Pn Menang Di P Pinang Kerana Undi Umno Kata Penganalisis



Ahli sains politik, Wong Chin Huat, berkata PKR dan Amanah kalah di kerusi majoriti Melayu kerana tiada undi boleh pindah antara BN dan PH.
(FMT) – Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan dalam PRN Pulau Pinang Sabtu lalu apabila memenangi 11 kerusi majoriti Melayu hasil sejumlah besar undi daripada penyokong Umno, kata seorang ahli sains politik.
PN menang di kawasan majoriti Melayu, iaitu Sungai Bakap, Penanti, Pinang Tunggal, Seberang Jaya, Permatang Berangan, Sungai Dua, Telok Bahang, Permatang Pasir, Pulau Betong, Telok Ayer Tawar dan Penaga.
Tujuh kerusi itu dirampas daripada PKR, empat daripada Umno dan satu Amanah.
Wong Chin Huat dari Universiti Sunway berkata, “gelombang hijau” di Pulau Pinang menyaksikan PN “menyerap” majoriti undi Umno, malah sehingga merugikan calon Umno yang hilang pengundi tegar.
Katanya, pemindahan undi Umno kepada PH tidak berlaku menyebabkan rakan gabungan, PKR serta Amanah, turut kalah kepada PN. Undi tambahan diperoleh PKR dan Amanah jauh lebih rendah daripada yang diraih BN di kawasan Melayu dalam PRU15, katanya.
“Senario terbaik adalah di Bayan Lepas, di mana Amanah mendapat 3,360 lagi undi, iaitu hanya kira-kira 55% undi bagi BN pada PRU15,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia berkata, PN meraih manfaat daripada kebimbangan orang Melayu berkait masalah sosioekonomi dihadapi masyarakat itu.
“Pendapatan isi rumah orang Melayu paling rendah di negeri itu. Tambahan pula kos sara hidup di Pulau Pinang tinggi dan memang menjadi cabaran untuk memiliki rumah, bukan saja bagi orang Melayu, malah bangsa lain.
“Semua isu ini dilihat dalam rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan negeri sedia ada,” katanya kepada FMT.
Sepanjang tempoh berkempen, PN memetik kos perumahan serta sara hidup tinggi di Pulau Pinang, dengan menyalahkan PH gagal menyelesaikan isu berkenaan walaupun telah berjanji demikian dalam manifesto PRU15.
Persepsi ‘tunduk’ kepada DAP
Mengulas kekalahan PH, Azeem berkata, ada persepsi Amanah “tunduk” kepada DAP, manakala status PKR sebagai parti berbilang bangsa menyukarkan usahanya mendapat sokongan Melayu di kawasan luar bandar Pulau Pinang.
Wong berkata, PN berkempen atas dasar parti Melayu dalam PH-BN tidak dapat mempertahankan Islam atau memperjuangkan kebajikan orang Islam disebabkan “tunduk” kepada DAP.
“Ini hanya akan berubah apabila politik Pulau Pinang lebih maju, melibatkan persaingan idea berkaitan dasar tanpa politik perkauman,” katanya sambil menambah PH-BN Pulau Pinang perlu mengambil langkah mengalihkan politik negeri itu daripada polemik berdasarkan perkauman.
Beliau menggesa Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengajak PN mewujudkan exco bayangan dalam kalangan 11 Adun dan menyediakan sumber diperlukan bagi menjalankan penyelidikan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/08/16/pn-menang-di-p-pinang-kerana-undi-umno-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rombakan Kabinet Tak Dapat Menangi Undi Hilang Kata Penganalisis

Rombakan Kabinet Tak Dapat Menangi Undi Hilang Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 137 hits
Lee Kuok Tiung berkata rombakan Kabinet mungkin dianggap isyarat ada pihak sedang mencari kambing hitam atas prestasi lemah gabungan perpaduan dalam PRN Seorang penganalisis politik membantah cadangan merombak Kabinet kerana ia mungkin dian...
Zahid Perlu Bertanggungjawab Terhadap Prestasi Buruk Umno Kata Penganalisis

Zahid Perlu Bertanggungjawab Terhadap Prestasi Buruk Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 141 hits
freemalaysiatoday com 13 Aug 2023Perpecahan undi Melayu dan sambutan hambar terhadap kerjasama dengan Pakatan Harapan juga faktor kekalahan besar Umno Zahid Hamidi mengukuhkan cengkaman dalam Umno apabila jawatan presiden tidak dibenar dipe...
Ok Umno Bebas Kapiaq Dah Boleh Undi Umno

Ok Umno Bebas Kapiaq Dah Boleh Undi Umno

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 304 hits
Ok Mursyidul Am PAS dah jelaskan UMNO bukan parti kafir Jadi dah boleh undi calon UMNO Takde apa nak dirisaukan lagi PRN 12 Ogos ni nanti beramai ramai pangkah calon PH dan BN Jangan risau soal masuk neraka sebab undi parti kafir lagi dah P...
Undi Tentera Polis Lebih Cenderung Pada Pn Penganalisis

Undi Tentera Polis Lebih Cenderung Pada Pn Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Penganalisa politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat golongan tentera dan polis lebih cenderung untuk mengundi Perikatan Nasional pada sesi pengundian awal yang dijalankan pada 8 Ogos lalu Berdasarkan tinjauan di platform ...
Anwar Tak Patut Suruh Muhyiddin Fokus Kes Mahkamah Kata Penganalisis

Anwar Tak Patut Suruh Muhyiddin Fokus Kes Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 199 hits
Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan keputusan PRN Sabtu lalu PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menyuruh Muhyiddin Yassin memberi tumpuan kepada kes ma...
Prn Dap P Pinang Cemas Terlepas 20 Peratus Undi Cina

Prn Dap P Pinang Cemas Terlepas 20 Peratus Undi Cina

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 177 hits
MalaysiakiniPulau Pinang dianggap negeri selamat untuk DAP tetapi nampaknya terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa pengundi Cina boleh mencetuskan kejutan pada tarikh 12 Ogos depan Memetik beberapa tinjauan yang tidak dinyatakan...
Pemimpin Umno Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai Tkm

Pemimpin Umno Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai Tkm

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 250 hits
GEORGE TOWN Tiada konflik kepentingan melantik bekas pemaju sebagai exco bertanggungjawab ke atas perumahan dan alam sekitar kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Beliau mempertahankan pelantikan S Sundarajoo sebagai exco perumahan ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel