Pengusaha Bas Ekspres Di Sabah Sudah Boleh Bernafas


 
Bas ekspres di Sabah dibenarkan membawa penumpang dengan kapasiti penuh bermula Jumaat ini.KOTA KINABALU: Selepas kira-kira dua tahun berada dalam keadaan “kritikal” para pengusaha bas ekspres di Sabah kini sudah boleh “bernafas sedikit” apabila dibenarkan membawa penumpang dengan kapasiti penuh bermula Jumaat ini.
Presiden Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC) Donald Hanafi berkata, berita gembira itu dijangka ditambahkan lagi dengan kehadiran penumpang yang ramai kerana masing-masing mahu pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.
Katanya, selain kebenaran membawa penumpang dalam kapasiti yang penuh, pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah juga telah memberi mereka lampu hijau untuk menaikkan kadar tambang sebanyak 10%.
“Kami sangat bersyukur kerana sudah dua tahun pengusaha-pengusaha bas ekspres di Sabah ini kritikal, pendapatan tidak cukup, mahu bayar kakitangan pun tidak mampu.
Presiden SEBOC Donald Hanafi.“Selain itu, kami juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kelonggaran ini dan mudah-mudahan selepas ini, kami akan dapat menampung semula perbelanjaan yang telah “hilang” sejak dua tahun lalu,” katanya kepada FMT.
Ketika ditanya mengenai kenaikan tambang, Donald berkata, kenaikan berkenaan hanya dikenakan sempena musim perayaan ini iaitu bermula 29 April hingga 7 Mei depan.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan tiket dengan harga asal boleh membelinya secara dalam talian sebelum 29 April.
“Saya juga ingin maklumkan, tempat duduk penumpang untuk Jumaat ini telah penuh, mungkin disebabkan orang ramai ingin pulang awal ke kampung, lebih-lebih lagi pada hari itu cuti persekolahan telah bermula.
“Kenaikan tambang itu sebenarnya tidaklah begitu membebankan, hanya naik 10% dan ianya hanya dalam tempoh 29 April hingga 7 Mei, selepas itu harga kembali kepada asal,” katanya.
Sementara itu, Donald berkata, walaupun kebenaran untuk membawa penumpang dalam kapasiti penuh telah diberikan, namun mereka kini mempunyai masalah kekurangan bas.
“Ketika pandemik sejak dua tahun lalu, operasi kami tidak menentu dan kebanyakannya tidak beroperasi langsung sehingga menyebabkan banyak bas mengalami kerosakan.
“Sehubungan itu kami memintalah agar pihak LPKP supaya mengeluarkan Lesen Pelepasan Sementara (LPS) agar kami dapat menggunakan bas-bas persiaran yang kini bersiap sedia untuk digunakan sekiranya diberi kebenaran.
“Kebiasaannya untuk jadual perjalanan pada waktu malam, sebanyak kira-kira 20 bas akan bergerak daripada Terminal Bas Bandaraya (Utara) ke Pantai Timur dalam satu-satu masa tetapi kini ianya berkurangan.
“Kami harap LPKP akan mengambil perhatian mengenai masalah kekurangan bas ini dengan mengeluarkan LPS kepada para operator, kita tahu ramai yang ingin balik kampung sempena Aidilfitri tahun ini, kasihan pula jika mereka tidak dapat pulang kerana kekurangan bas,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/pengusaha-bas-ekspres-di-sabah-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jpj Tempatkan Mata Mata Dalam Bas Ekspres

Jpj Tempatkan Mata Mata Dalam Bas Ekspres

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 354 hits
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Lokman Jamaan menasihatkan pemandu bas ekspres supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengelakkan daripada diperiksa seterusnya ditahan KUALA LUMPUR Jabatan Pengangkutan Jalan akan menempatkan pegawai dan a...
Pejuang Boleh Lupakan Cita Cita Di Sabah Tiada Peluang Langsung

Pejuang Boleh Lupakan Cita Cita Di Sabah Tiada Peluang Langsung

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 368 hits
Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad tiada peluang berjaya di Sabah jika bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang kata dua penganalisis politik Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata parti be...
Kami Dah Tak Boleh Kerja Besar Ujian Suami Isteri Ini Anak 9 Orang 4 Oku

Kami Dah Tak Boleh Kerja Besar Ujian Suami Isteri Ini Anak 9 Orang 4 Oku

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 191 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Itu yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila diuji dengan ujian 4 orang anaknya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya Menerusi perkongsian saudara Baharudin Abdul Latip kehidupan su...
Isteri Mengandung Tak Boleh Puasa Saya Temankan Je Suami Upload Video Isteri Makan Di Restoran Dikecam Netizen

Isteri Mengandung Tak Boleh Puasa Saya Temankan Je Suami Upload Video Isteri Makan Di Restoran Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 241 hits
The ReporterTular di media sosial video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang menunjukkan isterinya makan secara terbuka di sebuah restoran makanan segera ketika bulan puasa Bagiamanapun lelaki itu menjelaskan dia hanya sekadar menemani...
Ini 3 Cara Bertungku Betul Boleh Cepat Kurus Ibu Berpantang Boleh Amalkan

Ini 3 Cara Bertungku Betul Boleh Cepat Kurus Ibu Berpantang Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 279 hits
Proses bertungku bagi wanita selepas melahirkan adalah amalan tradisional masyarakat Melayu semasa tempoh berpantang Tetapi apakah kelebihannya dan bagaimana cara bertungku selepas bersalin ini dilakukan Keperluan bertungku selepas bersalin...
Aplikasi Marrybrown Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa Boleh Jimat Banyak

Aplikasi Marrybrown Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa Boleh Jimat Banyak

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 227 hits
Aplikasi Marrybrown Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa Boleh Jimat Banyak l Assalamualaikum Benda boleh jimat buat apa nak bayar lebih kan Baru lah boleh jadi pengguna yang bijak Terbaru Marrybrown memperkenalkan aplikasi Marrybrown yang mana ...
Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 200 hits
Kumpulan Touch n Go kini memperkenalkan kad baharu yang ditambah baik di mana pengguna boleh menambah nilai pada bila bila masa dari aplikasi Touch n Go eWallet Malah tiada surcaj dikenakan untuk tambah nilai Kad baharu ini juga dilengkapi ...
Pasleaks Sebabkan Pas Tidak Boleh Dipercayai Lagi Dakwa Bekas Pemimpin

Pasleaks Sebabkan Pas Tidak Boleh Dipercayai Lagi Dakwa Bekas Pemimpin

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 193 hits
BORHAN AHMADTindakan Pas yang hanya mengenepikan dakwaan kebocoran maklumat sulit Pas dengan menafikannya telah menyebabkan parti itu kini menjadi parti yang tidak boleh dipercayai Bekas Naib Presiden Pas yang kini Naib Presiden AMANAH Datu...
Psst Raya Nanti Boleh Tengok Disney Hotstar Di Kaca Tv

Psst Raya Nanti Boleh Tengok Disney Hotstar Di Kaca Tv

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 187 hits
Menurut sumber Disney Hotstar akan boleh ditonton di skrin TV besar menerusi Astro Ultra Box sebelum Raya Gambar dari sumber menunjukkan aplikasi Disney Hotstar bersebelahan dengan Netflix maknanya memang tak lama lagi lah Tahun lepas Astro...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

Travelog Haji Sebuah Perjalanan Iman Yang Mengubah Jiwa

Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25