Umur 30 Tahun Simpanan Tunai Lebih Rm2 Juta Rafizi




PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan beliau mempunyai simpanan tunai melebihi RM 2 juta menjelang umur 30 tahun yang digunakan untuk memulakan syarikat pemula hingga mengumpul harta RM18.9 juta seperti diisytiharkan baru-baru ini.

Ia sekali gus menafikan dakwaan beliau menggunakan dana awam untuk mengumpul kekayaan.

"Pada umur 26 tahun, gaji permulaan saya di Petronas adalah RM3,750. Setelah enam bulan, saya disahkan sebagai pengurus dan gaji naik kepada RM11,000 sebulan dan setahun kemudian, saya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bahagian Perancangan Petrokimia pada umur 27 tahun dan gaji RM25,000 sebulan.

"Ketika itu juga, Petronas memendekkan tempoh perkhidmatan dan umur persaraan daripada 60 tahun ke 55 tahun, jadi saya dibayar pampasan RM400,000 pada umur 29 tahun bagi tempoh lima tahun perkhidmatan yang dipendekkan.

"Saya juga berada dalam industri minyak dan gas ketika harga minyak naik mendadak dan bonus tahunan yang besar, yang mana sepanjang tujuh tahun saya di Petronas, bonus tahunan purata saya adalah antara 10 hingga 12 bulan setahun.

"Sebab itu saya mempunyai simpanan mencecah RM2 juta menjelang umur 30 tahun dan simpanan ini yang digunakan untuk memulakan syarikat pemula.

"Sebagai tokoh pembangkang yang lantang, jika ada penipuan atau penyelewengan, sudah tentu sudah lama saya disiasat dan didakwa di mahkamah oleh kerajaan BN dan Perikatan Nasional (PN), sepertimana Datuk Seri Najib Razak didakwa akibat kesalahan membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan penyandang kerusi Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempersoal sama ada kekayaan Rafizi adalah menggunakan sumber dana awam yang dikumpul menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Hal itu kerana, ketika menubuhkan Invoke Solutions Sdn Bhd pada 2016, Rafizi menjalankan kempen mengumpul dana awam menggunakan syarikat itu, bagi kegunaan PKR dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, semua dana awam berjumlah RM11 juta itu sudah habis digunakan untuk membiayai kempen PRU14 bagi calon PKR.

"Kesemua hasil Invoke sehingga 2018 telah dibelanjakan sepenuhnya untuk membiayai kempen PRU14 yang menyumbang kepada kemenangan PH dan memberi tempat kepada bekas-bekas wakil rakyat PKR yang melompat seperti Rashid Hasnon sendiri.

"Setelah PRU14 berakhir dan semua hasil dibelanjakan sepenuhnya, saya tidak ada pilihan lain kecuali menukar model Invoke menjadi komersial dan menerbitkan saham-saham baharu kepada pelabur untuk membolehkan kakitangan Invoke seramai 150 orang kekal dengan kemahiran mereka.

"Semua rekod ini, daripada gaji dan pendapatan saya, penyata kewangan dan percukaian Invoke ada dengan semua pihak berkuasa," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan, Invoke hanya tidak mencatat keuntungan pada tahun pertama menjadi syarikat komersial iaitu 2019 tetapi telah mencatat keuntungan setiap tahun sejak 2020.

Katanya, propaganda BN dan PN kononnya Invoke mengalami kerugian hanyalah kerana mereka tidak faham membaca penyata kewangan yang penuh.

"Keuntungan Invoke mengikut tahun: tahun kewangan 2020 (RM507,000), tahun kewangan 2021 (RM653,000) dan jangkaan keuntungan tahun kewangan 2022 (RM1.5 juta).

"Di kalangan syarikat pemula dan syarikat teknologi di seluruh dunia, keupayaan menjana keuntungan dari mula adalah satu prestasi yang baik kerana lebih 90 peratus syarikat pemula tidak pun menjana keuntungan selepas lima tahun beroperasi.

"Terbitan saham terakhir Invoke dalam 2022 adalah pada nilaian RM75 juta. Nilaian ini sebenarnya lebih rendah dari nilaian rasmi yang dibuat oleh Craddle, sebuah agensi rasmi kerajaan yang meletakkan nilaian Invoke pada harga RM105 juta," katanya.

Sumber : Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2022/11/umur-30-tahun-simpanan-tunai-lebih-rm2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rebut Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai Lebih Rm2 Juta Dengan Wheel Yoo Win

Rebut Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai Lebih Rm2 Juta Dengan Wheel Yoo Win

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum Haa baca tajuk pun dah teruja kan sebab hadiah yang banyak tu Sape je tak suka join contest atau kempen menang hadiah ni Korang pengguna Yoodo Meh baca sampai habis post kali ni Yang belum tukar telco sila lah tukar Yang mas...
Ericsson 32 Juta Konsumen Indonesia Mau Pindah Ke Layanan 5g Tahun Depan

Ericsson 32 Juta Konsumen Indonesia Mau Pindah Ke Layanan 5g Tahun Depan

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 260 hits
Kehadiran layanan 5G di beberapa kota di Indonesia disebut menjadi pemicu masyarakat ingin beralih ke layanan teknologi terbaru itu Anggapan ini setidaknya berdasarkan dari laporan Ericsson ConsumerLab yang mewawancarai 49 000 konsumen di 3...
11 Fakta Tentang Rishi Sunak Pm Uk Berusia 42 Tahun Dan Lebih Kaya Daripada Raja Charles Iii

11 Fakta Tentang Rishi Sunak Pm Uk Berusia 42 Tahun Dan Lebih Kaya Daripada Raja Charles Iii

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 172 hits
Rishi Sunak telah diuar uarkan sebagai Perdana Menteri UK ke 57 selepas pertemuannya dengan Raja Charles III Ini selepas Liz Truss meletakkan jawatan hanya selepas 44 hari memegang jawatan sebagai PM Britain Para pemimpin dunia seperti PM I...
Tak Perasan Pv Blog Dah Cecah Lebih 45 Juta

Tak Perasan Pv Blog Dah Cecah Lebih 45 Juta

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 189 hits
Baca GAMBAR LOKASI Tak Perasan PV Blog Dah Cecah Lebih 45 Juta Blog dan saya masih lagi seiringan Anda bagaimana Masih lagi bergelar blogger Malaysia Tapi saya independent blogger tak join mana mana group Namun saya masih baca buat blogwalk...
Sajat Lelong Banglo Rm7 Juta Diskaun Hujung Tahun

Sajat Lelong Banglo Rm7 Juta Diskaun Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 129 hits
PETALING JAYA Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menawarkan harga baharu banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara pada harga RM7 juta
Umi Sleep Lah Rest Baru Tiga Tahun Lebih Shakilla Khoriri Sebak Bangga Anak Prihatin

Umi Sleep Lah Rest Baru Tiga Tahun Lebih Shakilla Khoriri Sebak Bangga Anak Prihatin

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 155 hits
Sebolehnya kita mahu untuk sihat semuanya demi menguruskan anak kecil kita yang perlukan penjagaan rapi Namun beruntungnya bagi pelakon Shakilla Khoriri yang dimanjakan anak kecilnya Ameena Sofia ketika tidak sihat Walau baru berusia berusi...
Rafizi Isytihar Harta Aset Bersih Hampir Rm19 Juta

Rafizi Isytihar Harta Aset Bersih Hampir Rm19 Juta

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 186 hits
Malaysiakini Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18 85 juta Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian Ke...
Penjelasan Rafizi Tentang Pengisytiharan Aset Rm18 Juta Miliknya

Penjelasan Rafizi Tentang Pengisytiharan Aset Rm18 Juta Miliknya

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 131 hits
Saya baru isytiharkan harta Kecoh budak budak UMNO PAS BERSATU persoalkan macam mana aset bersih saya bernilai RM18 juta RM16 juta itu saham dan pelaburan saya dalam startup yang saya tubuhkan iaitu INVOKE Solutions Sdn Bhd Saya memang tung...
Rafizi Dakwa Tuan Ibrahim Gagal Jawab Isu Sungai Langat 2 Bernilai Rm2 Bilion

Rafizi Dakwa Tuan Ibrahim Gagal Jawab Isu Sungai Langat 2 Bernilai Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 156 hits
nbsp PETALING JAYA PKR menempelak Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man gagal menjawab isu yang dibangkitkan berhubung penganugerahan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion Timbalan Presi...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap