Norman Masuk Bersatu Bukan Kerana Projek


Nadia Azam 
   
Penyanyi, penggubah lagu dan usahawan, Norman Abdul Halim, menafikan penyertaanya menjadi ahli Bersatu bertujuan memudahkan laluannya untuk mendapat projek seliaan kerajaan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Norman menjelaskan, dakwaan segelintir pihak bahawa perjanjian persefahaman (MOU) dimeterai Kumpulan Syarikat KRU bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini ada kaitan dengan penyertaannya dalam Bersatu sebagai tidak berasas.

Menjelaskan situasi dihadapinya, dia yang turut dikenali sebagai Norman KRU berkata, apa yang perlu adalah jiwa besar bagi menghadapi tohmahan pihak yang tidak memahami.

"Dan tak boleh nak layan isu macam ini,” katanya berseloroh ketika dihubungi.

Sambil memberi contoh, Norman berkata, sebenarnya kerjasama KRU dan UiTM bukan suatu perkara baru.

Katanya sejak bertahun-tahun lalu, KRU Entertainment menjalinkan kerjasama dengan UiTM untuk program latihan industri (internship).

"Cuma yang baru dimeterai bersama institusi pengajian itu adalah MOU dengan Yayasan KRU.

"Majlis itu telah disusun berminggu-minggu sebelum saya masuk Bersatu," katanya.

Dilantik menteri pendidikan Menurut Norman dia tidak mendapat sebarang projek besar seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya kata Norman dia perlu mencari dana besar bagi membolehkan program Yayasan KRU membantu anak muda dapat dijayakan.

Pada 17 Julai lalu, sebuah MOU disempurnakan di antara Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM Cawangan Puncak Perdana bersama Yayasan KRU, Smart Digital International Sdn Bhd dan Girls Republique Sdn Bhd.

Dengan usahasama itu, UiTM bakal menjadi peneraju utama yang menyediakan lebih 100 jenis kandungan versatil berbayar menerusi saluran Sirius TV. Ia dijangka dilancarkan September ini.
Mengulas lanjut, kata Presiden Yayasan KRU itu, kolaborasi berkenaan bukan bertujuan mengaut keuntungan peribadi sebaliknya lebih kepada memberi peluang pekerjaan pada graduan dari jurusan industri kreatif.

“Tak ada kepentingan peribadi. Kami juga tak ada pun nak buat kandungan televisyen dengan pelajar.

“Tapi dalam politik, payah nak bersangka baik, orang lebih berminat buat spekulasi dan terlebih fikir konspirasi,” katanya.
Menurut Norman, 47, kerjasama KRU dengan UiTM hanya sebagai permulaan. Selepas ini, katanya, lebih banyak MOU akan ditandatangani dengan universiti lain.

“UiTM didahulukan kerana kebetulan pula saya dilantik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk program CEO at University di UiTM sebelum saya masuk Bersatu,” katanya.

Norman menyerahkan borang keahlian seumur hidup untuk menjadi anggota Bersatu pada 9 Julai lalu. Dia memaklumkan menerima nombor keahlian sehari kemudian.

Baca Lagu nyanyian anak MP K Kangsar jadi bahan kempen BN
Sebagai rekod, Norman yang sebelum ini pernah bersama Umno mengaku sudah tidak aktif sebagai anggota parti itu sejak 2015.

Pengarah Urusan KRU Studios itu berkata, hala tuju ingin dicapai sebagai ahli parti baru adalah untuk memberi sumbangan semampunya dari segi bidang keusahawanan dan pendidikan.

“Kami mahu perkasakan ekonomi golongan muda dan pastikan mereka tak ketinggalan dek arus perdana perkembangan teknologi dan peluang digital dan sebagainya.

“Bersatu merupakan bumiputera progresif. Saya juga sebagai bumiputera progesif ingin maju bukan ke belakang,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/norman-masuk-bersatu-bukan-kerana-projek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 316 hits
Seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu disambut oleh selebriti tanah air Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai ahli seumur hidup Pe...
Masuk Bersatu Pilihan Terbaik Untuk Azmin

Masuk Bersatu Pilihan Terbaik Untuk Azmin

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 361 hits
Dalam kemelut yang melanda hubungan Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim sekarang dan meskipun kedua duanya ada mengeluarkan kenyataan saling sedia bekerjasama persoalan yang tidak kurang ditanyakan ialah ke mana hala tuju Timbalan Presiden PKR i...
Sahut Seruan Tun M Norman Kru Sertai Bersatu

Sahut Seruan Tun M Norman Kru Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu disambut oleh selebriti tanah air Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai ahli se...
Peringatan Allah Swt Sebab Kita Tidak Bersatu Dulu

Peringatan Allah Swt Sebab Kita Tidak Bersatu Dulu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 287 hits
GURUN 21 Julai Kekalahan UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 adalah satu peringatan Allah SWT kerana umat Islam khususnya membabitkan kedua dua parti tersebut pada masa itu tidak bersatu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan b...
Dr M Bersatu Ambil Iktibar Umno Suka Orang Bodoh

Dr M Bersatu Ambil Iktibar Umno Suka Orang Bodoh

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 324 hits
Diterbitkan Hari ini 5 31 petangBersatu perlu mengambil iktibar budaya pemimpin yang mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan anggota parti yang lebih cekap daripada dirinya maklum Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad Ini kita dapat...
Extend Deportation Plan For Illegals To Sabah Bersatu

Extend Deportation Plan For Illegals To Sabah Bersatu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 374 hits
Hajiji KOTA KINABALU Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah welcomed the implementation of the Back For Good Programme for illegal immigrants to go back to their respective countries of origin by the Home Ministry through the Immigration Depa...
Komitmen Ahli Pimpinan Bersatu Perlu Kekal Kata Maszlee

Komitmen Ahli Pimpinan Bersatu Perlu Kekal Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 253 hits
Komitmen ahli pimpinan Bersatu perlu kekal kata Maszlee Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Jul 2019 11 36P
Parti Bersatu Bodoh

Parti Bersatu Bodoh

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 430 hits
TAK BAIK LA KATA MAHADHIR MUHAMMAD DIA DAH TUAAAA KESIAN LA DIAAAA NI SEMUA GARA GARA MULUT CELUPAR SIAPA KASI MULA MAKI HAMUN TAK DA KERJA LAIN KA TUUUU DIAAAAA Pak Karamu Zahid Bersatu PH yang bodoh sebab jadi boneka DAPNews Diterbitkan H...
Zahid Bersatu Ph Yang Bodoh Sebab Jadi Boneka Dap

Zahid Bersatu Ph Yang Bodoh Sebab Jadi Boneka Dap

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 346 hits
Tampil membela partinya Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa pihak yang sebenarnya bodoh ialah Bersatu yang kini dipimpin Dr Mahathir Mohamad Membuat hantaran di Facebook petang ini Ahmad Zahid juga memberikan nasihat kepad...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

Senarai Agensi Utc Pasir Gudang Waktu Operasi Nombor Telefon

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka