Penjelasan Rafizi Tentang Pengisytiharan Aset Rm18 Juta Miliknya


 
Saya baru isytiharkan harta. Kecoh budak-budak UMNO PAS BERSATU persoalkan macam mana aset bersih saya bernilai RM18 juta.
RM16 juta itu saham dan pelaburan saya dalam startup (atau syarikat pemula) yang saya tubuhkan iaitu INVOKE Solutions Sdn Bhd.
Saya memang tunggu mereka buat bising kerana rakyat akan menyampah. Mereka bising pasal saya isytihar harta tetapi mereka tidak pula bising pimpinan mereka yang tidak ada perniagaan, tidak ada kelulusan, tidak pernah memimpin organisasi korporat tetapi hidup macam raja.
Memang itu tujuan saya:
PERTAMA
Untuk tunjuk hipokrasi mereka.
KEDUA
Untuk saya boleh galakkan anak-anak muda mula membina perniagaan yang bernilai tambah.
Hati saya juga didorong untuk menjaga kebajikan 150 kakitangan saya di INVOKE. Mereka anak muda yang berkelulusan tinggi – 30% mendapat straight As semasa SPM dan banyak ijazah kelas pertama dari universiti terkenal di seluruh dunia termasuk Cambridge, Oxford, Cornell, UCL dan banyak lagi. Umur mereka antara 22 hingga 27 tahun. 70% Melayu dan 30% bukan Melayu.
Mereka ada kepakaran dalam bidang teknologi terutamanya beberapa bidang yang menjadi tulang belakang ekonomi digital iaitu sains data, kejuruteraan perisian, pemasaran digital, dan seni kreatif digital.
Semua simpanan saya dari Tabung Haji dan ASB yang saya kumpul semasa muda saya laburkan sebagai saham permulaan dalam INVOKE sebanyak RM2.5 juta secara beransur-ansur sejak 2016.
Mana saya kumpul RM2.5 juta tunai masa muda?
Saya seorang profesional lulusan kejuruteraan elektronik dan akauntan bertauliah lulusan Institute Akauntan Bertauliah England & Wales (ICEAW), iaitu institut akauntan bertauliah paling tua di dunia. Saya memulakan kerjaya di London, gaji dalam pound. Masa itu, satu pound adalah RM6.
Bila saya balik sertai PETRONAS, gaji permulaan RM3,750. Selepas enam bulan dan disahkan sebagai pengurus termuda dalam PETRONAS, gaji saya naik RM11,000 sebulan pada umur 26 tahun. Umur 27 tahun saya naik pangkat lagi menjadi ketua bahagian perancangan petrokimia PETRONAS, dan gaji saya naik RM25,000 sebulan.
Ketika itu, PETRONAS memendekkan tempoh persaraan dari umur 60 tahun kepada 55 tahun, jadi saya mendapat pampasan RM400,000 pada umur 27 tahun untuk 5 tahun perkhidmatan yang dipendekkan.
Prestasi saya baik di PETRONAS. Setiap tahun selama 7 tahun saya berkhidmat di PETRONAS, bonus saya adalah di antara 10 hingga 12 bulan setahun. Jadi pendapatan kasar saya setahun di akhir umur 20an adalah sekitar RM500,000 setahun.
Wang simpanan itulah yang saya laburkan membuka syarikat INVOKE.
Ramai yang tidak faham tentang syarikat berasaskan teknologi atau yang dipanggil tech startup.
Nilaian sebuah tech startup di awal penubuhan bukanlah bergantung kepada untung rugi tetapi:
PERTAMA
Nilai teknologi yang dibangunkan dan prestasi berkembang di pasaran lain (atau scalability). Oleh kerana teknologi itu tidak menggunakan banyak tenaga kerja, kalau ia berjaya dikembang masuk pasaran luar negara, platform yang dibangunkan itu berpotensi besar di masa hadapan.
KEDUA
Kadar pertumbuhan perolehan (atau revenue) setiap tahun. Lebih cepat perolehan berkembang, lebih bernilai.
KETIGA
Kemampuan syarikat mempunyai tunai yang mencukupi dengan mengimbangi perolehan dan perbelanjaan, selalunya dipanggil cash sustainability.
Ini kedudukan kewangan terkini INVOKE:
Purata pertumbuhan perolehan 2019 ke 2022: 90% setiap tahun
Keuntungan syarikat:
Untung di peringkat syarikat setiap tahun iaitu RM507,000 untuk 2020, RM653,000 untuk 2021 dan dijangka RM1.5 juta untuk 2022.
Keuntungan kumpulan:
2 anak syarikat yang membangunkan platform teknologi masih belum untung, tetapi kerugian kumpulan semakin mengecil setiap tahun
Kedudukan tunai:
Dijangka mencukupi sehingga 2 tahun lagi tanpa perlu menerbitkan saham.
Ada beberapa cara nilaian syarikat dibuat.
Cara paling mudah ialah berdasarkan nilai aset bersih. Tetapi ini cara kuno kerana tidak mengambil kira potensi masa depan.
Untuk mengambil kira potensi masa depan, pekali (atau multiplier) digunakan untuk menilai syarikat berasaskan potensi berkembang perolehan dan keuntungan.
Untuk tech startup seperti INVOKE dengan prestasi pertumbuhan yang dicapai kini, selalunya pekali adalah di antara 7 hingga 10 kali dari perolehan tahun. Ini kaedah piawai yang digunakan di seluruh dunia oleh syarikat venture capitalist yang melabur.
Perolehan INVOKE untuk 2021 adalah RM6.3 juta dan untuk 2022 dijangka melebihi RM11 juta. Jadi julat nilaian INVOKE ialah antara RM60 juta ke RM120 juta.
Ini bukan saya pandai-pandai cakap. Ini adalah nilaian rasmi oleh Cradle, sebuah agensi kerajaan yang memantau pertumbuhan startup. Tengok nilaian rasmi ini di laman www.mystartup.gov.my
Nilaian ini dibuat oleh sebuah firma penilai bebas dari Singapura bernama VentureCap Insights.
Saya masih memegang lebih 70% dari saham INVOKE. Tapi untuk isytihar harta, saya gunakan kaedah nilaian paling rendah iaitu nilai aset bersih iaitu sebanyak RM17 juta.
Dari RM17 juta itu, RM11 juta adalah pelaburan yang membeli saham-saham INVOKE dari 2019 hingga 2022.
Kenapa pelabur tempatan dan antarabangsa beli saham INVOKE?
Kerana potensi untuk INVOKE disenaraikan di pasaran saham di masa hadapan yang membolehkan mereka mendapat pulangan besar bila saham-saham INVOKE mula dijual beli orang ramai.
Kenapa saya cerita semua ini?
Kerana saya nak yakinkan anak muda Malaysia bahawa ini jalan masa depan kita. Anak muda Malaysia sangat berbakat, pandai dan berkebolehan. Anak-anak muda di INVOKE telah membawa syarikat hingga ke nilaian berpuluh juta dalam masa 2 tahun.
Bila INVOKE disenaraikan, mereka semua ada saham, dan mereka boleh hidup selesa di masa muda.
Syaratnya kena pandai, kena kreatif, kena usaha, kena berani dan kena jujur.
Masa depan kita ialah ekonomi digital supaya mudah dikembangkan ke rantau Asia Tenggara, dan seluruh dunia.
Visi saya ingin menaikkan ekonomi digital supaya lebih ramai usahawan tech Malaysia yang menghasilkan produk-produk digital terbaik di dunia.
Anda ingat UMNO PAS BERSATU faham semua ini?
Mereka hanya tahu jalan sakau wang untuk kaya.
Sebab itu sampai sekarang belum isytihar harta.
RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden PKR
8 November 2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/penjelasan-rafizi-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Isytihar Harta Aset Bersih Hampir Rm19 Juta

Rafizi Isytihar Harta Aset Bersih Hampir Rm19 Juta

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 174 hits
Malaysiakini Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18 85 juta Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian Ke...
Influencer Sanggup Pinjam Ferrari Bernilai Rm18 5 Juta Untuk Buat Konten Baru 3 Saat Pandu Dah Tersagat

Influencer Sanggup Pinjam Ferrari Bernilai Rm18 5 Juta Untuk Buat Konten Baru 3 Saat Pandu Dah Tersagat

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 114 hits
Pada zaman dikuasai media sosial sekarang ni ramai yang berebut rebut nak tayang kemewahan dan aset yang dimiliki sama ada hasil titik peluh sendiri atau pun meminjam Jangan terkejut tapi memang ada golongan yang sanggup pinjam atau menyewa...
Rafizi Naik Angin Bila Di Tanya Tentang Invoke Kenapa

Rafizi Naik Angin Bila Di Tanya Tentang Invoke Kenapa

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 142 hits
Rafizi Ramli kelihatan naik angin hari ini terhadap MalaysiaNow sambil membidas pengkritik yang menimbulkan persoalan mengenai syarikat berkait PKR Invoke ketika timbalan presiden PKR itu sekali lagi dilontar beberapa soalan mengenai butira...
Aset Diisytihar Syed Saddiq Berjumlah Rm1 9 Juta Selepas Sepenggal Jadi Mp

Aset Diisytihar Syed Saddiq Berjumlah Rm1 9 Juta Selepas Sepenggal Jadi Mp

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 271 hits
Aset diisytihar Syed Saddiq berjumlah RM1 9 juta selepas sepenggal jadi MPPerbicaraan kes pecah amanah melibatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Selepas sepenggal menjadi Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisy...
Umur 30 Tahun Simpanan Tunai Lebih Rm2 Juta Rafizi

Umur 30 Tahun Simpanan Tunai Lebih Rm2 Juta Rafizi

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 271 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli mendedahkan beliau mempunyai simpanan tunai melebihi RM 2 juta menjelang umur 30 tahun yang digunakan untuk memulakan syarikat pemula hingga mengumpul harta RM18 9 juta sepe...
Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 299 hits
November 1 2022 Mutakhir ini berlegar khabar angin wujudnya perancangan sulit melibatkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membentuk kerajaan bersama selepas PRU15 PETALING JAYA Rafizi Ramli berkata beliau akan menjadi indivi...
Saya Tak Terfikir Song Jihyo Luah Perasaan Tentang Keinginan Berkahwin

Saya Tak Terfikir Song Jihyo Luah Perasaan Tentang Keinginan Berkahwin

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 176 hits
Kembali lagi dalam episod kedua bersama Song Ji hyo dalam saluran YouTube Ji Seokjin s World ARTIKEL BERKAITAN Menanyakan hal yang ingin diketahui peminat Ji Suk jin sempat bertanya wanita itu mengenai hal perkahwinan Awak tak terfikir untu...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah