Penjelasan Mengenai Mahram Sementara



SOALAN:
Apakah yang dimaksudkan dengan mahram sementara dan apakah implikasi hukum bagi yang berada dalam kategori ini?

JAWAPAN:
Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Antaranya kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:

Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
Manakala dari sudut istilah para fuqaha’ mahram bermaksud: “Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.” [Rujuk Kaasyifah al-Saja, Nawawi bin ‘Umar (Hlm. 114)]

Dalam menghuraikan makna-makna ayat dalam pendefinisian di atas, kami perincikan ia seperti berikut:

Pada perkataan ‘dalam bentuk al-ta’bid’ membawa maksud: Ia tidak termasuk adik beradik perempuan kepada isteri. Begitu juga ibu saudara isteri dari sebelah ayah dan juga ibu saudara isteri dari sebelah ibu. Ini kerana pengharaman mereka itu dari sudut apabila dihimpunkan bersama sahaja (iaitu berkahwin dalam masa yang sama antara isteri dan ibu-ibu saudara mereka atau adik beradik perempuan mereka).

Manakala perkataan ‘bukan kerana kemuliaannya’ merujuk kepada isteri-isteri Nabi SAW. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan kemuliaan mereka. Mereka diharamkan kepada keseluruhan umat dan juga ke atas para Nabi juga.

Dan perkataan ‘bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’ adalah seperti wanita Majusi, ataupun wanita yang murtad. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan penghalang yang boleh hilang. Maka boleh menjadi halal pada waktu yang lain (seperti apabila mereka memeluk Islam).

Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah SWT:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Al-Nisa’ (23)]

Imam Al-Mawardi Rahimahullah menukilkan kata-kata Imam Al-Syafi’e yang menyebut:

أَصْلُ مَا يَحْرُمُ بِهِ النِّسَاءُ ضَرْبَانِ أَحَدُهُمَا بأنسابٍ، وَالْآخَرُ بأسبابٍ مِنْ حَادِثِ نكاحٍ أَوْ رضاعٍ
“Asal perkara yang menjadikan seorang wanita itu mahram adalah dua bahagian. Pertamanya adalah ansab (nasab keturunan) dan berikutnya adalah asbab (sebab-sebab), iaitu daripada pernikahan atau susuan.” [Rujuk Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]

Kemudian Imam Al-Mawardi menghuraikannya dengan lebih lanjut melalui katanya: “Wanita yang mahram itu ada dua kategori. Pertamanya, bahagian yang mana individu ini haram selamanya. Manakala bahagian yang lain adalah haram untuk dihimpunkan (dalam satu masa yang sama sahaja). Dan bahagian yang individunya menjadi mahram selamanya ada dua bahagian iaitu melalui nasab serta asbab (perkahwinan dan susuan).” [Rujuk Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]

Implikasi mahram dalam kategori nasab dan juga asbab (perkahwinan dan susuan) ini adalah seperti berikut :

Haram berkahwin dengannya.Boleh bersalaman dengannya.Boleh bersendirian (berkhalwat) bersamanya.
Justeru, berdasarkan kepada persoalan yang dikemukakan di atas, kami mengatakan bahawa sekiranya seorang lelaki itu berkahwin dengan seorang perempuan, maka seluruh adik beradik perempuan bagi isterinya itu, sama ada adik ipar atau kakak ipar, adalah bukan mahram bagi lelaki tersebut. Ini membawa maksud, kakak ipar atau adik ipar perempuan adalah wanita-wanita yang termasuk dalam kategori haram (untuk dikahwini) secara muaqqat (berwaktu).

Dalam makna lain, mereka ini hanyalah haram untuk dikahwini kerana larangan yang terdapat di dalam firman Allah SWT:

وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ
“Dan (janganlah) kamu menghimpunkan antara dua beradik perempuan (dalam tempoh perkahwinan yang sama).” [Surah Al-Nisa’ (23)]

Maka sekiranya isteri yang dikahwini tersebut meninggal dunia, maka adik beradik perempuannya tidak haram untuk dinikahi. Inilah yang disebutkan sebagai haram muaqqat (berwaktu).

Demikian juga keadaannya dengan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki. Maka seluruh adik beradik lelaki suaminya itu sama ada abang ipar atau adik iparnya adalah haram muaqqat (sementara) bagi dirinya untuk dikahwini.

Antara golongan yang termasuk dalam kategori ini selain dari adik beradik lelaki bagi suami atau adik beradik perempuan bagi isteri adalah bapa saudara suami atau ibu saudara isteri, sama ada dari sebelah ayah atau ibu mereka. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يُجْمَعُ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَعَمَّتِهَا وَلاَ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَخَالَتِهَا
“Tidak boleh untuk dihimpunkan (dalam satu masa yang sama) antara seorang perempuan dengan ibu saudaranya (dari sebelah ayah) dan begitu juga dengan ibu saudaranya (dari sebelah ibu).” [Riwayat Al-Nasaie (3288)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa pada asasnya tidak terdapat istilah mahram sementara, melainkan mahram itu hanyalah disebabkan tiga faktor iaitu nasab, susuan, atau musaharah yang mana implikasi dari hal ini menjadikan mereka itu mahram buat selamanya yang membawa kesan haram berkahwin dengan mahram, halal bersentuhan kulit, serta boleh untuk berduaan dengan mereka yang bergelar mahram tersebut.

Akan tetapi yang terdapat hanyalah pengharaman dalam tempoh tertentu (sementara) atau disebut juga sebagai haram muaqqat dari sudut tidak boleh berkahwin dengan individu yang berada dalam kategori ini untuk tempoh yang tertentu sahaja.

Maka implikasinya, dalam berhadapan dalam golongan kategori haram muaqqat ini, seseorang itu perlulah memelihara batasan aurat sama seperti bukan mahram yang lain. Tidak boleh berkhalwat (bersendirian dalam keadaan berdua) dengan mereka, tidak boleh bersentuhan kulit, dan juga boleh berkahwin dengan mereka sekiranya sudah tiada atau hilangnya sebab yang menghalang.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/penjelasan-mengenai-mahram-sementara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usdx Vs Eur Usd Vs Gbp Usd Vs Usd Jpy H4 Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Pergerakan Untuk Analisis Apls

Usdx Vs Eur Usd Vs Gbp Usd Vs Usd Jpy H4 Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Pergerakan Untuk Analisis Apls

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 313 hits
Apa yang akan berlaku kepada mata Wang Utama minggu ini Berikut adalah analisis komprehensif mengenai pilihan pergerakan H4 USDX EUR USD GBP USD dan USD JPY untuk 19 November 2019 pada skala bercabang operasi Minuette Indeks dolar AmerikaBe...
Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng Laksa

Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng Laksa

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 533 hits
premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia SHAH ALAM Dapur pusat bagi premis makanan Ah Cheng sudah menerima sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bagaimanapun Bahagian Hab Halal Jakim m...
7 Mitos Mengenai Kacang Soya

7 Mitos Mengenai Kacang Soya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 969 hits
Kali ini SisYat kongsikan tentang 7 Mitos Vs Fakta mengenai kacang soya yang patut anda tahu Bukan semua kacang soya mempunyai kesan yang tidak baik Yang penting sebagai pengguna anda harus pandai memilih produk kacang soya yang terbaik 1 M...
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Funko Pop

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Funko Pop

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 746 hits
Baik sebelum anda mula menjadi seorang pengumpul Funko Pop uncle nak kongsi dengan korang apa perkara yang anda perlu tahu mengenai Funko Pop Harap info ini membantu anda sebelum anda mula collect Funko Pop Harga Funko Pop Harga satu kotak ...
Kisah Benar Terbaru Mengenai Rosmah Dan Najib Didedahkan Oleh Anak Kandung Rosmah Sendiri Yang Agak Sadis Ngeri

Kisah Benar Terbaru Mengenai Rosmah Dan Najib Didedahkan Oleh Anak Kandung Rosmah Sendiri Yang Agak Sadis Ngeri

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 385 hits
Well what can I say I m very happy with Pakatan Harapan won and Tun Mahathir become our Prime Minister for the second time with another different party What happen in Sabah makes me feel a little bit sad for Sabahan They don t deserve it at...
Kerajaan Akan Tampil Dengan Naratif Baharu Mengenai Islam

Kerajaan Akan Tampil Dengan Naratif Baharu Mengenai Islam

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mempertahankan prestasi kerajaan mengenai pelbagai isu berbangkit yang menjadi pertikaian dan memberi kesan kepada Islam Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 283 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Penjelasan Dinas Pariwisata Soal Anggaran Influencer Rp5 Miliar Yang Akhirnya Dicoret

Penjelasan Dinas Pariwisata Soal Anggaran Influencer Rp5 Miliar Yang Akhirnya Dicoret

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 235 hits
Usulan rancangan anggaran DKI Jakarta 2020 tengah mendapat sorotan tajam Bukan hanya soal usulan anggaran belanja yang tak masuk akal tapi juga pos anggaran lain Salah satunya terkait anggaran sebesar Rp5 miliar untuk honor lima influencer ...
Penjelasan Anies Soal Pembagian 3 Zona Car Free Day

Penjelasan Anies Soal Pembagian 3 Zona Car Free Day

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 257 hits
Mulai Minggu ini pedagang kaki lima dilarang berjualan di beberapa lokasi Car Free Day Pemerintah Provinsi DKI Jakarta membagi beberapa zona dalam CFD
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport