Kemelut Penjaja Dan Dbkl Apa Jalan Penyelesaiannya



Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah lubuk emas bagi peniaga dan penjaja kecil.
Seperti yang sering dikatakan, cuma mak dengan bapak sahaja tidak dapat kita beli di Kuala Lumpur.
Juallah apa saja, pasti akan laris.
Kalau pucuk ubi, daun kesum atau bunga kantan yang terbiar dan bersepah-sepah di kampung, letakkan meja, pacakkan payung dan letakkan barang-barang tersebut untuk dijual, pasti laku ibarat pisang goreng panas.
Tapi keadaan di kampung dan di bandaraya Kuala Lumpur jauh berbeza.
Di kampung, mana sahaja tempat yang kita fikirkan strategik untuk berniaga, boleh sahaja kita pacakkan payung dan letakkan meja untuk berniaga.
Tidak ada penguatkuasa yang akan datang mengganggu, tidak ada penguatkuasa yang akan datang untuk tanyakan lesen perniagaan.
Tapi di Kuala Lumpur jangan, kalau main pacakkan payung, tak sampai setengah jam penguatkuasa DBKL akan datang suruh beredar, kalau degil juga, sampai pula lori ayam untuk menyita peralatan berniaga.
Keadaan ini menimbulkan konflik yang berpanjangan antara peniaga dan penjaja kecil yang diwakili oleh Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Kuala Lumpur dengan pihak berkuasa DBKL.
Adalah tidak adil kalau kita meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pihak DBKL atas tindakan-tindakan yang agak tegas dan keras yang mereka lakukan ke atas penjaja dan peniaga kecil di sekitar Kuala Lumpur.

Walau pun ada kalanya, memang kita akui tindakan yang dilakukan agak keterlaluan, namun pasti ada sebab mengapa tindakan itu diambil oleh pihak penguatkuasa yang menjalankan tugas ketika itu, mungkin ada tindakan provokasi oleh pihak penjaja sendiri.

Admin tertarik dengan wawancara yang dibuat oleh NR ChannelTV dengan Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur, Dato Seri Hj Rosli Sulaiman.
Bagi admin, sebagai seorang yang tiada kepentingan dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu pun dalam Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), pertembungan antara DBKL dan PPPBWPKL adalah pertembungan antara penguatkuasaan undang-undang untuk memelihara kepentingan semua pihak oleh pihak DBKL dengan perjuangan membela nasib peniaga dan penjaja Bumiputera di Kuala Lumpur terutamanya di era PKP oleh PPPBWPKL.
Kita tahu pihak DBKL sentiasa bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Kita juga tahu tujuan PPPBWPKL ditubuhkan pada 1994 adalah bertujuan untuk memperjuangkan nasib peniaga kecil dan penjaja Bumiputera di Kuala Lumpur.

Namun hanya selepas diambil alih kepimpinannya oleh Rosli Sulaiman pada tahun 2001, PPPBWPKL dilihat lebih aktif dalam perjuangan persatuan tersebut membela nasib peniaga dan penjaja Bumuputera di Kuala Lumpur.
Tahniah kepada Rosli kerana telah menggalas tanggungjawab beliau dengan baik.
Namun apa yang perlu dilihat di sini, mengapakah selepas 20 tahun menerajui PPPBWPKL, masih banyak lagi masalah yang telah berlanjutan lama masih belum mampu diselesaikan?

Antara isu yang timbulkan Rosli dalam wawancara bersama NRChannelTV ialah tindakan menyita peralatan berniaga penjaja oleh pihak DBKL.
Apakah isu yang amat ditakuti penjaja dan telah berlarutan sekian lama masih belum ada jalan penyelesaiannya?
Ada kala, untuk memastikan perjuangan kita membuahkan hasil seperti yang diharapkan, bukan kuantiti perjuangan yang menjadi faktor penentu tetapi kualiti perjuangan yang akan menentukan sama ada perjuangan kita akan berjaya atau gagal.
Tidak adil sekiranya kita berterusan menuding jari kepada DBKL atas tindakan menyita peralatan perniagaan peniaga.
Kalau tidak ada peniaga atau penjaja melakukan kesalahan, tidak akan ada tindakan penyitaan oleh pihak penguatkuasa DBKL.
Seperti yang admin katakan, DBKL hanya menjalankan penguatkuasaan melalui peruntukan undang undang.
Sudahkah pihak PPPBWPKL mengambil langkah yang lebih pro aktif untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku?
PPPBWPKL perlu memberikan penerangan yang secukupnya kepada peniaga mengenai perkara-perkara 'do's' and don'ts' kepada semua peniaga dan penjaja Bumiputera untuk mengelakkan mereka diambil tindakan penguatkuasaan oleh penguatkuasa DBKL.
Pihak DBKL juga boleh berbincang dengan pihak DBKL supaya pihak DBKL mewajibkan semua pemohon lesen perniagaan, sama ada yang mahu memperbaharui lesen atau memohon lesen baharu supaya menjalani kursus wajib dengan pihak PPPBWPKL supaya mereka betul-betul faham dengan undang-undang.
Pihak PPPBWPKL juga boleh berbincang dengan pihak DBKL supaya semua pemilik peralatan perniagaan yang telah disita oleh penguatkuasa DBKL boleh mendapatkan semula peralatan perniagaan mereka dengan syarat memohon lesen perniagaan yang sah dan semestinya selepas menjalani kursus dengan pihak PPPBWPKL.
Adalah sangat tidak bijak sekiranya kita hanya mengeluh dan melepaskan kemarahan di laman sosial media kerana ia adalah komunikasi satu hala, di mana pihak yang bercakap atau menyuarakan pendapat dan masalah mereka akan melontarkan kata-kata dari perspektif mereka sendiri tanpa memberi peluang kepada pihak yang lagi satu membela diri.
Betul, ada kalanya meluahkan kemarahan di sosial media boleh membantu menyelesaikan masalah tetapi tidak sepenuhnya, malah ada kalanya ia akan menimbulkan ketegangan kerana ianya boleh membangkitkan perasaan tidak senang di satu pihak yang  lain.
Adalah lebih baik dan bijak sekiranya pihak DBKL dan PPPBWPKL mengadakan perbincangan dan meleraikan semua kekusutan dengan mewujudkan 'win win situation' kepada kedua-dua pihak.
Demi untuk peniaga Bumiputera yang semakin tertekan, lakukanlah yang terbaik dengan menggunakan kaedah terbaik dan letakkanlah keikhlasan dalam perjuangan kita.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/04/kemelut-penjaja-dan-dbkl-apa-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Penjaja Dan Dbkl Apakah Benar Dbkl Bersikap Anti Penjaja Bumiputera Di Kuala Lumpur

Kemelut Penjaja Dan Dbkl Apakah Benar Dbkl Bersikap Anti Penjaja Bumiputera Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 393 hits
Dalam keluaran lepas laman blog ini menyiarkan tulisan mengenai kemelut antara penjaja dan DBKL yang telah berlarutan selama puluhan tahun admin juga ada berikan pandangan dan cadangan bagaimana kemelut itu boleh diselesaikan oleh kedua dua...
Penjaja Baru Vs Penjaja Sedia Ada Vs Dbkl

Penjaja Baru Vs Penjaja Sedia Ada Vs Dbkl

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 310 hits
Bulan Ramadhan kian hampir tiba Seperti biasa paling signifikan ada lah pasar buka puasa atau Pasar Ramadhan Semenjak era Covid semua kebiasaan normal telah terbatal dan new normal telah menjadi amalan Akibat impak pandemik Covid telah munc...
Rumah Urut Kunyit Dbkl Laksana Operasi Tindakan Khas

Rumah Urut Kunyit Dbkl Laksana Operasi Tindakan Khas

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 332 hits
482 total views 482 views today Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas terhadap Premis Urut pada petang Isnin lalu Permis terbabit telah beroperasi tanpa lesen di Warisan City V...
Taman Rimba Kiara Federal Court Fix June 14 To Hear Application By Dbkl Others

Taman Rimba Kiara Federal Court Fix June 14 To Hear Application By Dbkl Others

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 249 hits
The Federal Court has fixed June 14 to hear the applications by the Kuala Lumpur City Hall and three others for leave to appeal in a case pertaining to the proposed development of a high rise residential project in Taman Rimba Kiara DBKL s ...
Kl Residents Urged To Channel Ideas Towards Dbkl S Budget 2022 Proposal

Kl Residents Urged To Channel Ideas Towards Dbkl S Budget 2022 Proposal

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 358 hits
City dwellers are invited to channel ideas and suggestions for the preparation of the Kuala Lumpur City Hall Budget 2022 to ensure it meets the needs of the capital s residents In a statement today DBKL in a statement today said that the id...
Pau 2020 Umno Cuma Tumpu Isu Kuasa Abai Kemelut Orang Melayu

Pau 2020 Umno Cuma Tumpu Isu Kuasa Abai Kemelut Orang Melayu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comDiterbitkan 29 Mar 2021 9 50 pmPerhimpunan Agung Umno 2020 yang melabuhkan tirai semalam gagal mengangkat isu isu yang didepani orang Melayu menurut pengamanatan penganalisis politik Prof Mohammad Agus Yusoff Katanya PAU 202...
Laporan Khas Kemelut Penjajaran Politik Baharu Menjelang Pru 15

Laporan Khas Kemelut Penjajaran Politik Baharu Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 207 hits
LAPORAN KHAS MALAYSIA DATELINESEJAK kebelakangan ini Malaysia berbicara tentang kemungkinan berlakunya pilihanraya umum dalam tempoh terdekat Dengan pilihanraya yang makin hampir persaingan antara parti parti politik dalam negara menjadi se...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik