Kemelut Penjaja Dan Dbkl Apakah Benar Dbkl Bersikap Anti Penjaja Bumiputera Di Kuala Lumpur



Dalam keluaran lepas, laman blog ini menyiarkan tulisan mengenai kemelut antara penjaja dan DBKL yang telah berlarutan selama puluhan tahun, admin juga ada berikan pandangan dan cadangan bagaimana kemelut itu boleh diselesaikan oleh kedua-dua pihak.
Baca di sini :
https://theunspinners.blogspot.com/2021/04/kemelut-penjaja-dan-dbkl-apa-jalan.html
Admin bukanlah ahli keluarga DBKL dan admin juga bukan ahli mana-mana persatuan penjaja sama ada di sekitar Wilayah Perseketuan atau di mana-mana kawasan di Malaysia

Admin hanya seorang warga Malaysia dan terpanggil mengupas isu ini dengan harapan dapat membetulkan persepsi masyarakat kepada pihak penguatkuasa dan juga penjaja

Bagi admin, pihak penguatkuasa dan pihak penjaja saling memerlukan dan harus berjalan seiring supaya marhaen dapat menafaatnya

Apa yang sering terpapar di dada media, sama ada media elektronik, media cetak mahu pun media sosial, pihak penguatkuasa sering digambarkan bersikap tidak membantu, sering menekan dan sering menindas pihak penjaja dan peniaga kecil

Persoalannya, benarkah begitu

Antara masalah yang sering diutarakan oleh pihak penjaja dan peniaga kecil ialah kesukaran atau kelewatan untuk mendapatkan lesen perniagaan

Sudah tentu masalah ini juga berkait rapat dengan tindakan menyita barang perniagaan milik peniaga oleh pihak DBKL

Apakah benar dalam era dunia tanpa sempadan dan segala urusan berada di hujung jari, masih lagi wujud pelbagai karenah birokrasi dan ketidakcekapan dalam sistem urus tadbir jabatan kerajaan

Tidak adil sekiranya kita hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tanpa kita pastikan kebenarannya dari pihak yang satu lagi

Dari maklumat yang admin terima, proses permohonan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh DBKL yang dahulunya mengambil masa selama 30 hari, kini telah dipermudah dan dipercepatkan proses menjadi 3 hari sahaja

Baca di sini :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/704837/dbkl-percepat-proses-lesen-penjaja-dalam-tiga-hari

Malah untuk memohon lesen perniagaan, bakal peniaga atau penjaja tidak perlu lagi pergi ke ibupejabat DBKL, cukup dengan hanya pergi ke mana-mana cawangan DBKL yang berada di sekitar Kuala Lumpur

Sudah tentu dengan memendekkan tempoh memproses lesen dari 30 hari kepada 3 hari ianya dapat membantu bakal peniaga dan penjaja

Tidak perlu lagi menunggu hingga sebulan untuk mendapatkan lesen perniagaan, minta hari Isnin, hari Khamis sudah boleh memulakan perniagaan

Yang menjadi isu sekarang ini bukanlah sama ada DBKL mahu atau tidak meluluskan permohonan lesen perniagaan tetapi adalah bakal peniaga dan penjaja itu sendiri yang mahu atau tidak memohon lesen perniagaan dari DBKL

Ini terbukti sepanjang tempuh negara dilanda pandemik Covid-19, pihak DBKL sudah meluluskan lebih dari 3,000 permohonan lesen perniagaan



Malah melalui program lesen KL Prihatin, pemohon tidak lagi perlu pergi ke pejabat DBKL, cukup sekadar membuat permohonan secara dalam talian

Apabila mendapat maklumbalas dari DBKL bahawa permohonan sudah diluluskan, pemohon juga tidak perlu ke pejabat DBKL untuk mendapatkan lesen berkenaan

Cetak sahaja dari rumah, kalau di rumah tidak ada pencetak, pinjam pencetak kawan-kawan, kalau tidak mahu menyusahkan kawan-kawan, pergi sahaja ke mana-mana kedai komputer atau Internet Cafe, bayar RM5.00, dah boleh cetak

Baca di sini :
https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/Information.aspx?c=2

Melalui program lesen KL Prihatin, DBKL juga telah memansuhkan bayaran sebanyak RM20.00 sebulan yang dikenakan

Baca di sini :
https://www.dbkl.gov.my/makluman-awam-garis-panduan-permohonan-lesen-sementara-kl-prihatin/

Bukan sahaja permohonan dibuat atas talian, lesen boleh dicetak sendiri, malah boleh berniaga tanpa apa-apa bayaran

Jadi, di mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa DBKL tidak mesra malah menindas penjaja dan peniaga kecil Bumiputera

Bukan setakat program lesen KL Prihatin yang DBKL laksanakan sekarang ini, DBKL juga telah membuka ruang dan peluang kepada anak-anak muda yang berjiwa usahawan untuk memulakan perniagaan


Melalui Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, sehingga Januari 2021, sebanyak 234 ruang niaga telah ditawarkan kepada usahawan muda di sekitar Kuala Lumpur dan untuk kawasan Putrajaya pula, sebanyak 43 ruang niaga telah ditawarkan dalam program yang sama

Namun, untuk kebaikan semua, sudah pastilah hanya pada lokasi-lokasi tertentu sahaja yang pihak DBKL benarkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan

Tindakan ini perlu kerana di samping membantu pihak peniaga, DBKL juga bertanggungjawab untuk menjamin keselesaan warga bandaraya

Kita harus faham dan sama ada kita suka atau tidak, kita mesti mengakui, aktiviti perniagaan yang tidak teratur pasti akan mengganggu dan mengancam keselamatan warga bandaraya yang lain, seperti kesesakan lalulintas, kekotoran dari buangan perniagaan yang boleh menyebabkan penularan wabak berjangkit

Pasti menyukarkan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan sekiranya lokasi perniagaan dibuka di kawasan-kawasan yang tidak dikenal pasti di mana lokasinya

Itulah sebabnya mengapa pihak DBKL terpaksa mengambil tindakan tegas kepada peniaga atau penjaja yang berdegil untuk menjalankan perniagaan di lokasi pilihan mereka sendiri bukan di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL

Sekali lagi admin tegaskan di sini, sikap tuduh menuduh, tuding menuding jari ke pihak lain TIDAK akan dapat membantu menyelesaikan masalah

Bawa masalah yang dihadapi ke meja perundingan dengan pihak yang berkenaan dan bukan dengan membuat kenyataan-kenyataan menghentam di media sosial kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan

Tiada kusut yang tidak dapat dileraikan dan tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan

Sikap keterbukaan mestilah menjadi penghubung dalam perbincangan dan kejujuran adalah paksi utamanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/04/kemelut-penjaja-dan-dbkl-apakah-benar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Penjaja Dan Dbkl Apa Jalan Penyelesaiannya

Kemelut Penjaja Dan Dbkl Apa Jalan Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 309 hits
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah lubuk emas bagi peniaga dan penjaja kecil Seperti yang sering dikatakan cuma mak dengan bapak sahaja tidak dapat kita beli di Kuala Lumpur Juallah apa saja pasti akan laris Kalau pucuk ubi daun kesum ...
Syrian House Restaurant Kuala Lumpur

Syrian House Restaurant Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 490 hits
Hi korang lama nya tak update blog dah bersarang labah blog I Maklumlah banyak sangat kerja dengan kenkangan masa yang tak mengizinkan i update selalu Tapi kalini berkesempatan mengarang dan i rasa ini adalah perkara yang perlu dikongsi ole...
Buka Puasa Buffet A Touch Of Heritage Di Restoran Rebung Kuala Lumpur

Buka Puasa Buffet A Touch Of Heritage Di Restoran Rebung Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 1140 hits
Siapa tidak kenal duta Pelancongan Makanan Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Dato Chef Ismail Seperti tahun tahun yang lepas Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail menampilkan lebih daripada 90 jenis menu anataranya lauk pauk yang istime...
Buka Puasa Buffet Semarak Rasa Ramadhan Di Ruang Legar Wtc Kuala Lumpur

Buka Puasa Buffet Semarak Rasa Ramadhan Di Ruang Legar Wtc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 653 hits
Teringat berbuka puasa tahun lepas memang menyedihkan dengan wabak covid 19 negara kita sehinggakan kita tidak dapat berbuka di luar Tapi tahun ini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur masih mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan...
Cari Vintage Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street

Cari Vintage Di Pasar Karat Kuala Lumpur Chinatown Petaling Street

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 287 hits
Tempat ni sudah popular puluhan tahun yang lalu Seingat saya masa sampai di Kuala Lumpur tahun 1999 lokasi Pasar Karat Kuala Lumpur ini dah jadi lokasi wajib bagi peminat barangan vintage Sebelum ni pernah sekali ke sana Sekali lihat sendir...
Buka Puasa Buffet Selera Ibunda Di Thyme Out Cafe By Equatorial Bangunan Aicb Kuala Lumpur

Buka Puasa Buffet Selera Ibunda Di Thyme Out Cafe By Equatorial Bangunan Aicb Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 799 hits
Alhamdulillah Ramadan tahun ni bakal tiba tak lama lagi Seingat mama tahun lepas semua menyambut dengan keluarga kerana dek covid 19 yang telah melanda negara kita Ramai yang ternanti nanti pada bulan Ramadan iaitu promosi bufet Ramadan Sep...
Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah

Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 425 hits
Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah Siapa yang tidak mahu jika tiket ETS dijual dengan murah Apalagi sebagai seorang pelajar yang sering pulang ke rumah di Ipoh dari tempat belajar di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya Begitu juga dengan ...
Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 Nostalgia Santapan Keluarga

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 888 hits
Alhamdulillah finally guys Sebelum ni nak cuba berbuka puasa di Menara KL tapi tak dapat ekoran PKP Covid19 Akhirnya Mar dapat juga cuba hidangan Buffet Ramadhan di Menara KL yang bertemakan Nostalgia Santapan Keluarga Konsep Nostalgia Sant...
Buffet Ramadhan 2021 Merentasi Destinasi Di Dewan Perdana Felda D Saji Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2021 Merentasi Destinasi Di Dewan Perdana Felda D Saji Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 591 hits
Hi Korang Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di ini Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid 19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan Kali ini kak lily...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations