Penjelasan Bila Terbersin Ketika Solat Adakah Perlu Ucapkan Alhamdulillah



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sebelum kami menjawab persoalan di atas, suka untuk kami sebutkan di sini mengenai sunnah-sunnah serta adab-adab yang diajarkan oleh Islam ketika seseorang itu bersin. Antara yang disebutkan oleh para ulama di dalam kitab-kitab fiqh mereka atau selainnya, kami nukilkan seperti berikut:
Disunatkan bagi orang yang bersin, setelah selesai bersinnya itu mengucapkan hamdalah (Alhamdulillah). Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏
Maksudnya: Sekiranya salah seorang dari kalian telah bersin, maka ucapkanlah: “Alhamdulillah”.
Riwayat al-Bukhari (6224) & Abu Daud (5033)
Bagi mereka yang mendengar ungkapan hamdalah dari orang yang bersin disunatkan untuk menjawapnya dengan lafaz: يَرْحَمُكَ اللَّهُ. Perbuatan ini dinamakan dengan tashmit ( تَشْمِيتٌ ). Tashmit bermakna mendoakan dengan kebaikan dan juga barakah. Ianya juga berdasarkan sambungan dari hadis yang telah disebutkan sebelum ini iaitu:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏.‏ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّ
Maksudnya: Sekiranya salah seorang dari kalian telah bersin, maka ucapkanlah: “Alhamdulillah” (Segala puji hanya bagi Allah) dan bagi mereka yang mendengarnya (hamdalah tersebut), maka ucapkanlah: “Yarhamukallah” (Semoga Allah merahmatimu).
Riwayat al-Bukhari (6224) & Abu Daud (5033)
Kemudiannya, bagi orang yang bersin tersebut, setelah mendengar ungkapan tashmit ( يَرْحَمُكَ اللَّه ), maka disunatkan untuk menjawab kembali tashmit tersebut dengan ungkapan: يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏.‏ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Maksudnya: Sekiranya salah seorang dari kalian telah bersin, maka ucapkanlah: “Alhamdulillah” (Segala puji hanya bagi Allah) dan bagi mereka yang mendengarnya (hamdalah tersebut), maka ucapkanlah: “Yarhamukallah” (Semoga Allah merahmatimu). Sekiranya disebutkan kepadanya: “Yarhamukallah” (Semoga Allah merahmatimu), maka ucapkanlah (sebagai balas): “Yahdikumullah wa yuslih balakum” (Semoga Allah memberikan petunjuk hidayah dan memperbaiki urusan kalian”.
Riwayat al-Bukhari (6224) & Abu Daud (5033)
Sekiranya seseorang muslim itu terlupa untuk mengucapkan hamdalah selepas bersin, digalakkan bagi orang yang melihatnya untuk mengucapkan hamdalah agar orang yang bersin tadi dapat mengucapkan hamdalah (setelah tersedar yang dirinya belum mengucapkan hamdalah) untuk dia mengucapkan tashmit.
Sekiranya seseorang muslim itu bersin dan tidak mengucapkan hamdalah, maka tidak disunatkan untuk orang lain mengucapkan tashmit. Ini berdasarkan sebuah hadis marfu’ daripada Abu Burda:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتُوهُ فَإِنْ لَمْ يَحْمَدِ اللَّهَ فَلاَ تُشَمِّتُوهُ
Maksudnya: Jika seseorang dari kalian bersin, maka pujilah Allah dan kemudian bertashmitlah (bagi yang mendengar ungkapan hamdalah). Jika tidak memuji Allah (mengucapkan hamdalah) maka janganlah bertashmit untuknya.
Riwayat Muslim (2992)
Bersin Ketika Sedang Solat
Sekiranya seorang yang sedang solat (fardu atau sunat) lalu terbersin, adakah boleh bagi dirinya untuk mengucapkan hamdalah?
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa bagi seseorang yang sedang solat, kemudian terbersin maka disunatkan untuk mengucapkan hamdalah dan ucapan tersebut hanya didengari oleh dirinya sendiri dan itulah mazhab Syafi’e.[1]
Al-Imam al-Zarkashi Rahimahullah pula menyebutkan bahawa bagi mereka yang bersin ketika sedang solat maka hendaklah digerakkan lidahnya bagi menyebut hamdalah dan didengari oleh dirinya adapun al-Imam al-Ghazali Rahimahullah secara jelas di dalam al-Ihya’ mengatakan perlu mengucapkan hamdalah di dalam hati tanpa menggerakkan lidah.[2]
Adapun untuk mengucapkan tashmit di dalam solat, maka ianya tidak dibenarkan dan boleh membatalkan solat.[3] Ini kerana ungkapan tashmit ( يَرْحَمُكَ اللَّه ) di kira sebagai satu perbualan adami[4]. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW pernah berkata kepada Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami RA selepas selesai solat:
إِنَّ هَذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيهَا شَىْءٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
Maksudnya: Sesungguhnya solat ini bukanlah padanya tempat untuk berbual dengan perbualan manusia bahkan ianya adalah tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.
Riwayat Muslim (537)
Ini kerana sebelum itu di dalam solat, Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami RA telah mengucapkan tashmit dan Nabi SAW menegurnya selepas solat akan perbuatannya itu melalui hadis di atas. Meskipun pada asalnya batal solat Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami RA (kerana berkata-kata) namun Nabi SAW tidak menyuruh untuk mengulangi solatnya kerana pada waktu itu, Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami RA baru sahaja memeluk Islam.[5]
Kesimpulan
Bagi isu ini, bagi mereka yang bersin ketika sedang bersolat maka disunatkan untuk mengucapkan hamdalah namun bagi yang mendengarnya tidak dibolehkan untuk mengucapkan tashmit kerana ianya boleh membatalkan solat.
Adapun mengucapkan hamdalah tersebut, perlulah diucapkan dengar perlahan sekadar didengari oleh dirinya sendiri agar tidak menganggu jemaah solat yang lain. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
Semoga apa yang suda kita baca kita dapat amal serta dapat sampaikan kepada orang lain,InshaAllah.
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
The post Penjelasan Bila Terbersin Ketika Solat Adakah Perlu Ucapkan Alhamdulillah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/penjelasan-bila-terbersin-ketika-solat-adakah-perlu-ucapkan-alhamdulillah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Susu Kambing Sesuai Diberikan Kepada Bayi Baru Lahir Ikuti Penjelasan Doktor Ini

Adakah Susu Kambing Sesuai Diberikan Kepada Bayi Baru Lahir Ikuti Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 339 hits
Kambing adalah sejenis haiwan berkaki empat yang mempunyai pelbagai khasiat Selain mempunyai pelbagai khasiat dagingnya juga amat sedap dinikmati dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri Bagi orang islam kambing juga adalah salah satu mak...
Haiwan Berbisa Melintas Ketika Sedang Solat

Haiwan Berbisa Melintas Ketika Sedang Solat

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 468 hits
SOALAN Ketika sedang solat fardhu tiba tiba melintas binatang berbisa seperti kala jengking atau lipan di depan kita Apakah harus kita berhenti dari solat atau bagaimana JAWAPAN Jika seorang sedang solat kemudian datang haiwan yang berbisa ...
Apa Perlu Buat Jika Menguap Ketika Solat

Apa Perlu Buat Jika Menguap Ketika Solat

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 1426 hits
Assalamualaikum Ada orang yang tiap kali solat mesti menguap Ianya jadi macam tabiat Start solat je sampai habis solat entah berapa kali menguap Sah ke solatnya kalau menguap ketika solat Menguap ketika solat hukumnya makruh Jadi apa yang p...
Solat Sunat Wuduk

Solat Sunat Wuduk

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 770 hits
Bagaimana cara melakukan Solat Sunat Wuduk Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat wuduk secara lengkap mudah dan boleh difahami oleh semua orang Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai Jika anda memerlukan ...
Hikmah Amal Surah At Taubah Dibaca 7 Kali Lepas Solat Fardhu

Hikmah Amal Surah At Taubah Dibaca 7 Kali Lepas Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 375 hits
Hikmah Amal Surah At Taubah Dibaca 7 Kali Lepas Solat Fardhu Surah At Taubah terdiri daripada 129 ayat termasuk golongan surah surah Madaniyyah Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali ...
Sungguh Ramai Lebih 12 000 Murid Pesantren Dirikan Solat Minta Hujan

Sungguh Ramai Lebih 12 000 Murid Pesantren Dirikan Solat Minta Hujan

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 279 hits
JAWA TIMUR Sekurang kurangnya 12 000 pelajar dari Pondok Pesantren Sunan Drajat Paciran Kabupaten Lamongan Jawa Timur bersama Madrasah Kader Nahdlatul Ulama dan Ikatan Sarjana Nahdlatul Ulama Jawa Timur mendirikan solat sunat Istisqa m
Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih Doa Selepas Solat

Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih Doa Selepas Solat

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 978 hits
Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda Doa selepas solat tarawih juga turut disediakan untuk membantu anda mengerjakan ibadah tarawih dengan lebih sempur...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Autoimmune Disease


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord