Semangat Juang Reformis Tidak Terjejas Akibat Pengkhianatan



Pengkhianatan 3 Ahli Parlimen KEADILAN sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan semangat reformis tulen yang mahukan perubahan total dalam pemerintahan Malaysia sejak 1998.
Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, siri-siri pengkhianatan memang telah berlaku sejak KEADILAN ditubuhkan pada 1999.
Namun katanya, pengkhianatan tidak pernah melemahkan parti sebaliknya menambahkan kekuatan tahun demi tahun sehingga berjaya menumbangkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.
“Sebenarnya pengkhianatan, keluar parti, sejak saya menjadi Ketua Pemuda KEADILAN, pemangku Ketua Pemuda, kemudian Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN, siri keluar parti ini, dan serang balik parti sudah beberapa kali berlaku. Tetapi apakah kehebatan KEADILAN?
“Kehebatan KEADILAN ialah ia tetap bertahan. Ada orang kata, ketika itu Parti Keadilan Nasional paling kuat bertahan 2 pilihan raya. Namun alhamdulillah kita bukan sahaja bertahan (2 PRU) namun mara setelah 5 PRU.
“Ini kehebatan yang ada pada KEADILAN yang dicemburui kawan dan lawan. Saya ingin ungkapkan selaku mantan Setiausaha Agung dan juga Naib Presiden, KEADILAN ini bermula dengan puluhan ribu anggota dan kemudian naik kepada ratusan ribu. Sekarang angka anggota KEADILAN melebihi 1 juta. Maknanya pengkhianatan tidak melemahkan para reformis tulen. Tidak melemahkan orang lama yang setia bersama Datuk Seri Anwar, digabungkan dengan muka-muka baharu.
“Ini yang perlu kita gilap semula. Orang-orang lama, senior yang bertahan dan setia dengan perjuangan Reformasi. Saya tahu sebahagian besar reformis yang setia dengan perjuangan ini tak mahu tunjuk muka sangat.
“Ada sifat tawaduk, merendah diri. Jadi ini yang perlu ada dan mereka sebenarnya amat mendukung deklarasi Permatang Pauh,” katanya dalam forum Facebook bertajuk: “Reformis tolak pengkhianatan, utamakan agenda reformasi”, baru-baru ini.
Menurut Mastaffa lagi, selain semangat kental reformis yang mendukung perjuangan Reformasi, KEADILAN juga perlukan formula untuk menang PRU ke 15. Iaitu dengan mencetuskan agenda baharu di tengah-tengah kebuntuan politik yang dihadapi.
Katanya, seperti mana Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) pernah menggamit imaginasi rakyat berbilang kaum pada 2007, maka agenda ekonomi digital wajar diperkenalkan pada kali ini untuk diteliti oleh generasi muda yang amat terkesan menghadapi perubahan drastik teknologi dalam sedekad akan datang.
“Pandangan kita kepada pucuk pimpinan supaya ada kerangka pemikiran baharu. Kalau dahulu ada Agenda Ekonomi Malaysia pada 2007 yang menjadi milestone kepada perubahan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan reformasi.
“Saya kira untuk satu dua tahun akan datang ini soal digital, agenda digital ekonomi manusiawi perlu digarab sebaik mungkin oleh Datuk Seri Anwar dan satu pasukan khas bagi dipersembahkan kepada rakyat dalam menanggapi masalah pengangguran, juga menanggapi minda anak muda dan seumpamanya.
“DNA 23 yang beliau (Anwar) pernah mulakan (pada 2019) saya fikir perlu dikembangkan ke akar umbi dan dicatat sebagai manifesto kita,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31777

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengkhianatan Tidak Jejas Semangat Juang Reformis Tulen Grm

Pengkhianatan Tidak Jejas Semangat Juang Reformis Tulen Grm

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 120 hits
Pengkhianatan 3 Ahli Parlimen KEADILAN sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan semangat reformis tulen yang mahukan perubahan total dalam pemerintahan Malaysia sejak 1998 Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia Mustaffa Kamil Ayub...
350 000 Penduduk Ecuador Terjejas Akibat Letusan Gunung Berapi Banjir

350 000 Penduduk Ecuador Terjejas Akibat Letusan Gunung Berapi Banjir

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 239 hits
350 000 penduduk Ecuador terjejas akibat letusan gunung berapi banjir Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Ma
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Anggota Bomba Maut Akibat Vaksin

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Anggota Bomba Maut Akibat Vaksin

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 429 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menafikan dakwaan berhubung kematian seorang anggota bomba akibat vaksin Covid 19 di negeri ini seperti yang tular di laman sosial Pengarahnya Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata kematian ...
Video Akibat Terlalu Berang Lelaki Bertindak Pecahkan Cermin Kereta Guna Topi Keledar

Video Akibat Terlalu Berang Lelaki Bertindak Pecahkan Cermin Kereta Guna Topi Keledar

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 336 hits
994 total views 994 views today Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa Muar semalam Ketua Polis Daerah Muar Asisten K...
Sakit Misteri Akibat Sihir Andi Bernadee Belum Sembuh Sepenuhnya

Sakit Misteri Akibat Sihir Andi Bernadee Belum Sembuh Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 330 hits
Sekitar bulan lalu penyanyi Andi Bernadee mendedahkan menjadi mangsa dengki hingga disihir dalam laman Instagram Menerusi video dimuat naik Andi menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik daripada bahagian tek...
Akibat Dendam Lama Lelaki Maut Dalam Pergaduhan

Akibat Dendam Lama Lelaki Maut Dalam Pergaduhan

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR 13 Mac Gara gara dendam lama seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki lain di Jalan Telawi 2 Bangsar awal hari ini Sanjeet Kumar Morthi 28 beralamat di Batu Caves Gombak mat
Bioskop Di Bogor Buka Kembali Setelah Setahun Tutup Akibat Pandemi

Bioskop Di Bogor Buka Kembali Setelah Setahun Tutup Akibat Pandemi

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 235 hits
Pada pembukaan perdana kapasitas tempat duduk masih dibatasi yakni maksimal 50 persen
Enam Pangkalan Di Palu Ditertibkan Akibat Jual Elpiji 3 Kilogram Lebih Mahal

Enam Pangkalan Di Palu Ditertibkan Akibat Jual Elpiji 3 Kilogram Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 204 hits
Asisten II Bidang Perekonomian Pemerintah Kota Palu Denny Taufan mengatakan enam pangkalan elpiji nakal tersebut berada di dua lokasi yakni empat pangkalan di Pasar Tradisional Masomba dan dua pangkalan di Jalan Dewi Sartika
S 039 Pura Arah Telur Dari 1 Lagi Ladang M 039 Sia Ditarik Balik Akibat Bakteria Salmonella

S 039 Pura Arah Telur Dari 1 Lagi Ladang M 039 Sia Ditarik Balik Akibat Bakteria Salmonella

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 247 hits
SINGAPURA Agensi Makanan Singapura mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari Linggi Agriculture di Malaysia setelah mengesan adanya Salmonella Enteritidis dalam produk tersebut Ini kali kedua dalam masa seminggu SFA m
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas