Penjelasan Rasmi Isu Ustaz Ebit Lew Bantu Orang Tg Lumpur



Assalamualaikum. Pertama-tama saya mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Ebit Liew ke Negeri Pahang termasuklah ke Kg Tanjung Lumpur dan DUN Tanjung Lumpur yang menjadi kawasan tugasan saya sebagai wakil rakyat disini. Semoga air mata Ustaz yang tumpah disini menjadi saksi kebaikan di Akhirat.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas kesanggupan dan susah payah Ustaz datang dari jauh untuk menghulurkan sumbangan dan membantu rakyat Negeri Pahang yang di timpa kesusahan, semoga jasa baik, penat lelah dan pengorbanan Ustaz mendapat ganjaran selayaknya dari Allah swt.

Sebagaimana biasa bila isu begini timbul, maka jabatan yang paling sibuk dan paling awal menguruskannya adalah Jabatan Netizen, saya mengucapkan terimakasih pada semua komen, saya kumpulkan semuanya dan saya jadikan sebagai sepadan pentunjuk untuk kearah yang lebih baik terhadap perkhidmatan saya.

Ada yang terlalu keras menghentam, namun saya melihat ianya datang dari orang dari luar kawasan tersebut, ada yang tidak pernah jejak kakinya di Tanjung Lumpur, jika benar katanya saya minta ampun dan bertaubat kepada Allah swt, jika tidak saya maafkan dia, apatah lagi dibulan yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

Saya juga menafikan bahawa saya ada membuat sebarang kenyataan sebelum ini, saya tegaskan saya tidak pernah walaupun sebutir huruf sekalipun  menulis samada terhadap isu ini ataupun terhadap Ust Ebit, namun saya melihat ada tersebar termasuk yang diviralkan oleh Pahang Daily (sudah dipadamkan kerana tersilap faham) bukannya kenyataan saya, ianya saya lihat adalah sedutan dari kenyataan saya dalam isu yang lain.

Ada juga beberapa artikel yang ditulis lalu dipetik (tag) nama saya, semua ini merupakan pandangan peribadi masing-masing, ada yang saya kenali dan ada yang tidak, ada yang dibaca ada yang tidak, namun itu bukan pandangan peribadi saya walaupun ianya hampir sama pandangannya, saya serahkan pada Allah apa jua niatnya, saya tidak mampu menguruskannya kerana media sosial terlalu liar untuk dikawal.

Berkaitan warga miskin Tanjung Lumpur yang mendapat bantuan dari Ustaz Ebit Liew, saya sangat mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz yang sudi menghulurkan sumbangan kepada beliau termasuklah menanggung kos bayaran rumah sewa beliau pastinya ini sangat meringankan bebanan beliau dan kepada Puan Noraisyah binti Md Nor dan anak-anak, penerima tersebut, bersyukurlah dengan kurniaan Allah itu, manfaatkan ianya itu untuk kebaikan didunia dan akhirat.

Pihak kami mungkin tidak mampu untuk berikan sebagaimana yang Ustaz Ebit berikan kerana komitmen pihak kami yang begitu banyak dan berterusan, namun InsyaAllah kami berusaha sekadar mampu dan sebelum inipun ramai yang membantu, samaada organisi parti, pihak kerajaan, ahli parlimen, NGO2 dan orang perseorangan termasuk yang terbaru AlFadhil Ustaz Ebit Liew turut membantu, sekali lagi terima kasih.

Untuk maklumat semua, Kg Tanjung Lumpur yang pada asalnya adalah perkampungan nelayan, namun penduduk asal yang tinggal di kawasan tanah rezab telah pun diarahkan berpindah dan pihak kerajaan telah sediakan inisiatif Flat Pak Mahad sebagai alternatif dengan bayaran sewa rm 125 sebulan, pihak kami juga terlibat membantu masyarakat disana untuk berpindah, samaada dari sudut tenanga dan keewangan.

Boleh dikatakan sebahagian besarnya telahpun berpindah dan ada sebahagian mereka dibantu pula oleh pihak MUIP (Majlis Agama Islam Pahang) untuk membayar sewa rumah mereka pada setiap bulan (bergantung pada kategori kesusahan), masaalah yang kami hadapi ialah adanya dikalangan mereka yang tinggal secara sembunyi di kawasan yang telah tidak diizinkan untuk tinggal, kebanyakkannya masyarakat dari luar seperti warga Thailand yang bekerja sebagai nelayan dan lain-lain termasuklah dari warga negara sendiri.

Keadaan ini kadangkala diluar kawalan kami, ketika kami bantu mereka keluar dari rumah yang sedemikian, datang pula orang baru secara senyap-senyap menghuni yang kadangkala pihak kami terlepas pandang dan tidak menyangka ada penghuni. Apatah lagi jika mereka sembunyikan kemasukan mereka dan sembunyikan status mereka sebenarnya, kerana bimbang dihalau dan sebagainya dan mereka pula tidak membuat sebarang aduan kesusahan dan permohonan tempat tinggal pada pihak kami. 

Rumah yang didiami Puan Noraisyah itu adalah rumah yang diberikan keizinan untuk beliau tinggal oleh pemiliknya, dimaklumkan asalnya ketika dia mendiami berada dalam keadaan yang agak baik, kenapa jadi usang begitu?, datanglah ke Tanjung Lumpur dan bertanyalah sendiri kepada tuan rumah tersebut. Saya tidak boleh menjawap bagi pihak tuan rumah, jika inginkan penjelasan, saya boleh bagi no talipon pemilik tersebut. Saya rasa memadai setakat ini untuk bicarakan isu rumah tersebut, harap tidak diungkitkan lagi, kerana dibimbangi akan terbuka pula sesuatu aib yang telah Allah sembunyikan bagi menutup keburukan manusia, termasuk diri saya sendiri.

Hal yang sama juga berlaku di kawasan setinggan yang lain, ada kawasan setinggan yang hanya tidak lebih 10% penduduk asal, kerajaan telah berikan inisiatif, selebihnya insan yang silih berganti datangnya dari pelosok dunia termasuk golongan PATI tetapi ianya terletak diatas tanah bukan rezab atau milik kerajaan, saya pernah membawakan isu ini didalam dewan, tetapi pihak kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerajaan bukan pemilik tanah dan yang lebih besar dari itu ialah bila pihak kerajaan mengutamakan dasar kemanusiaan, tak sampai hati dan terpaksa menahan tubuh dengan caci maki manusia.

Inilah DUN Tanjung Lumpur yang sedang menjadi isu kemiskinan, Kg Tanjung Lumpur hanya sebuah Kampung kecil, malahan paling kecil jika dibandingkan dengan Kampung lain didalam DUN Tanjung Lumpur, saya memilih untuk mendirikan pejabat disini bagi tujuan keutamaan membantu masyarakat disini dan boleh dikatakan setiap hari masyarakat di Kampung inilah yang datang untuk menerima bantuan dari pihak kami walaupun sedikit dan saya bersyukur kerana Allah sentiasa murahkan rezeki untuk dapat membantu mereka.

Namun dengan kemampuan yang terbatas disebabkan DUN Tanjung Lumpur yang berada dipinggiran bandar dan mempunyai jumlah penduduk yang padat kami bantu apa yg termampu dan pihak kerajaan telah sediakan beberapa inisiatif utk memajukan mereka, namun tidak semuanya berjaya dengan sebab sikap manusia, sebab itu saya sangat bersyukur dengan kehadiran Ustaz Ebit Liew yang sudi datang dan menghulurkan sumbangan kepada masyarakat kami disini. InsyaAllah saya akan menziarahi Puan Noraisyah nanti dan akan turut menawarkan diri membantu apa yang termampu.

Pada Ustaz Ebit jangan serik untuk datang, saya sangat berterima kasih, tapi malangnya saya tidak dapat bertemu beliau, kalau diberikan keizinan ingin saya memeluk beliau sebagai ucapan terima kasih saya, sebagai manusia inilah sebenarnya yang dikehendaki Islam supaya kita menjadi batu bata binaan yang saling melengkapi, saya mohon pada netizen utk hentikan sebarang komen yang memburukkan keadaan apatah lagi dibulan yang penuh barokah ini, terima kasih Ustaz Ebit, semoga perjalanan Ustaz sentiasa dilindungi Allah swt. #sumber


SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA

Rosli Abdul Jabar
ADUN Tanjung Lumpur.http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/penjelasan-rasmi-isu-ebit-lew-bantu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Lew Turun Padang Ke Raub Bantu Rakyat Miskin

Ustaz Ebit Lew Turun Padang Ke Raub Bantu Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 707 hits
RAUB Pendakwah tersohor Ustaz Ebit Lew sekali lagi terus turun padang untuk membantu rakyat miskin selepas diberi kebenaran oleh pihak polis baru baru ini Kali ini beliau turun pula ke negeri Pahang dan lokasinya ialah di Kampung Teras deka...
Suara Percakapan Disamakan Dengan Ustaz Ebit Lew Usaha Ustaz Tido Bantu Golongan Daif Dipuji

Suara Percakapan Disamakan Dengan Ustaz Ebit Lew Usaha Ustaz Tido Bantu Golongan Daif Dipuji

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 390 hits
Siapalah yang tidak kenal dengan insan bernama Ustaz Ebit Lew Beliau sentiasa menjadi bualan ramai orang di atas sikapnya yang baik serta sentiasa membantu golongan yang memerlukan Namun baru baru ini seorang lagi pendakwah dikenali sebagai...
Ustaz Ebit Lew Sebak Menangis Di Tanjung Lumpur Kuantan

Ustaz Ebit Lew Sebak Menangis Di Tanjung Lumpur Kuantan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 456 hits
Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama empat anaknya yang masih kecil dan bersekolah Anak yang 18 tahun 17 tahun dan 9 tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat Mak berlari tadah air Akhirnya tak ...
Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak Bikin Sebak

Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 338 hits
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di media sosial sememangnya tidak pernah jemu sama ada mengenai syarahan kata kata motivasi ataupun membantu orang yang memerlukan Ohmedia paling suka bila tengok dia membantu orang susah ni sebab caranya...
Yb Di Kecam Netizen Gara Gara Kongsi Kisah Sebenar Isu Keluarga Daif Kampung Seri Damai Di Page Ustaz Ebit Lew

Yb Di Kecam Netizen Gara Gara Kongsi Kisah Sebenar Isu Keluarga Daif Kampung Seri Damai Di Page Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 594 hits
KUANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Dato Khairuddin Mahmud telah dikecam bertalu talu oleh netizen gara gara berkongsi kenyataan rasminya di page Ustaz Ebit Lew Demikianlah yang terjadi kepada seorang lagi wakil rakyat dari Pahan...
Ustaz Ebit Lew Santuni Banduan Akhir Haji Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga Bekas Isterinya

Ustaz Ebit Lew Santuni Banduan Akhir Haji Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga Bekas Isterinya

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 436 hits
Baru baru ini pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ada ziarah ke Penjara Kajang untuk memberi sumbangan tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram bagi kegunaan para banduan di sana Dalam masa sama beliau turut berpeluang menyantuni banduan...
Ustaz Ebit Lew Tidak Mulia Sendiri Mulia Beliau Adalah Pada Akhlaknya

Ustaz Ebit Lew Tidak Mulia Sendiri Mulia Beliau Adalah Pada Akhlaknya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 284 hits
DUA hari lepas saya menulis pendek untuk bangsa Rohingya yang berada di Malaysia sebagai pelarian yang dihalau ditindas dan dibunuh di negara sendiri Myanmar Hujan dan udara sejuk awal bulan Ramadan nampaknya gagal memadam kepanasan dan kem...
Terus Berbakti Ustaz Ebit Lew Sumbang 3 Mesin Basuh Buat Banduan Penjara Kajang

Terus Berbakti Ustaz Ebit Lew Sumbang 3 Mesin Basuh Buat Banduan Penjara Kajang

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 406 hits
Meskipun sebelum ini pernah dikecam oleh beberapa pihak yang tidak menyenangi kerja amalnya namun pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap istiqamah meneruskan langkah berbakti kepada masyarakat Hari ini Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah di Fac...
Sumbangan Dipertikai Ustaz Ebit Lew Dedah Sumber Pendapatan

Sumbangan Dipertikai Ustaz Ebit Lew Dedah Sumber Pendapatan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 354 hits
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan Bagaimanapun ada pihak kurang The post appeared first on
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan