Pengumuman Kpm Buka Sekolah 30 Peratus Murid Terkapai 70 Peratus Lagi Terabai


 


Oleh SYAZMIR HARIZ NOORAZALAN / September 19, 2021Keterujaan rakyat jelata khususnya guru dan ibubaba terhadap pelantikan YB Dr.Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan (MKP) buat kali kedua setelah YB Pagoh meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 merosot setelah pengumuman pengoperasian sekolah pasca pandemik diumumkan 12 September yang lalu.
Harapan dan semangat yang diharapkan oleh ibubapa dan guru untuk melihat sebuah perancangan yang lebih holistik dan menyakinkan semua pihak gagal ditemukan dalam siri-siri pengumuman MKP sejak menduduki semula kerusi tersebut.
Harapan ibubapa dan guru amat tinggi setelah melihat wabak pandemik Covid-19 melanda dan pelaksanaan PKP yang begitu panjang merencatkan proses pembelajaran anak-anak.
Ibubapa mula risau apabila melihat anak mereka tidak minat lagi untuk belajar atau putus harapan terhadap sistem pendidikan yang mereka ikuti. Kecenderungan ini dibuktikan apabila makin hari jumlah murid yang menyertai PdPR semakin merosot manakala proses aktiviti dua hala antara murid dan guru tidak dapat dijalankan.
Bagi pihak guru pula, walaupun mereka perlu akur dengan setiap arahan KPM, namun sebagai manusia biasa, mereka juga mengalami turun dan naik prestasi dalam kerja mereka. Tambahan pula, kaedah atau pedagogi yang perlu digunakan semasa PdPR bukanlah kaedah yang mereka belajar semasa membentuk jati diri sebagai seorang guru di IPG mahupun IPT.
Sampai satu masa, dengan bebanan kerja pelaporan yang meningkat 50% berbanding semasa bersemuka, jumlah penyertaan murid dalam PdPR semakin merosot dan tiada kepercayaan antara pihak guru dengan pihak atasan seperti pentadbir,PPD dan JPN menyebabkan moral dan semangat guru-guru menjadi tepu dan lemah.
Adanya sebuah ikrar baru MKP dalam kerajaan Keluarga Malaysia ini, maka ibubapa dan guru memberi seribu harapan untuk melihat sebuah polisi atau perancangan yang menyeluruh daripada KPM tentang kemanakah akan dituju sebagai sebuah nakhoda pendidikan ini?
Kelegaan akan tercapai dari pihak ibubapa setelah melihat pendidikan anak-anak mereka mampu dipulihkan dan dilaksanakan sesegera mungkin tanpa mengorbankan nilai kesihatan mereka. Guru pula mahu melihat seorang MKP dan dasar KPM yang mahu memberi kepercayaan kepada guru untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa ada sebarang bebanan melampaui batas guru biasa.
Kesemuanya meleset apabila MKP membuat pengumuman minggu lalu terkait dengan pengoperasian buka sekolah mulai 3 Oktober 2021. Apa yang penulis lihat, kegagalan MKP menyampaikan maklumat tentang pengoperasian buka sekolah ini secara jelas menjadi satu tanda awal impak negatif persepsi ibubapa dan guru kepada MKP dan pengumumannya.
Buktinya, ramai guru hanya mampu berkongsi data atau bahan pengumuman tersebut sahaja di media sosial masing- masing namun tidak memahami secara lengkap apa yang ingin disampaikan.
Ada juga guru yang hanya melihat kepada keputusan yang melibatkan pihak mereka sahaja, contoh guru itu mengajar di negeri fasa 3, jadi guru itu hanya baca atau dengar tentang pengumuman buka sekolah di negeri fasa 3 sahaja, isu atau bahagian lain tidak didengari kerana begitu rumit untuk difahami.
Selain itu, tanda yang pengumuman itu gagal difahami oleh rakyat jelata apabila MPK sendiri melalui laman sosialnya terpaksa membuat penjelasan susulan berbentuk video tentang pengumuman buka sekolah awal Oktober ini kerana ramai ibubapa dan guru salah faham.
Setelah pengumuman dibuat, hanya pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan ahli politik yang mendapat keluhan ibubapa dan guru sahaja memberi komen dan reaksi mereka terhadap pengumuman itu. Ini kerana mereka dapat melihat apakah bebanan baru yang bakal muncul daripada pengumuman itu.
Antaranya KPM telah mengumumkan sekolah di negeri fasa 4 akan sekolah secara bersemuka dan bergilir-gilir mulai 3 Oktober ini, namun KPM menegaskan jika ibubapa tidak membenarkan anak mereka bersekolah maka murid dibenarkan untuk tidak hadir.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana dengan proses pembelajaran murid yang tidak perlu hadir ke sekolah atas kebenaran ibubapa ini? Adakah mereka tidak akan belajar atau guru perlu menyediakan dua kaedah iaitu secara bersemuka dan PdPR untuk murid yang tidak hadir sekolah?
Jika ini berlaku, maka penulis melihat bebanan guru semakin bertambah, ayat pasarnya ‘ Kalau kena buat dua kerja macam itu, baik semua PdPR sahaja!!’
Ini ketidakpastian yang KPM dan MKP tidak jawab, malah membiarkan persoalan itu dimainkan setiap hari. Yang menjadi masalah adalah ibubapa yang perlu membuat keputusan dan guru yang sedang menanti bebanan baru. Penulis juga memetik pandangan daripada pakar pendidikan dari IPTA yang menyatakan tentang penggiliran murid secara dalam kelas dimana dalam setiap kelas, akan dibahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian bersemuka dan satu bahagian lagi PdPR dirumah.
Kaedah ini kata pakar tersebut amat tidak realistik. Masalah ini akan timbul apabila guru yang sama terpaksa mengulang semula sukatan yang diajar kepada kumpulan pertama yang sudahpun bersemuka minggu sebelumnya. Mengapa KPM tidak membuat penggiliran mengikut kelas atau tahun, dimana kelas A akan bersekolah, kelas B direhatkan? Ini lebih munasabah.
Selain itu, KPM juga telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan 2021 yang sepatutnya tamat pada Disember 2021 dianjakkan kepada bulan Mac 2022. Persoalan yang timbul adalah, mengapa KPM perlu menganjakkan sesi tersebut sedangkan sekarang walaupun murid tidak bersekolah, PdPR telah dilaksanakan untuk menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Ia ibarat murid langsung tidak belajar apa-apa sedangkan PdPR berjalan. Adakah KPM tidak menyakini keberkesanan PdPR yang dilaksanakanoleh guru-guru?
Atau KPM memang telah akui bahawa PdPR versi Malaysia harini memang tidak memberi impak yang baik pada murid kita? Oleh itu, KPM terpaksa menganjak sesi kepada bulan Mac 2022 supaya guru-guru dengan cara bersemuka boleh mengulang semula pelajaran yang diajar semasa PdPR. Begitu?
Terkait dengan isu PdPR ini, penulis mahu menegaskan bahawa pengumuman operasi buka sekolah oleh MKP dan KPM hanyalah melibatkan 30% sahaja daripada keseluruhan murid di negara kita.
Hal ini kerana, sekolah yang dibuka melibatkan negeri yang telah memasuki fasa 4 pemulihan serta beberapa kategori terpencil di negeri yang memasuki fasa 2 dan 3. Sedangkan murid terbesar adalah daripada sekolah arus perdana dan daripada negeri fasa 1,2 dan 3 melibatkan negeri yang banyak berbanding fasa 4. Ertinya buat masa ini atau selepas Oktober 2021, 70% murid di negara kita masih menjalani proses PdPR seperti sebelum-sebelum ini.
Malah mereka tidak terkesan langsung dengan pengumuman MKP tempoh hari. Penulis menantikan juga adakah pengumuman atau tindakan susulan yang diambil oleh pihak KPM untuk memberikan tumpuan kepada isu PdPR melibatkan jumlah murid yang ramai.
Namun tiada. Sedarkah KPM dan khususnya MKP bahawa betapa banyak masalah dan kekurangan yang dialami semasa PdPR dijalankan. Penumpuan kepada proses pembelajaran secara dalam talian semata-mata menyebabkan murid telah menjadi lesu untuk mengikutinya.
Guru-guru juga telah hilang motivasi akibat kegagalan KPM dan MKP mengenalpasti dan melaksanakan dasar mesra guru sedangkan pada waktu pandemik ini guru perlu dijaga sebaik mungkin bagi memastikan mereka terus mendidik anak bangsa dengan cara mereka sendiri.
Kegagalan KPM membina sebuah dasar atau polisi lengkap terkait dengan PdPR mengakibatkan sepanjang tempoh PdPR ini, segala-galanya menjadi sia-sia semata-mata. Bagi mereka, perekodan yang lengkap dan kemas menjadi keutamaan mereka berbanding mencapai objektif pembelajaran dan menuju falsafah pendidikan negara.
Kesimpulanya, 30 perataus murid yang akan dan perlu bersekolah secara bersemuka pada 3 Oktober ini menuju ketidakpastian yang nyata apabila tiada SOP yang lengkap untuk meyakinkan ibubapa supaya anak mereka hadir ke sekolah.
Buat masa ini, JPN,PPD dan pentadbir sekolahlah yang terpaksa merangka kerja ini. Lebih baik KPM menurunkan kuasa mereka kepada JPN dan PPD serta pentadbir untuk menguruskan sekolah seperti cadangan seorang wartawan ketika pengumuman MKP tempoh hari kalau hakikatnya, JPN,PPD dan pentadbir perlu merangka hal ini sendiri.
Manakala 70 peratus lagi murid yang sepatutnya menjalani proses PdPR akan terus terabai akibat tiadanya sebuah usaha untuk mengemaskini dan memperbaiki masalah PdPR yang dialami dalam negara kita.
Seribu kali sayang wahai negara ku.
*SYAZMIR HARIZ NOORAZALAN merupakan AJK Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional dan Sekreatriat Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/pengumuman-kpm-buka-sekolah-30-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Sekolah Kpm Perlu Tumpu Tiga Aspek I Guru

Buka Sekolah Kpm Perlu Tumpu Tiga Aspek I Guru

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 195 hits
PETALING JAYA Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan memberi tumpuan terhadap tiga aspek seiring dengan pembukaan sekolah Oktober ini Presidennya Mohd Azizee Hasan berkata pihaknya menyambut baik pengumuman Menteri...
Pengoperasian Sekolah Hanya 50 Peratus Kehadiran Murid Dalam Kelas Kurangkan Risiko Penularan Radzi Jidin

Pengoperasian Sekolah Hanya 50 Peratus Kehadiran Murid Dalam Kelas Kurangkan Risiko Penularan Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 189 hits
Dr Radzi Jidin Sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibenarkan untuk dibuka semula akan menggunakan sistem penggiliran di dalam kelas atau 50 peratus kehadiran sahaja Menteri Kanan Pendidikan Dat...
Buka Sekolah Ikut Data Bukan Fasa Pakar Gesa Kpm

Buka Sekolah Ikut Data Bukan Fasa Pakar Gesa Kpm

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 218 hits
Menurut pakar KPM dengan nasihat KKM dan MKN boleh membuka dahulu sekolah di daerah yang mencatatkan kes rendah atau tiada kes tanpa mengikut fasa PETALING JAYA Pembukaan sekolah mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara pada 3 Okt ini sudah tid...
Kpm Kaji Buka Sekolah Di Negeri Fasa 4 Ppn

Kpm Kaji Buka Sekolah Di Negeri Fasa 4 Ppn

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 330 hits
MALAYSIA NOW KPM adakan perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan di Labuan bagi melaksanakan pembukaan sekolah di negeri itu dalam keadaan yang selamat Menteri Pendidikan Radzi Jidin dalam pertemuan bersama persatuan ibu bapa dan guru d...
Pembukaan Sekolah Kpm Berhak Pastikan Keselamatan Murid

Pembukaan Sekolah Kpm Berhak Pastikan Keselamatan Murid

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 222 hits
Golongan guru harus memahami konteks perkhidmatan mereka yang berbeza dengan pekerjaan lain sekaligus memerlukan mereka meletakkan kepentingan anak murid di tempat utama SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confi...
Mukhayyam Arabiy Sekolah Sekolah Kpm Negeri Selangor 2021

Mukhayyam Arabiy Sekolah Sekolah Kpm Negeri Selangor 2021

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum Alhamdulilah wa thumma alhamdulilah Ucapan lafaz kesyukuran saya panjatkan kepadaNYA atas peluang dan kesempatan yang telah di berikan kepada saya dan team BA SKI dalam melaksanakan program Mukhayyam Arabiy 2021 Bermula deng...
Sop Pengoperasian Sekolah Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

Sop Pengoperasian Sekolah Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 780 hits
TERKINI Penggiliran sekolah akan dilaksanakan secara berfasa bermula 3 Oktober 2021 Tarikh Buka Sekolah Terkini Susulan PPN Pengoperasian Penggiliran Murid Di Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Sepertimana yang te...
Keputusan Buka Sekolah Berperingkat Tepat Elak Pelajar Burn Out

Keputusan Buka Sekolah Berperingkat Tepat Elak Pelajar Burn Out

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 211 hits
Sudah ambil kira pandangan pakar penting untuk kelangsungan pendidikan BANGI Polemik isu pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka hangat diperbincangkan kebelakangan ini Ada ibu bapa yang bersetuju tidak kurang juga ada yang memb...
Buka Gerai Air Meniaga Tepi Jalan Lepas Cuti Tanpa Gaji Terkedu Dapat Mesej Kawan Sekolah Dan Ini Jawapannya

Buka Gerai Air Meniaga Tepi Jalan Lepas Cuti Tanpa Gaji Terkedu Dapat Mesej Kawan Sekolah Dan Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 301 hits
Buka Gerai Air Meniaga Tepi Jalan Lepas Cuti Tanpa Gaji Terkedu Dapat Mesej Kawan Sekolah Dan Ini Jawapannya PANDEMIK Covid 19 yang melanda sejak lebih setahun lalu banyak mengubah kehidupan rakyat kita Selain hidup dalam norma baharu ada s...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation