Peniaga Chini Gembira Prk Beri Limpahan Rezeki


PEKAN, 23 Jun — Rezeki pilihan raya. Itu kesimpulan buat para peniaga makanan dan buah-buahan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, apabila jualan masing-masing meningkat sekali ganda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut.
Bagi mereka, ia bagaikan ‘durian runtuh’ dan disambut rasa gembira, kerana menambah pendapatan mereka, apatah lagi selepas pendapatan mereka terjejas sejak tiga bulan lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang terpaksa dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Rizal Mohamed, 41, penebar roti canai dan pemilik gerai makan pagi di Felda Chini 5, berkata, secara purata pada hari kebiasaannya dia menjual sekitar 100 keping roti canai namun disebabkan PRK, secara tiba-tiba permintaan melonjak sekitar 300 keping sehari.
“Memang dalam dua tiga hari ini tak menang tangan menebar roti. Ada limpahan kebaikan daripada pilihan raya ini… kebanyakannya adalah pengunjung luar yang mungkin berkempen di Chini. Alhamdulillah, rezeki pilihan raya,” katanya kepada Bernama.
Rizal yang turut berniaga masakan panas pada sebelah malam berkata, tempoh berkempen 14 hari calon-calon PRK yang bertanding di Chini akan akan digunakan peluang sebaik mungkin, untuk mencari rezeki tambahan.
“Peluang ini jarang-jarang berlaku dan insya-Allah kedai saya akan buka berniaga, sampai habis pilihan raya,” katanya.
Peniaga buah-buahan Norzita Said, 52, menyifatkan kemeriahan PRK meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sememangnya memberi kesan positif buat dirinya apabila buah-buahan seperti durian, mangga dan pisang, laku pantas.
Ujar beliau yang merupakan generasi kedua Felda, jika kebiasaan stok buah-buah mengambil masa hampir seminggu untuk habis dijual, namun kehadiran ramai petugas bagai memberi rahmat kepadanya.
“Makcik sangat seronok berniaga semasa pilihan raya ini, sebabnya buah-buah baru dibeli dengan peraih tak sempat nak diperam dalam stor pun habis dibeli orang,” katanya yang berniaga berhadapan tapak Pasar Tani Kekal di Bandar Dara Chini.
Sementara itu peniaga menjual menu laksa dan mee kari di Felda Chini 2 Sahilawati Hassan, 39, berkata, kedatangan pelanggan pada musim PRK bertambah sekali ganda.
“Bagi saya, rezeki datang dengan berbagai cara. Jadi ini adalah rezeki pilihan raya. Dalam dua tiga hari ini, lebih 100 mangkuk mee kari dan laksa dijual sehari, berbanding tak sampai 50 mangkuk pada hari biasa,” katanya.
PRK DUN Chini, dengan pengundian pada 4 Julai ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.
DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi.
— BERNAMA
The post Peniaga Chini gembira, PRK beri limpahan rezeki appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/23/peniaga-chini-gembira-prk-beri-limpahan-rezeki/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peniaga-chini-gembira-prk-beri-limpahan-rezeki

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Chini Jika Ramai Calon Bebas Cmk Mungkin Undur Diri

Prk Dun Chini Jika Ramai Calon Bebas Cmk Mungkin Undur Diri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 669 hits
KUANTAN Seorang calon bebas mungkin menarik diri dari meneruskan hasrat bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini nbsp Mohd Shukri Mohd Ramli dalam satu kenyataan hari ini mendakwa dia kurang selesa apabila dua calon bebas...
Prk Dun Chini Seorang Lagi Individu Umum Jadi Calon Bebas

Prk Dun Chini Seorang Lagi Individu Umum Jadi Calon Bebas

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 968 hits
PEKAN Seorang lagi individu menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini 4 Julai iniCalon terbaharu ialah Datuk Mohd Mazri Mahmud yang menggunakan logo kereta berdasarkan poster yang diedarkan di ...
Prk Chini Kalau Bertanding Keahlian Gugur Serta Merta Bersatu

Prk Chini Kalau Bertanding Keahlian Gugur Serta Merta Bersatu

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 434 hits
Keahlian Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pekan Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin akan terlucut serta merta sekiranya beliau meneruskan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil Chini pada 4 Julai ini Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin Ber...
Sharim Calon Bn Bagi Prk Dun Chini

Sharim Calon Bn Bagi Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 489 hits
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diiringi Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar kenangan bersama Calon BN Sharim Mat Zain pada Pengumuman Calon Barisan Nasional PRK N23 Dun Chini di Pejabat UMNO Bahagi...
Prk Dun Chini Bersatu Pro Muhyiddin Tak Letakkan Calon

Prk Dun Chini Bersatu Pro Muhyiddin Tak Letakkan Calon

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Pahang Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata keputusan itu dibuat untuk memberi...
Prk Dun Chini Lapan Borang Pencalonan Telah Pun Di Beli

Prk Dun Chini Lapan Borang Pencalonan Telah Pun Di Beli

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 370 hits
KUANTAN Sejumlah lapan borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini telah dibeli daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pahang setakat hari ini Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata daripada jumlah itu ...
Prk Dun Chini Sprm Buka Dua Bilik Gerakan

Prk Dun Chini Sprm Buka Dua Bilik Gerakan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR 20 Jun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini membuka dua bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan jika berlaku sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil...
Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Chini

Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Chini

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 495 hits
PETALING JAYA Pilihan Raya Kecil Chini akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional dan 2 calon bebas Calon BN Mohd Sharim Md Zain 41 berdepan saingan daripada ahli perniagaan Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin 64 d...
Is Linking Mykad To Fuel Subsidies Helping Malaysians

A New Look At How Android Xr Will Bring Gemini To Glasses And Headsets

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

Rafizi Kalau Saya Menang Saya Mungkin Mati Terkejut

Co Opbank Pertama Perkenal Produk Takaful Dalam Talian

Ibu Cekik Anak Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

Singgah The Sheep Sanctuary

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Nasi Ambeng Porsi Besar