Peniaga Lesap Rm18 350 Kena Tipu Bomoh Dakwa Boleh Bantu Kutip Hutang


 
Mangsa mendakwa dia menyerahkan gelang emas dan wang kepada suspek atas dasar percaya memandangkan suspek semakin kerap datang ke kedainya.KUANTAN: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian RM18,350 selepas terpedaya dengan seorang wanita yang kononnya ejen kepada bomoh berkebolehan membantunya mengutip hutang bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa berkenalan dengan suspek dikatakan berasal dari Sarawak pada 16 April lepas di kedai kosmetiknya di sini.
“Mangsa mendakwa hubungan mereka semakin rapat apabila sering bertemu sehingga dia menceritakan masalah hutang yang dihadapinya dengan seorang lelaki yang tidak menjelaskan bayaran selepas mengambil barang.
“Suspek dikatakan memberitahu mangsa bahawa dia mengenali seorang bomoh dan mengajaknya untuk berubat bagi melembutkan hati pemiutang itu supaya segera memulangkan wang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membayar RM1,500 secara tunai pada 15 April lepas, sebagai upah kepada bomoh itu disusuli dengan pelbagai bayaran lain termasuk menyerahkan seutas gelang tangan emas sehingga jumlah besar RM18,350.
Mangsa mendakwa dia menyerahkan gelang emas dan wang kepada suspek atas dasar percaya memandangkan suspek semakin kerap datang ke kedainya, selain dijanjikan bahawa barang kemas dan sebahagian daripada wang itu akan dipulangkan selepas tamat ‘proses perubatan’, katanya.
“Mangsa mendakwa dia mula berasa curiga apabila orang yang berhutang dengannya masih tidak menjelaskan bayaran selepas hampir sebulan berubat, menyebabkan dia mula meminta suspek memulangkan semua gelang dan wang miliknya.
“Bagaimanapun suspek dikatakan bukan setakat enggan berbuat demikian, malah mengugut mangsa untuk menghantar santau dan memberitahu telah meletakkan bungkusan kain berwarna kuning dan merah dalam kedai mangsa.
“Mangsa yang bimbang dengan ugutan itu, telah mencari bungkusan kain itu dan apabila dibuka, mendapati ia hanya berisi cebisan kotak,” katanya.
Mohd Wazir berkata mangsa akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/peniaga-lesap-rm18350-kena-tipu-bomoh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Dakwa Ada Pemimpin Bersatu Setuju Lompat Jika Pejuang Boleh Tawar Rm70 000 Sebulan

Dr M Dakwa Ada Pemimpin Bersatu Setuju Lompat Jika Pejuang Boleh Tawar Rm70 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 289 hits
Dr Mahathir Mohamad meramalkan PRU15 tidak akan menyelesaikan kemelut politik semasa negara PETALING JAYA Kalangan pemimpin Bersatu menawarkan diri untuk lompat ke Pejuang jika parti itu boleh menandingi imbuhan sehingga RM70 000 sebulan ya...
Syarikat Rakaman Boleh Bantu Dan Nasihat Janna Nick

Syarikat Rakaman Boleh Bantu Dan Nasihat Janna Nick

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 234 hits
Sebagai syarikat rakaman penting untuk kami menjaga kesihatan mental artis kami kata Pengarah Urusan Warner Music Malaysia Darren Choy mengenai masalah gangguan bipolar dihidapi Janna Nick yang juga artis di bawah syarikat rakaman itu Darre...
Ketua Pesuruhjaya Sprm Dakwa Boleh Lompat Parti Kerana Tidak Menyalahi Undang Undang

Ketua Pesuruhjaya Sprm Dakwa Boleh Lompat Parti Kerana Tidak Menyalahi Undang Undang

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang undang negara ini Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki berkata ini kerana tiada ...
Pendedahan Hamid Bador Sprm Tidak Boleh Diam Diri

Pendedahan Hamid Bador Sprm Tidak Boleh Diam Diri

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 349 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat teguran Ketua Polis Negara yang bersara hari ini Tan Sri Abdul Hamid Bador berkenaan dakwaan berlakunya aktiviti rasuah sehingga beberapa ahli politik melompat parti Menurut Setiuasaha ...
Jap Sabar Sikit Boleh Dengan Nada Tinggi Jerit Pada Anak Apa Yang Sedang Diajar Pada Anak Itu

Jap Sabar Sikit Boleh Dengan Nada Tinggi Jerit Pada Anak Apa Yang Sedang Diajar Pada Anak Itu

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 297 hits
Kesabaran ibu ayah memang tak dapat dikawal lebih lebih lagi apabila berhadapan dengan perangai anak yang berbeza beza Sungguh mencabar Sehingga tahap ibu ayah terpaksa menengking anak barulah mereka diam seketika Namun sebenarnya perbuatan...
Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 Tahun

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 Tahun

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 400 hits
Siapa sangka dari permulaan berjuang kini Ainul Mardhiah dah makin lincah dan aktif Dari hanya terbaring melalui fasa untuk pulih selepas pembedahan kini pencapaian Ainul begitu buatkan walid dan mamanya bangga Walaupun perkembangan si come...
Boleh Mencecah Rm110 000 Rain Dedah Harga Koreagrafi Bagi Satu Lagu

Boleh Mencecah Rm110 000 Rain Dedah Harga Koreagrafi Bagi Satu Lagu

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 198 hits
SELEBRITI terkenal Korea Selatan Rain mengejutkan ramai pihak baru baru ini selepas mendedahkan jumlah bayaran bagi koreografi untuk dua lagu kolaborasinya yang terbaru Harga tersebut didedahkan dalam episod terbaru rancangan realiti SBS 82...
Betul Ke Whatsapp Digodam Dan Boleh Baca Data Privacy Pengguna Ini Jawapannya

Betul Ke Whatsapp Digodam Dan Boleh Baca Data Privacy Pengguna Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 327 hits
ASSALAMUALAIKUM Untuk kali ini aku nak kongsi sikit pasal isu atau kes yang pernah viral di media sosial berkaitan salah faham netizen terhadap developer Whatsapp yang telah diambil alih ataupun dibeli oleh owner merangkap CEO Facebook iait...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah