group yang berada di peringkat 182 dan Facebook di posisi 184
Norman Masuk Bersatu Bukan Kerana Projek

Norman Masuk Bersatu Bukan Kerana Projek

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 224 hits
Penyanyi penggubah lagu dan usahawan Norman Abdul Halim menafikan penyertaanya menjadi ahli Bersatu bertujuan memudahkan laluannya untuk mendapat projek seliaan kerajaan Bercakap kepada Malaysiakini Norman menjelaskan dakwaan segelintir pih...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025