Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Kelirukan Rakyat Dr Lee


 



Pengumuman kerajaan berhubung perintah kawalan pergerakan di beberapa tempat di negara ini sebenarnya mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata jurucakap Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.
 
Bekas timbalan menteri kesihatan itu berkata ini terbukti menerusi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Klang.
 
"Pengumuman PKPB Klang baru-baru ini cukup kalut dan mengelirukan. Rakyat keliru sama ada sesetengah tempat sahaja terlibat atau meliputi seluruh Mukim Klang.
 
"Apa yang lebih mengelirukan adalah aktiviti apa yang dibenarkan ketika PKPB. Tetapi kekeliruan ini boleh ditangani dengan lebih baik," katanya dalam kenyataan.
 
Boon Chye berpandangan, salah satu caranya adalah untuk memperkenalkan garis panduan khusus mengenai perintah kawalan pergerakan (PKP).
 
"Sebagai permulaan, PKP berkesan untuk mengawal virus SARS CoV2 yang menyebabkan COVID-19 dari menjangkiti manusia. Ia efektif seolah-olah seperti vaksin ketika vaksin sebenar masih belum dapat dicipta hingga hari ini. Ini kerana manusia adalah satu-satunya hos kepada virus SARS CoV2 dan ketika penularan manusia ke manusia dihentikan, wabak dapat dikendalikan dan dapat berakhir secara spontan.
 
"Setiap PKP mempunyai 3 parameter yang perlu ditentukan, iaitu tempoh PKP, lokasi PKP dan tahap PKP tersebut.
 
"Parameter ini diputuskan berdasarkan sejauh mana penyebaran wabak. Sebilangan besar kekeliruan rakyat adalah mengenai aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
 
"Justeru, saya mendesak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan untuk menetapkan garis panduan khusus mengenai empat tahap PKP dan bukannya istilah PKPD, PKPB dan PKPP," katanya.
 
Berikut merupakan cadangan Lee Boon Chye terhadap tahap PKP:
 

Tahap 4 PKP: bentuk PKP yang paling teruk seperti 18/3/2020 apabila semua perkhidmatan yang tidak penting, awam atau swasta, tidak dibenarkan. Pergerakan manusia dihalang.

 

Tahap 3 PKP: membenarkan aktiviti berisiko rendah (contohnya jabatan kerajaan, pejabat, kebanyakan perniagaan kecuali tempat hiburan dan makan di restoran) untuk disambung semula dengan 'normal baharu' (iaitu jarak fizikal, memakai topeng, sanitasi tangan, sanitasi kawasan umum, pemeriksaan suhu dan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera). Tidak ada perhimpunan orang yang melebihi 10 orang dalam satu masa.

 

Tahap 2 PKP: membenarkan kebanyakan aktiviti termasuk makan di restoran, sekolah dan institusi pendidikan untuk disambung semula dengan 'normal baharu'. Tidak ada perhimpunan lebih dari 100 orang.

 

Tahap 1 PKP: biarkan semua aktiviti termasuk tempat hiburan disambung semula dengan 'normal baharu'. Tiada sekatan orang ramai selagi jarak fizikal dapat dijaga.

 
Boon Chye menjelaskan, apabila PKP dikenakan untuk jangka waktu tertentu, di lokasi tertentu, MKN hanya perlu mengumumkan tahap PKP yang secara automatik menentukan jenis aktiviti yang dibenarkan atau tidak diizinkan.
 
"Ini akan menjadi lebih jelas. Klasifikasi ini akan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat, dan juga agensi penguatkuasaan. Ini juga akan mengelakkan kenyataan yang berbeza dari menteri yang berbeza," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/pengumuman-perintah-kawalan-pergerakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor Putrajaya Dan Kl 14 Oktober 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor Putrajaya Dan Kl 14 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 763 hits
Selepas Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan awal Oktober kini giliran negeri Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor Putrajaya Dan KL bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 14 ...
Perintah Kawalan Pergerakan Tidak Di Kuatkuasakan Semula Situasi Kini Terkawal

Perintah Kawalan Pergerakan Tidak Di Kuatkuasakan Semula Situasi Kini Terkawal

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 410 hits
PUTRAJAYA Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan seluruh negara walaupun jumlah kes Covid 19 harian mencapai tahap tertinggi s...
Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 2951 hits
Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan Menteri Pertahanan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau hari ini pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan...
Bagaimana Ibu Bersalin Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Bagaimana Ibu Bersalin Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 421 hits
Doktor saya mengandung Macam mana saya nak bersalin musim PKP ni Memandangkan isteri pun sedang mengandung anak ke 3 kami ada terlintas di fikiran aku macam manalah
Tolak Perang Saraf Media Kelirukan Rakyat Anwar Tidak Boleh Jadi Pm

Tolak Perang Saraf Media Kelirukan Rakyat Anwar Tidak Boleh Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 310 hits
Tolak perang saraf media kelirukan rakyat Anwar tidak boleh jadi PMOleh October 18 2020Perang saraf media mengelirukan rakyat Malaysia pasca majlis mengadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di Pertuan Agong Al Sultan ...
Belum Jadi Pm Anwar Menyusahkan Rakyat Dengan Provokasi Politik Pengumuman Murahan

Belum Jadi Pm Anwar Menyusahkan Rakyat Dengan Provokasi Politik Pengumuman Murahan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 476 hits
Apakah bakal seorang PM dipersenda dan dipandang remeh sebegitu rupa kerana salah strategi Pengumuman dan hasil pengumuman mesti menunjukkan kebijaksanaan kewibawaan dan gaya keyakinan untuk naik di sebuah kerusi yang penting dan utama Ni m...
Menteri Kesihatan Ingatkan Rakyat Jangan Alpa Terus Patuh Sop

Menteri Kesihatan Ingatkan Rakyat Jangan Alpa Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 411 hits
Sejak beberapa hari ini kes COVID 19 di Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak dan lebih mengejutkan hari ini sahaja kes melonjak naik kepada 432 kes baharu sekaligus mencetuskan kebimbangan rakyat Susulan itu Menteri Kesihatan Datuk Ser...
Dr Zulkifli Al Bakri Disahkan Positif Covid 19 Berdoa Semoga Allah Swt Sembuhkan Dan Selamatkan Rakyat Malaysia

Dr Zulkifli Al Bakri Disahkan Positif Covid 19 Berdoa Semoga Allah Swt Sembuhkan Dan Selamatkan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 398 hits
543 total views 543 views today Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri hari ini mengesahkan beliau telah disahkan positif Covid 19 Berita tersebut dikongsikan beliau menerusi satu posting di laman media sosial...
Kemarahan Rakyat Mula Dilihat Di Mana Mana

Kemarahan Rakyat Mula Dilihat Di Mana Mana

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 346 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Susulan peningkatan kes Covid 19 yang naik mendadak terutama selepas Pilihan Raya Negeri Sabah diadakan kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi apabila mereka terus menyalahkan ahli politik sebagai penyebab pening...
We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why Choosing A Background Screening Company In Singapore Matters More Than Ever

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Makan Makan Di Camden Market


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jam Tangan Sesuai Untuk Kaki Pancing Tahan Lasak Multifungsi

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek

Paper Bowl Dengan Logo Sendiri Tingkatkan Profesionalisme Perniagaan Anda

Digesa Letak Jawatan Hannah Yeoh Sentiasa Pikul Tanggungjawab Hormat Prinsip Autonomi Sukan Supol

Bentuk Jati Diri Dari Kecil Nurul Izzah Cadang Pengakap Bermula Seawal Darjah Satu

Pixel 7 Dilarang Jual Di Pasaran Penting Google Pixel 8 9 Turut Berisiko