Adakah Susu Kambing Sesuai Diberikan Kepada Bayi Baru Lahir Ikuti Penjelasan Doktor Ini


Kambing adalah sejenis haiwan berkaki empat yang mempunyai pelbagai khasiat. Selain mempunyai pelbagai khasiat, dagingnya juga amat sedap dinikmati dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Bagi orang islam, kambing juga adalah salah satu makanan sunnah. Setiap bahagian yang terdapat pada kambing mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Lazimnya, susu yang banyak dijual di pasaran ialah susu lembu. Tidak dinafikan bahawa susu lembu amat sedap untuk dinikmati. Namun hanya segelintir daripada kita sahaja yang pastinya tidak tahu akan khasiat yang terkandung dalam susu kambing. Susu kambing ini agak sukar untuk didapati kerana tidak ramai penggemarnya berbanding susu lembu. Bagi kaum ibu yang baru melahirkan anak pula, pasti ada yang tidak mampu mengeluarkan susu badan sendiri.
Justeru daripada itu, pasti ramai yang memilih untuk menggunakan susu kambing untuk diberikan kepada anak mereka kerana beranggapan bahawa susu kambing ini sangat bagus diberi kepada bayi mereka. Namun begitu, tahukah anda bahawa, susu kambing ini tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel mengenai isu ini seperti yang telah dikongsikan oleh HelloDoktor ini:
Jika anda seorang ibu dan berdepan dengan masalah untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan, mungkin anda pernah dicadangkan atau mendengar mengenai saranan untuk memberikan bayi anda susu kambing. Tetapi, sesuaikah susu kambing untuk bayi? Ikuti perkongsian artikel berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Susu kambing sememangnya mengandungi khasiat yang baik untuk badan manusia dan bagi individu yang beragama Islam, memberi anak meminum susu kambing adalah dikatakan mengikut sunnah Nabi. Berikut adalah beberapa kebaikan susu kambing yang baik untuk kesihatan badan, antaranya:
Sistem penghadaman Susu yang dihasilkan daripada kambing berbeza dari segi kandungan proteinnya berbanding susu lembu. Susu daripada kambing mengandungi kandungan kasein yang lebih rendah, menjadikan kadar proteinnya lebih tinggi.
Kadar kasein kepada protein yang lebih rendah ini membantu untuk memudahkan penghadaman berbanding susu lembu yang mempunyai kadar kasein kepada protein yang lebih tinggi. Ini kerana ia membawa kepada pembentukan globul lemak yang lebih kecil dan juga pembentukan dadih (curd) yang lebih lembut.
Alahan Keadaan intolerans laktosa adalah disebabkan oleh kekurangan enzim lactase dalam badan seseorang itu. Enzim ini berfungsi untuk menghadam gula utama dalam susu iaitu laktosa. Apabila seorang penghidap intoleransi laktosa (alahan susu) mengambil susu, laktosa yang tidak dihidrolisis ini akan ditapai oleh bakteria-bakteria yang terdapat di dalam usus besar.
Proses penapaian ini akan menyebabkan pembentukan gas dan juga pelepasan asid lemak bebas. Tindakan tersebut akan mengakibatkan simptom-simptom seperti kembung perut, cirit-birit, ketidakselesaan perut dan juga kerap membuang angin. Oleh yang demikian, ia dikaitkan dengan masalah intoleransi laktosa yang lebih rendah. Susu yang diperoleh daripada kambing mengandungi laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu.
Kandungan mineral dan vitamin Secara keseluruhan, kandungan mineral dan juga vitamin yang terdapat dalam susu kambing adalah lebih tinggi daripada kandungan mineral dan vitamin yang terdapat dalam susu badan manusia. Susu badan manusia hanya mengandungi satu per empat hingga satu per enam sahaja daripada kandungan kalsium dan magnesium yang terdapat dalam susu yang dihasilkan oleh kambing.
Dari sudut vitamin dan zat-zat lain, susu daripada kambing mengandungi jumlah iodin yang lebih tinggi berbanding susu manusia. Ia juga membekalkan vitamin A dan niacin yang mencukupi, di samping vitamin-vitamin baik yang lain seperti thiamin, riboflavin dan juga asid pantotenik.
Namun, bagaimana pula dari aspek kesesuaian mengikut faktor usia bayi, adakah susu kambing sesuai diberikan kepada bayi baru lahir?
Tidak disarankan Walaupun susu kambing mungkin menawarkan kebaikan dan manfaat yang diperlukan oleh badan, namun menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), susu kambing adalah tidak disarankan untuk diberikan kepada bayi di bawah usia 1 tahun. Ini adalah kerana sumber nutrisi yang terkandung di dalam susu kambing tidak menepati keperluan dan nutrisi yang diperlukan bayi untuk proses tumbesaran.
Sebaiknya, jika anda tidak dapat menyusukan bayi secara eksklusif, mungkin disebabkan faktor masalah kesihatan, anda disyorkan untuk menggunakan susu formula lembu yang diperkayakan dengan zat besi bagi menggantikan susu ibu.
Sekiranya bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi dengan susu lembu, anda perlu berjumpa dengan doktor mahupun pakar pemakanan kanak-kanak untuk berbincang mengenai susu yang sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.
Namun, sekiranya anda masih memilih untuk memberikan susu kambing kepada anak anda setelah usianya melebihi setahun, anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa memastikan anak anda mendapat nutrisi penting lain yang diperlukan daripada pengambilan makanan lain yang tinggi dengan kandungan folat seperti sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan bijirin tinggi kandungan asid folik.
Apa pun susu yang ingin anda berikan, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai kesesuaian bayi dengan susu tersebut serta sama ada susu itu memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental bayi anda.
Sumber: HelloDoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/06/adakah-susu-kambing-sesuai-diberikan-kepada-bayi-baru-lahir-ikuti-penjelasan-doktor-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda Bahawa Susu Kambing Tidak Sesuai Diberikan Kepada Bayi

Tahukah Anda Bahawa Susu Kambing Tidak Sesuai Diberikan Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 287 hits
Kambing adalah sejenis haiwan berkaki empat yang mempunyai pelbagai khasiat Selain mempunyai pelbagai khasiat dagingnya juga amat sedap dinikmati dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri Bagi orang islam kambing juga adalah salah satu mak...
Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh Mudah Jaga Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh Mudah Jaga Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 751 hits
Mengkhatankan anak pada usia masih bayi banyak kelebihannya Lebih lebih lagi pada usia 7 hari selepas dilahirkan Selain sunah prosesnya lebih mudah dan cepat sembuh Perkongsian bapa ini boleh dijadikan panduan Mohd Yazid Ismail berkongsi pe...
Tips Merawat Bayi Baru Lahir Untuk Pasangan Muda

Tips Merawat Bayi Baru Lahir Untuk Pasangan Muda

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 729 hits
Hadirnya buah hati tak hanya menguras emosi dan tenaga namun dapat menimbulkan kecemasan untuk orang tua baru Banyak dari mereka Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Dah Ada Mak Ayah Baru Seminggu Bernikah Caption Terakhir Doktor Ini Undang Sebak

Dah Ada Mak Ayah Baru Seminggu Bernikah Caption Terakhir Doktor Ini Undang Sebak

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 492 hits
Dah Ada Mak Ayah Baru Seminggu Bernikah Caption Terakhir Doktor Ini Undang Sebak Tidak dapat dibayangkan perasaan kehilangan seseorang yang disayangi dalam sekelip mata akibat kemalangan jalan raya Lebih perit lagi apabila baru sahaja mendi...
Seawal Lahir Selalu Main Mata Dengan Bayi Buat Dia Cepat Cam Ibu Ayahnya

Seawal Lahir Selalu Main Mata Dengan Bayi Buat Dia Cepat Cam Ibu Ayahnya

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 520 hits
Apabila buat pertama kalinya bayi membuka mata dan memandang ke arah anda ia adalah momen yang terindah dalam hidup anda Sesungguhnya penglihatan bayi memerlukan tempoh masa untuk berkembang dengan sempurna Dengan memahami perkembangan peng...
Ibu Penagih Dadah Tergamak Suntik Heroin Bunuh Bayi Sendiri Baru Dilahirkan

Ibu Penagih Dadah Tergamak Suntik Heroin Bunuh Bayi Sendiri Baru Dilahirkan

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 384 hits
Seorang bayi yang baru lahir telah ditemui mati di dalam sebuah treler oleh pihak polis dalam satu kejadian yang berlaku di New Mexico 17 Ogos lepas Menurut laporan media mayat bayi yang ditemui dalam plastik sampah itu disyaki telah disunt...
Rezeki Bayi Ajaib Doktor Jadi Ibu Susuan Selepas Ibu Koma Semasa Mengandung

Rezeki Bayi Ajaib Doktor Jadi Ibu Susuan Selepas Ibu Koma Semasa Mengandung

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 499 hits
Atas rasa sifat keibuan seorang doktor mengambil keputusan untuk menjadi ibu susuan kepada bayi ajaib Farah Hanis Fairol Haziri yang tidak pernah merasa setitik air susu ibu selepas ibu kandung Kamareeah Arwae 36 koma sejak mengandung ketik...
Susu Boleh Maintain Jika Ibu Makan Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Menyusu

Susu Boleh Maintain Jika Ibu Makan Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Menyusu

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 676 hits
Ada ibu bertanya apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang Aisehmen ini boleh bikin ibu stres Bila stres makin b...
Baby Steps Bbs 3 Susu Tepung Kambing Untuk Anak Anda

Baby Steps Bbs 3 Susu Tepung Kambing Untuk Anak Anda

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum Hari ni Ayue nak share dengan anda apa yang bestnya tentang Baby Steps BBs 3 susu tepung yang dirumus untuk kanak kanak sebagai makanan tambahan nutrisi yang diperbuat daripada susu kambing Nutrisi sangat penting kepada kana...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025