Dalam kesibukan menyediakan pesanan pelanggan, ada juga insan yang berhati busuk mengambil kesempatan terhadap peniaga lemak di Pantai Klebang Melaka. Insiden yang dialami oleh Nurul Anis Md Noor, 18, viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. Menurut Nurul Anis, kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi Khamis ketika dia membantu ibunya, Aminah Hassan, 65, berniaga nasi lemak."Mulanya lelaki itu membeli tiga bungkus nasi lemak berharga RM4.50 dan menghulur not RM50. Saya tanya dia, ada duit kecil tidak, dia jawab tiada."Saya perasan duit diberikan tebal, tetapi menjangka ia baru dikeluarkan dari bank. Tanpa syak wasangka, saya menghulurkan baki RM45.50 kepada lelaki itu. "Lagipun ketika itu kami hendak cepat kerana ada pelanggan lain menunggu. Kami tidak perasan pelanggan lelaki itu membayar menggunakan not RM50 palsu.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |