Pengkhianatan Tidak Jejas Semangat Juang Reformis Tulen Grm


 





Pengkhianatan 3 Ahli Parlimen KEADILAN sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan semangat reformis tulen yang mahukan perubahan total dalam pemerintahan Malaysia sejak 1998.

Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, siri-siri pengkhianatan memang telah berlaku sejak KEADILAN ditubuhkan pada 1999.
Namun katanya, pengkhianatan tidak pernah melemahkan parti sebaliknya menambahkan kekuatan tahun demi tahun sehingga berjaya menumbangkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.
"Sebenarnya pengkhianatan, keluar parti, sejak saya menjadi Ketua Pemuda KEADILAN, pemangku Ketua Pemuda, kemudian Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN, siri keluar parti ini, dan serang balik parti sudah beberapa kali berlaku. Tetapi apakah kehebatan KEADILAN?
"Kehebatan KEADILAN ialah ia tetap bertahan. Ada orang kata, ketika itu Parti Keadilan Nasional paling kuat bertahan 2 pilihan raya. Namun alhamdulillah kita bukan sahaja bertahan (2 PRU) namun mara setelah 5 PRU.
"Ini kehebatan yang ada pada KEADILAN yang dicemburui kawan dan lawan. Saya ingin ungkapkan selaku mantan Setiausaha Agung dan juga Naib Presiden, KEADILAN ini bermula dengan puluhan ribu anggota dan kemudian naik kepada ratusan ribu. Sekarang angka anggota KEADILAN melebihi 1 juta. Maknanya pengkhianatan tidak melemahkan para reformis tulen. Tidak melemahkan orang lama yang setia bersama Datuk Seri Anwar, digabungkan dengan muka-muka baharu.
"Ini yang perlu kita gilap semula. Orang-orang lama, senior yang bertahan dan setia dengan perjuangan Reformasi. Saya tahu sebahagian besar reformis yang setia dengan perjuangan ini tak mahu tunjuk muka sangat.
"Ada sifat tawaduk, merendah diri. Jadi ini yang perlu ada dan mereka sebenarnya amat mendukung deklarasi Permatang Pauh," katanya dalam forum Facebook bertajuk: "Reformis tolak pengkhianatan, utamakan agenda reformasi", baru-baru ini.
Menurut Mastaffa lagi, selain semangat kental reformis yang mendukung perjuangan Reformasi, KEADILAN juga perlukan formula untuk menang PRU ke 15. Iaitu dengan mencetuskan agenda baharu di tengah-tengah kebuntuan politik yang dihadapi.
Katanya, seperti mana Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) pernah menggamit imaginasi rakyat berbilang kaum pada 2007, maka agenda ekonomi digital wajar diperkenalkan pada kali ini untuk diteliti oleh generasi muda yang amat terkesan menghadapi perubahan drastik teknologi dalam sedekad akan datang.
"Pandangan kita kepada pucuk pimpinan supaya ada kerangka pemikiran baharu. Kalau dahulu ada Agenda Ekonomi Malaysia pada 2007 yang menjadi milestone kepada perubahan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan reformasi.
"Saya kira untuk satu dua tahun akan datang ini soal digital, agenda digital ekonomi manusiawi perlu digarab sebaik mungkin oleh Datuk Seri Anwar dan satu pasukan khas bagi dipersembahkan kepada rakyat dalam menanggapi masalah pengangguran, juga menanggapi minda anak muda dan seumpamanya.
"DNA 23 yang beliau (Anwar) pernah mulakan (pada 2019) saya fikir perlu dikembangkan ke akar umbi dan dicatat sebagai manifesto kita," katanya lagi.
GRM dianggotai 12 NGO pro Reformasi; Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT), Pro98 Reformis, Otai Reformis 98, Jingga 13 Malaysia, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN), Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM), Persatuan Media Sosial (PEMASSA), Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK), Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA) dan Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO).
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pengkhianatan-tidak-jejas-semangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semangat Juang Reformis Tidak Terjejas Akibat Pengkhianatan

Semangat Juang Reformis Tidak Terjejas Akibat Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 178 hits
Pengkhianatan 3 Ahli Parlimen KEADILAN sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan semangat reformis tulen yang mahukan perubahan total dalam pemerintahan Malaysia sejak 1998 Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia Mustaffa Kamil Ayub...
Panas Pas Sindir Umno Minta Buktikan Semangat Setiakawan

Panas Pas Sindir Umno Minta Buktikan Semangat Setiakawan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 311 hits
March 6 2021 Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Umno yang disifatkannya perlu membuktikan setiakawan dengan menjadi kawan yang setia Kalau kenyataan rasmi menyatakan sokongan kepada Kerajaan PN sehingga parlime...
Reformis Apa Kalau Takut

Reformis Apa Kalau Takut

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 517 hits
Reformis apa kejadahnya belum apa lagi dah lompat partiMarch 13 2021 Aku dah sebut dah Ramai lagi MP PKR akan keluar parti Baru bulan lepas aku sebut pasal Xavier dan pembantu dia yang juga orang kanan Pembantu Peribadi Ds Anwar dalam MPN d...
Reformis Sosialis Akhirnya Jadi Oportunis

Reformis Sosialis Akhirnya Jadi Oportunis

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 144 hits
Kalau kita perhatikan dalam Politik ini Jika seseorang terlalu Idealis Akhirnya mereka akan jadi Oppurtunis Bayangkan org seperti Wan Saiful Wan Ahmad Fayshal yang sailang Bosnya sendiri Syed Saddiq Sebelum PRU 14 Mereka lah kelompok kononn...
Hiburan U Did Well Hugs Neelofa Beri Semangat Buat Nabila Razali Setelah Hebat Dikritik Di Ajl35

Hiburan U Did Well Hugs Neelofa Beri Semangat Buat Nabila Razali Setelah Hebat Dikritik Di Ajl35

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 335 hits
Personaliti popular dan juga usahawan Neelofa dilihat telah tampil memberi semangat buat penyanyi Nabila Razali yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke 35 pada malam tadi Sumber Twitter Nabila Razali Neelofa tampil memberi ucapan semangat...
Hiburan Saya Tahu Apa Kamu Lalui Tunang Sharifah Sakinah Beri Semangat Janji Susah Senang Bersama

Hiburan Saya Tahu Apa Kamu Lalui Tunang Sharifah Sakinah Beri Semangat Janji Susah Senang Bersama

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 346 hits
Menerusi program bual bicara Hard To Heart pelakon Sharifah Sakinah mengakui dirinya pernah mendapatkan rawatan sakit mental kira kira dua tahun lalu Katanya dia disahkan doktor menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas