Penjaja Baru Vs Penjaja Sedia Ada Vs Dbkl
Bulan Ramadhan kian hampir tiba.
Seperti biasa paling signifikan ada lah pasar buka puasa atau Pasar Ramadhan.
Semenjak era Covid, semua kebiasaan normal telah terbatal dan new normal telah menjadi amalan.
Akibat impak pandemik Covid telah muncul pula bersama nya bencana ekonomi.
Ramai rakyat menerima kesan nya , ramai juga telah di berhentikan kerja akibat banyak syarikat terkesan dengan nya.
Selain bertumpu menjadi pembawa makanan baik jenama Grab, Panda dan lain lain, berniaga ada lah opsyen untuk mereka2 yang mahu mencari nafkah.
Dalam pada itu mereka2 ini terpaksa bersaing pula dengan peniaga tradisi atau peniaga sedia ada.
Dari laporan dan sebaran yang kami baca atau sempat lihat, banyak juga aduan aduan dari peniaga dan penjaja sekitar KL yang kami lihat mengadu kepada Presiden Penjaja dan Peniaga KL ia itu Dato Seri Hj Rosli Sulaiman.
Bagus lah penjaja ada tempat mengadu, tambah lagi Dato Seri Hj Rosli ni Prihatin orang nya.
Dalam waktu yang sama juga , Penjaja dan Peniaga {P&P} jangan pula ambil kesempatan melanggar syarat2 berniaga sedia ada.
Mahu lah faham apa yang boleh apa yang tidak boleh.
DBKL sebuah badan yang akur undang undang,mereka ikut rule of law.
Tiada saman di buat sesuka hati , dan untuk faedah siapa DBkl keluar saman sesuka hati.
Dengan bertambah ramai nya P&P baru tentu makin kalam kabut situasi lokasi dan lojistik premis berniaga.
Dengan bertambah nya kelulusan lesen P&P dengar info sekitar 3000 lesen baru yang di luluskan oleh DBKL maka jelas lah DBKL bukan anti P&P seperti yang cuba di gambarkan.
Ya mungkin, saman yang di kenakan agak tinggi bagai yang kami tengok pada aduan yang ada di buat pada sidang Dato Seri Rosli oleh peniaga & penjaja, itu boleh di runding.
Apa yang penting ada lah kedua dua pihak P&P dan DBKL harus ada persefahaman.
Pihak Persatuan P&P juga harus menjadi jambatan pada hal hal ini., bukan sahaja pro P&P tapi juga pro undang2 baru lah harmoni semua nya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thechulan.blogspot.com/2021/04/penjaja-baru-vs-penjaja-sedia-ada-vs.html