Ini 3 Cara Bertungku Betul Boleh Cepat Kurus Ibu Berpantang Boleh Amalkan


Proses bertungku bagi wanita selepas melahirkan adalah amalan tradisional masyarakat Melayu semasa tempoh berpantang. Tetapi apakah kelebihannya dan bagaimana cara bertungku selepas bersalin ini dilakukan?

Keperluan bertungku selepas bersalin
Amalan bertungku ini umum adalah lebih kepada budaya Melayu, kerana jika diikutkan bangsa lain di Malaysia, tiada yang mengamalkannya. Ia biasanya dilakukan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai tempoh berpantang.
Tujuan bertungku semasa berpantang adalah untuk melancarkan darah, mengecut dan menaikkan rahim. Pada bahagian perut pula, ia memainkan peranan penting untuk membantu melangsingkan abdomen di samping menurunkan berat badan.

Manfaat bertungku selepas bersalin
Apabila bertungku, haba daripada batu yang dipanaskan dan ditekapkan di bahagian tubuh akan menyebabkan saluran darah pada kulit mengembang, sekali gus menjadikan proses peredaran darah bertambah baik.
Kesannya:
Nutrien dan oksigen dalam darah akan melalui bahagian tubuh yang ditungku Melegakan rasa sakit dan lenguh pada otot terlibat Meningkatkan fleksibiliti otot Membantu menyingkirkan bahan buangan apabila darah mengalir dengan baik Amalan ini juga dipercayai dapat memecahkan darah beku
Jenis-jenis tungku
Adakah boleh menggunakan sebarang batu untuk bertungku ini? Jawapannya tidak. Ada beberapa pilihan tungku yang boleh digunakan.
Pertamanya, tungku besi yang didatangkan dalam bentuk bulat dan lonjong. Walau bagaimanapun, tungku besi bulat agak sukar digunakan untuk bertungku pada bahagian perut. Disebabkan itu, tungku besi lonjong lebih menjadi pilihan.
Manakala tungku batu biasanya menggunakan batu sungai. Kelebihan penggunaan tungku jenis ini adalah ia dikatakan kurang menyakitkan sekiranya digunakan dengan cara yang betul ketika proses bertungku.
Pilihan tungku lain adalah tungku herba yang dihasilkan daripada pasir sungai atau batu kecil yang dikeringkan untuk tahan lebih lama.
Tungku ini juga dimasukkan dengan pelbagai jenis herba seperti jintan hitam, halba, serai wangi dan lain-lain.
Cara bertungku selepas bersalin
Bagi ibu selepas melahirkan anak, amalan bertungku dipercayai dapat merawat rahim dan organ badan lain.
Biasanya tempoh untuk bertungku selama 45 minit dilakukan ibu selepas berurut pada awal pagi dan petang.
Bagaimana caranya?
Batu tungku yang hendak digunakan perlu dipanaskan terlebih dahulu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit.
Kemudian, batu tunggu yang telah dipanaskan perlu dibalut dengan beberapa lapisan kain yang dilapik dengan daun mengkudu.
Kenapa daun mengkudu?
Daun ini dipilih kerana bau wangi yang terhasil semasa bertungku dapat memberikan ketenangan.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan daun sirih, daun kunyit hitam, pandan, lengkuas atau serai wangi.
Penting untuk memastikan balutan pada batu, diikat dengan rapi pada bahagian hujungnya supaya tidak terburai.
Bagi ibu bersalin normal, amalan bertungku ini boleh dimulakan seawal hari ke-3 selepas melahirkan anak sehingga hari ke-44. Ia juga boleh diteruskan selepas tempoh itu.
Untuk wanita yang melalui proses bersalin secara pembedahan caesarean, anda harus bersabar kerana perlu menunggu luka czer sembuh sepenuhnya sebelum menjalani rawatan bertungku ini.
Bahagian perlu bertungku selepas bersalin
Peraturan penting semasa bertungku adalah ia perlu dilakukan ketika ibu sedang berbaring.
Adakah semua bahagian tubuh perlu bertungku?
Tidak. Berikut dikongsikan antara kawasan tubuh yang perlu menjalani proses bertungku ini:
Bahagian peranakan
Kawasan ini perlu ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar semasa mengandung tetapi ia perlulah dilakukan dengan berhati-hati.
Cara bertungku untuk menaikkan bahagian peranakan ini perlu dibuat daripada bawah perut. Ia dilakukan dengan menolak batu tungku dari bawah ke atas dan mengikut arah jam.
Elakkan daripada meletakkan batu tungku di atas pusat atau perut.
Sekitar buah dada, ketiak juga perlu bertungku selepas bersalin
Bahagian lain yang terlibat adalah dada, ulu hati, ketiak dan belikat.
Tekapkan dengan perlahan-lahan pada bahagian dada supaya darah mengalir dengan baik. Ini untuk membolehkan susu ibu keluar dengan lancar.
Selepas itu, tungku dibawa ke bahagian ulu hati. Bertungku pada kawasan ini dapat membantu memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati.
Kemudian beralih pula ke bahagian ketiak kanan serta kiri. Akhir sekali barulah proses bertungku dilakukan di bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.
Di bahagian leher
Pada bahagian tubuh ini, batu tungku diletakkan seperti bantal di bawah leher. Tujuan bertungku pada kawasan ini adalah untuk memulihkan perjalanan darah ke bahagian kepala dan leher.

Cara bertungku selepas bersalin di bahagian bawah pinggang
Selain bahagian tubuh di atas, ibu selepas beranak juga perlu bertungku pada betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki.
Anggaran masa untuk bertungku pada bahagian bawah pinggang ini adalah antara 15-20 minit.
Jika batu tungku yang digunakan bulat atau bujur, terdapat 2 pilihan menungku pada bahagian tapak kaki boleh anda lakukan, iaitu:
Merapatkan kaki dan kemudian digerakkan ke hadapan dan belakang di atas batu tungku, atau Menggolekkan batu tungku ke hadapan dan belakang pada tapak kaki Biarkan batu tungku pada bahagian ini sehingga sejuk. Namun semasa melakukan amalan bertungku ini, haruslah tidak melebihi 30 minit pada satu-satu bahagian tubuh. Kenapa? Ini kerana dipercayai jika terlalu lama, saluran darah boleh mengecut.
Selain daripada ibu selepas beranak, sesiapa sahaja boleh mengamalkan bertungku ini. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda. Selamat bertungku!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ini 3 Cara Bertungku Betul & Boleh Cepat Kurus. Ibu Berpantang Boleh Amalkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-3-cara-bertungku-betul-boleh-cepat-kurus-ibu-berpantang-boleh-amalkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur Jangan Letak Ubat Gigi

Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur Jangan Letak Ubat Gigi

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 360 hits
Cara Cepat Sembuhkan Luka Melecur Terkena Benda Panas Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit lapisan kulit akibat terdedah kepada benda panas Kecederaan melecur akibat terkena benda panas ini sering berlaku dalam beberapa situ...
Hiburan Another Level Betul Baju Raya Siap Bayar Installment Netizen Tak Sangka Boleh Sold Out

Hiburan Another Level Betul Baju Raya Siap Bayar Installment Netizen Tak Sangka Boleh Sold Out

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 254 hits
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam di negara kita akan menyambut Aidilfitri dan nampaknya sudah ramai yang mencari baju raya untuk diri sendiri dan juga keluarga Kecoh di media sosial baru baru ini apabila ramai yang mengkritik ...
Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 130 hits
Ada yang tanya bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin Sebenarnya ia ikut bila ibu bapa boleh latih anak Sebaik baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa apa gay...
Cara Mudah Agar Skill Meningkatkan Dengan Cepat

Cara Mudah Agar Skill Meningkatkan Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 173 hits
Siapapun Anda pasti ingin bisa menjadi pribadi yang lebih baik Salah satunya adalah dengan meningkatkan skill atau keterampilan Tapi bagaimana caranya Tidak sedikit orang yang kerap merasa mentok atau sulit berkembang Padahal sebetulnya ada...
Cara Memilih Ayam Yang Betul

Cara Memilih Ayam Yang Betul

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 251 hits
Cara Pilih Ayam Jangan Sampai Makan Bangkai Ramai yang beli ayam tanpa periksa kondisi ayam di pasar atau pasaraya Mungkin disebabkan tiada pengetahuan Sebagai umat Islam apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan apa yang dimakan akan ...
Pakai Seluar Pendek Lantai Keladak Netizen Tak Boleh Hadam Cara Wanita Ini Sediakan Makanan Utk Dijual

Pakai Seluar Pendek Lantai Keladak Netizen Tak Boleh Hadam Cara Wanita Ini Sediakan Makanan Utk Dijual

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 130 hits
Bagi peniaga yang mengusahakan perniagaan dari sektor pemakanan haruslah menjaga kebersihan dan mengetahui ilmu asas dalam proses penyediaan makanan agar kebersihannya tidak dipertikai
Beza Flu Dan Selsema Sama Tapi Tak Serupa Boleh Maut Jika Tak Dirawat Dengan Betul

Beza Flu Dan Selsema Sama Tapi Tak Serupa Boleh Maut Jika Tak Dirawat Dengan Betul

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 170 hits
Beza FLU Dan SELSEMA Sama Tapi Tak Serupa Boleh Maut Jika Tak Dirawat Dengan Betul FAKTANYA masih ramai rakyat Malaysia tidak dapat membezakan di antara flu dan selesema biasa atau menganggap flu sebagai penyakit musim sejuk dan hanya berla...
Hiburan Craving Makanan Ringan Masa Diet Ini Snek Sihat Yang Boleh Naikkan Semangat Anda Untuk Kurus

Hiburan Craving Makanan Ringan Masa Diet Ini Snek Sihat Yang Boleh Naikkan Semangat Anda Untuk Kurus

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 172 hits
Pasti ramai yang hendak memulakan cara hidup yang sihat ataupun tapi dalam pada masa yang sama mahukan snek kan Selalunya yang kita dapat lihat kebanyakkan website akan mencadangkan snek diet seperti sayur sayuran ataupun buah buahan saja A...
Setahun Tanggung Der1ta Sampai Kurus Along Pergi Selamanya Tak Boleh Bayang Pagi Raya Cuma Lepas Rindu Dengan Anak Buah

Setahun Tanggung Der1ta Sampai Kurus Along Pergi Selamanya Tak Boleh Bayang Pagi Raya Cuma Lepas Rindu Dengan Anak Buah

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 484 hits
KEHILANGAN insan tersayang pastinya meninggalkan kesan amat mendalam kepada sesiapapun Apatah lagi pemerg1an itu melibatkan orang terdekat termasuk ahli keluarga sendiri Begitulah luahan Nur Syazwanee Anuar mengenai kakaknya yang menghembus...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku