Peninggalan Sejarah Perang Dunia Kedua Terabai Disewakan Untuk Perniagaan


Ahmad Mustakim Zulkifli Tapak pertempuran Perang Dunia Kedua tidak mendapat perhatian sewajarnya, bakal hilang jika tidak dijaga.

Pengerusi Malaya Historical Group Shaharom Ahmad (kanan) berdiri di sebelah papan tanda yang didirikan oleh persatuan itu di Slim River, di mana tentera Inggeris bertempur  Di seluruh Semenanjung Malaysia, wujud ratusan tapak bersejarah yang satu waktu dulu pernah menyaksikan peristiwa-peristiwa sejarah Perang Dunia Kedua.
Pantai Sabak di Kota Bharu, Kelantan misalnya menjadi lokasi pertempuran pertama Perang Dunia Kedua di pentas Pasifik apabila Jepun mendaratkan tenteranya beberapa jam sebelum serangan di Pearl Harbour, Amerika Syarikat pada 7 Disember 1941.
Namun hari ini, hampir lapan dekad kemudian, peristiwa-peristiwa itu kini dicatat dalam buku-buku sejarah dan kenangan mereka yang hidup di zaman tersebut.
Meskipun lokasi-lokasi ini mempunyai nilai sejarah, ia tidak mendapat perhatian sepenuhnya oleh pihak berkuasa sehingga mendorong sekumpulan aktivis pencinta sejarah berjuang bagi mengekalkan tapak-tapak sejarah tersebut daripada hilang ditelan zaman.
Malaya Historical Group (MHG) menghimpunkan beberapa aktivis sejarah yang giat mencari, mengumpul dan memelihara artifak serta tapak tinggalan sejarah Perang Dunia kedua di semenanjung.
Green Ridge di Kampar, Perak. Sebuah lokasi bersejarah yang dipulihara dan diselenggara oleh Malaya Historical Group.Pengerusi MHG Shaharom Ahmad berkata terdapat banyak tapak pertempuran antara Jepun dan tentera Komanwel semasa Perang Dunia Kedua, namun tidak banyak yang masih tinggal untuk tatapan generasi kini.
Katanya contohnya di utara tanah air, pertempuran terjadi di Jitra, Kodiang dan Changlun dan di lokasi berhampiran lapangan terbang di Kepala Batas.
Sementara di Perak pula, pertempuran terjadi di Kuala Kangsar, Teluk Intan, Chemor dan Kampar.
“Namun tidak banyak yang boleh dipelihara. Kerana itu kami berjuang untuk menyelamatkan tapak pertempuran di Green Ridge, Kampar, Perak. Di tapak ini banyak yang masih kekal bentuk asalnya seperti tapak kubu dan parit pertahanannya,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Berhampiran tapak itu dahulu ada Thompson Ridge yang juga tapak pertempuran namun menjadi kawasan perumahan. Kesan-kesan sejarah di situ sudah tiada, hanya tinggal di Green Ridge.”
Kawasan pendaratan Jepun di Pantai Sabak, beserta kubu-kubu pertahanan British hilang akibat hakisan pantai sehingga satu kilometer.
Katanya, kebanyakan tapak yang berkaitan Perang Dunia Kedua berada dalam kawasan yang dimiliki oleh individu persendirian atau syarikat korporat yang menyulitkan usaha pemuliharaan, memandangkan usaha itu memerlukan persetujuan pemilik.
Tentera Jepun diketuai Jeneral Tomoyuki Yamashita menggempur Tanah Melayu dan berjaya merampasnya dari tangan British dalam masa beberapa bulan.
Kekalahan akhir British di Singapura dianggap sebagai kekalahan paling memalukan empayar British.
Sepanjang kempen, mereka berdepan tentangan daripada pasukan tentera Australia dan dari India serta askar Melayu.
Peninggalan sejarah disewakan untuk perniagaan
Shaharom menceritakan, di sebuah berek di Parit Sulong di Batu Pahat, Johor misalnya, tentera Jepun menggunakannya untuk menahan dan mendera tahanan-tahanan perang.
Berek itu menjadi uzur dan daif akibat peredaran zaman.
Katanya, ia dipulihkan dengan inisiatif pihak berkuasa dan diserahkan kepada majlis daerah.
Bagaimanapun, majlis daerah kemudiannya menyewakan berek tersebut kepada pengusaha-pengusaha kedai.
“Ia wajar dijadikan muzium atau galeri supaya dikekalkan bentuk asalnya. Kerana kami memperjuangkan agar berek ini dikekalkan kerana ada kesan-kesan pendudukan Jepun.
“Kerana ini, orang tempatan menuduh kami cuba menutup periuk nasi mereka,” katanya yang memberitahu, pihaknya menerima persetujuan daripada Australia War Memorial untuk badan itu memberi artifak milik badan itu sebagai bahan pameran untuk galeri itu.
Sehingga kini, usaha untuk menjadikan berek itu sebagai galeri atau muzium masih belum menemui kejayaan.
MHG juga giat memasang papan-papan tanda di tapak-tapak penting menggunakan dana sendiri, sebagai cara mengingatkan masyarakat mengenai kepentingan tapak berkenaan.
Bukan itu sahaja stigma negatif yang diterima pihaknya.
MHG sering dipanggil untuk membawa pengkaji sejarah, waris tentera dan diplomat dari United Kingdom, Britain dan Australia ke tapak-tapak tersebut.
Shaharom Ahmad (kiri) memakai uniform tentera British menerangkan perihal peralatan perang dalam sebuah acara bersama pelajar sekolah.Pada lawatan-lawatan itu, ahli-ahli MHG akan mengenakan uniform tentera British sebagai salah satu cara mendidik masyarakat, selain cara untuk mengenang sejarah.
Ia menjadi “trademark” kumpulan itu.
Bagaimanapun, segelintir orang ramai menganggap mereka mengagungkan sejarah penjajah berbanding sejarah sendiri.
“Mereka sukar terima perkara berkaitan sejarah perang dunia kedua. Tak boleh nak salahkan mereka kerana faktor kesukaran hidup zaman itu.
“Kami tidak mengagungkan penjajah, namun usaha ini perlu bagi mendidik masyarakat mengenai peristiwa penting supaya kita menghayati dan mempelajarinya.
“Hendak capai kemerdekaan bukan senang. Kesengsaraan semasa perang akan jadikan kita sedar supaya jangan diulang lagi peristiwa tersebut,” kata Shaharom.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/peninggalan-sejarah-perang-dunia-kedua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Kedua Dalam Sejarah Tiada Timbalan Perdana Menteri Dilantik

Kali Kedua Dalam Sejarah Tiada Timbalan Perdana Menteri Dilantik

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 252 hits
Buat kali kedua dalam sejarah sekali lagi tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dinamakan dalam barisan jemaah Kabinet baharu pada kali ini
Wanita Perang Dunia Ke 3 Di Sabah Yang Didakwa Ketua Ajaran Sesat Ditahan

Wanita Perang Dunia Ke 3 Di Sabah Yang Didakwa Ketua Ajaran Sesat Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 382 hits
Malam tadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan deng...
Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 272 hits
Bersiap hadapi Perang Dunia Ketiga Kuala Lumpur Menggunakan gelaran Sittah Annur seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melaw...
Dunia Pun Belum Stabil Rileks Dulu Fikir Soal Anak Remy Ishak

Dunia Pun Belum Stabil Rileks Dulu Fikir Soal Anak Remy Ishak

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 560 hits
Aktor kacak Remy Ishak dan isteri Ezza Yusof sah menjadi pasangan suami isteri pada pvkul1 00 petang hari ini Sudah jadi kebiasaan soalan anak akan diajukan dan semestinya Remy tidak terlepas daripada diusik oleh media pada pagi semalam ket...
15 Masjid Terbesar Dan Terindah Di Dunia

15 Masjid Terbesar Dan Terindah Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 225 hits
15 Masjid terbesar dan termegah di duniaMasjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam Kewujudannya sangat penting sekali Malah di beberapa tempat masjid dibangun dengan cukup besar harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang ramai s...
Lelaki Dakwa Dirinya Sebagai Sultan Melaka Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid 19

Lelaki Dakwa Dirinya Sebagai Sultan Melaka Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 318 hits
Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya Sultan Melaka Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID 19 Noor Jan 64 dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital...
Lg Memintas Samsung Untuk Memegang Rekod Dunia Pancaran Isyarat 6g Paling Jauh

Lg Memintas Samsung Untuk Memegang Rekod Dunia Pancaran Isyarat 6g Paling Jauh

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 345 hits
5G pun belum rasa Masalah dengan pengenalan teknologi selular baharu ialah kekurangan spektrum Spektrum frekuensi semakin tinggi mencapai tahap terahertz diperlukan untuk kelajuan Internet yang pantas tetapi ia mengorbankan jarak maksimum i...
Dunia Usaha Mulai Bergairah Berkat Kelonggaran Ppkm

Dunia Usaha Mulai Bergairah Berkat Kelonggaran Ppkm

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 178 hits
Tak terasa Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat level 4 3 dan 2 sudah memasuki minggu ke 7 Kendati begitu meski PPKM diperpanjang Pemerintah mulai memberikan kelonggaran atau membuka beberapa kegiatan ekonomi seperti mall sudah boleh...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm