Rafizi Naik Angin Bila Di Tanya Tentang Invoke Kenapa



Rafizi Ramli kelihatan naik angin hari ini terhadap MalaysiaNow sambil membidas pengkritik yang menimbulkan persoalan mengenai syarikat berkait PKR, Invoke, ketika timbalan presiden PKR itu sekali lagi dilontar beberapa soalan mengenai butiran pengisytiharan asetnya yang menunjukkan lonjakan RM17 juta.
Rafizi, yang sebelum ini berkata beliau adalah seorang jutawan pada usia 30 tahun, ditanya mengapa pada 2017 beliau merayu derma daripada orang ramai dalam usaha mempertahankan dirinya terhadap saman fitnah National Feedlot Corporation (NFC).
Rafizi kemudian menuduh media tersebut sebagai jurucakap kepada pengkritiknya, termasuk Mohamed Azmin Ali, bekas pendahulunya yang mengalahkan beliau ketika pemilihan parti bagi jawatan timbalan presiden PKR.
"Oh patutlah, ini (media) lidah rasmi Azmin Ali. Maaf saya tidak akan layan (soalan ini). Tidak mengapa, apa sahaja yang perlu saya sampaikan saya akan letak di blog (saya) dan platform lain, anda boleh Google dan ambil dari sana," katanya.
Rafizi, yang membuat sidang media mengenai isu salah guna kuasa dalam pemberian kontrak RM2 bilion oleh kerajaan hari ini dilapor turut menuduh media tersebut  sebagai “lidah rasmi Latiff Ahmad", merujuk kepada Dr Abdul Latiff Ahmad dari Bersatu yang mengkritik pemimpin PKR itu berhubung pengisytiharan aset terbarunya.
Beliau kemudiannya berulang kali meremehkan soalan wartawan, mengatakan bahawa dia tidak mahir dalam bidang kewangan.
"Sebab tu saya cakap balik dan cuba fahami kewangan sebab saya baru terangkan tadi tentang modal saham. Anda tak faham ke? Saya dah jawab soalan ketiga anda. Dapat tangkap?
"Apa sahaja wang tunai yang saya ada, telah dimasukkan ke dalam syarikat untuk membiayai pilihan raya umum dalam bentuk modal saham," katanya, merujuk kepada suntikan modal ke dalam Invoke, sebuah syarikat analisis data yang ditubuhkan untuk membantu PKR mengukur sokongan orang ramai sebelum dan sehinggalah pilihan raya umum pada 2018 diadakan.
Rafizi menjadi tumpuan ramai berikutan pengisytiharan asetnya di mana beliau menyenaraikan RM16.7 juta saham dalam Invoke sebagai sebahagian daripada sejumlah RM19.67 juta aset yang dimilikinya.
Latiff bersama bekas ahli Parlimen PKR Rashid Hasnon membangkitkan persoalan terhadap tindakan Rafizi yang menyenaraikan saham bernilai RM16.7 juta sebagai aset peribadi, mengingatkan beliau tiada seorang pun dalam kalangan kakitangan di Invoke diberi agihan saham walaupun lima tahun dahulu pernah berjanji untuk memberikan ganjaran kepada mereka.
Latiff turut mempersoalkan lonjakan nilai saham Invoke sedangkan syarikat itu mencatatkan kerugian dengan aset bersihnya pada -RM4.7 juta setakat Disember tahun lalu.
"Manakala dalam deklarasi yang baru dikeluarkan oleh Rafizi sehingga pada 31 Oktober 2022, nilainya melonjak kepada RM17 juta," katanya.
Ketika diminta menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, Rafizi membidas Latiff sebagai "bodoh", dan mengulangi tuduhannya bahawa bekas timbalan menteri itu mewujudkan “syarikat atas angin” untuk menerima RM200 juta dalam bentuk kontrak kerajaan.
"Dia buat syarikat RM2, RM10, RM100, itu sahaja duit dia masukkan, lepas tu dia gunakan kabel untuk dapatkan projek, jadi semua atas angin."
Rafizi berkata beliau tidak mahu "membuang masa" menjawab kenyataan Latiff yang tidak berhenti membangkitkan isu saham dalam Invoke.
"Kalau dia terus buat begini sebenarnya dia nampak lagi bodoh,” katanya.
Rafizi kemudiannya berkata beliau telah menyuntik modal sendiri ke dalam Invoke.
"Anda tidak boleh ambil balik (modal) itu. Anda mulakan syarikat, anda letak duit. Saya masukkan modal beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun, pada masa, saya fikir tahun 2017, saya telah meletakkan sekitar RM1 juta. Ini menjadi modal saham.
"Untung atau rugi adalah hasil daripada aktiviti operasi syarikat. Kedua-dua perkara ini berbeza,” jelasnya.
Sementara itu, Rafizi turut mengenepikan persoalan mengapa Invoke tidak memperuntukkan saham kepada kakitangannya yang pernah dikatakan sebagai mereka yang turut "membina syarikat", sebaliknya seorang taikun perniagaan dan rakan ahli Parlimen PKR dijadikan pemegang saham terbesar dalam Invoke.
“Memang menghairankan, kenapa orang ramai minat terhadap benda-benda kecil macam ini. Tetapi saya rasa seluruh negara terhibur. Saya biasa sahaja. Ini adalah publisiti yang baik untuk Invoke dan ini juga peluang untuk mendidik orang ramai di luar sana bagaimana untuk menjalankan syarikat dan meningkatkan pelaburan."
Menjelaskan lebih lanjut, beliau mendakwa bahawa Invoke mempunyai modal saham lebih RM12 juta dalam tempoh dua tahun, menyebabkan pemegangan beliau sendiri berkurang kepada 73%.
"Jadi apa yang dibincangkan ketika itu, dan kakitangan pun maklum (tentang) perbincangan tersebut, jika kami keluarkan saham secara percuma kepada kakitangan, ia akan membawa kesan kepada untung dan rugi."
Selepas penjelasan panjang lebar mengenai kaedah meningkatkan pelaburan dan peruntukan saham, Rafizi kemudiannya membuat kesimpulan bahawa kebanyakan orang yang hadir pada sidang media itu "tidak memahami apa-apa mengenai perkara ini".
"Saya rasa sebahagian besar daripada anda juga tidak memahaminya. Jadi apa yang saya cadangkan, jika anda ingin memahami bagaimana jenis-jenis saham berfungsi dan hal yang berkait dengannya, balik dan baca tentang unit stok terhad (RSU), tentang jenis-jenis saham, tentang bagaimana apabila anda mengeluarkan RSU ia akan menjejaskan untung dan rugi, dan jika ia menjejaskan untung rugi, bagaimana ia akan menjejaskan penilaian dan apa yang jadi jika syarikat disenaraikan di bursa, bagaimana ia akan memberi kesan dalam semua hal,” katanya lapor MalaysiaNow pic.twitter.com/HSEnMDjWbk
— Raja Petra Bin Raja Kamarudin (@RajaPetra) November 9, 2022

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/rafizi-naik-angin-bila-di-tanya-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ge15 Explain Profit Made From Invoke Rashid Tells Rafizi

Ge15 Explain Profit Made From Invoke Rashid Tells Rafizi

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 134 hits
PKR deputy president owns millions in shares of non profit organisation notes Batu Pahat incumbent Batu Pahat incumbent MP Datuk Mohd Rashid Hasnon has hit back at PKR deputy president Rafizi Ramli over the share ownership of Invoke Solutio...
Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 251 hits
November 1 2022 Mutakhir ini berlegar khabar angin wujudnya perancangan sulit melibatkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membentuk kerajaan bersama selepas PRU15 PETALING JAYA Rafizi Ramli berkata beliau akan menjadi indivi...
Pejabat Rafizi Invoke Diserbu Sprm Hmmmmm

Pejabat Rafizi Invoke Diserbu Sprm Hmmmmm

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 155 hits
Syarikat data Invoke Solutions Sdn Bhd yang diasaskan Rafizi Ramli diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malam tadi dakwa timbalan presiden PKR itu Tindakan itu mengundang persoalan Rafizi kerana beliau mendakwa SPRM tidak menyiasa...
Invoke Staff Will Get Shares When Company Is Listed Says Rafizi

Invoke Staff Will Get Shares When Company Is Listed Says Rafizi

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 166 hits
PKR deputy president Rafizi Ramli said young staff members at Invoke had helped increase the company s value to tens of millions in two years PETALING JAYA Invoke staff will be given shares when the company is listed on the stock exchange i...
Rafizi Second Raid On Invoke By Macc Today Customs Dept Later

Rafizi Second Raid On Invoke By Macc Today Customs Dept Later

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 179 hits
The MACC has conducted a second raid this morning on Invoke Solutions Sdn Bhd a company founded by PKR deputy president Rafizi Ramli while the Customs Department has also sent notice that it will do the same Speaking at a press conference i...
Penjelasan Rafizi Tentang Pengisytiharan Aset Rm18 Juta Miliknya

Penjelasan Rafizi Tentang Pengisytiharan Aset Rm18 Juta Miliknya

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 85 hits
Saya baru isytiharkan harta Kecoh budak budak UMNO PAS BERSATU persoalkan macam mana aset bersih saya bernilai RM18 juta RM16 juta itu saham dan pelaburan saya dalam startup yang saya tubuhkan iaitu INVOKE Solutions Sdn Bhd Saya memang tung...
Dah Tak Tahan Sangat Tindakan Amber Heard Tepi Jalan Buat Jiran Jiran Naik Ang1n

Dah Tak Tahan Sangat Tindakan Amber Heard Tepi Jalan Buat Jiran Jiran Naik Ang1n

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 143 hits
SUDAH tidak tahan digelar sebagai penipu pelakon Amber Heard akhirnya membuat keputusan berpindah ke Sepanyol demi mencari ketenangan
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih